“Orang yang telah menyelamatkan saya… mustahil untuk saya lupa…” dan orang yang telah berjaya mengetuk pintu hatiku dengan sikap memahaminya, mustahil aku boleh lupa? Namun… aku berjaya menyambungnya di dalam hati. Siapalah aku untuk menaruh hati padanya? Dia seorang yang berkerjaya sedangkan aku? Aku baru mula bertapak…
“Rindu awak,” aku terdiam. Biar betul?! Terlepas pensel di tanganku. Tadi aku sedang melukis! Rekaan baju…
“Err, pardon?” soalku.
“Saya… rindu… awak. Sangat-sangat,” luahnya lambat-lambat. Aku ternganga. Nyaris tak tercampak telefon bimbitku ke lantai! Sangat-sangat? Biar betul dia ni? Ya Allah! Dia pun rasa perkara yang samakah?
“Err, terima kasih!” aku tak tahu nak cakap apa.
“Kira, awak… awak nak tak, keluar makan dengan saya?” soalnya kekok. Aku bertambah panik! Keluar makan? Mestilah nak! Orang tak betul sahaja yang tak mahu keluar makan dengan dia!
“Errr… boleh.. bila?” soalku lambat-lambat. Apa pasallah aku cakap ‘boleh’ terlalu awal? Jatuh market!
“Malam ni?” soalnya.
“Sekarang dah pukul lapan setengah!” aku hampir terjerit.
“So, sekarang?” dia menyoalku. Aku nyaris terkucil! Terkejut sungguh.
“Err, saya tak bersiap lagi ni…” aku bukannya mahu menolak tetapi memang benar. Aku belum bersiap apa pun.
“Tak apa. Saya tunggu dekat luar rumah awak ni,” ujarnya. Aku semakin terbelalak. Langsir tingkap, aku selak. Dia sedang berpeluk tubuh dan bersilang kaki sambil bersandar ke keretanya. Gila! Ini memang gila! Dia tahu dari mana alamat rumah aku?
“Dr. Irfan dah tunggu,” ibuku terjengul di muka pintu. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Aku dah tahu siapa dalangnya! Ibu!
Setelah bersiap ala kadar, aku meminta izin dari ibuku dan segera keluar.
“Sorry buat awak tunggu lama,” aku kekok!
“Tak apa. Masuklah,” dia membukakan pintunya untukku. Aku tersenyum. Rasa nak menjerit. Bahagia!
“Lega dapat tengok awak tersenyum,” komennya sambil tenang memandu. Aku terdiam. Lalalalala! Kekok! Syuhh!
“Kita nak ke mana ni, Doktor?” soalku. Dia tergelak besar.
“Jangan panggil saya doktor. Skema sangat bunyinya,” ujarnya. Aku ikut tergelak.
“Ir.. Irfan?” soalku. Dia angguk.
“Amirul Irfan…. dan awak, Cik Mimie Kirana a.k.a Sleeping Beauty,” ujarnya sambil menarik senyum.
“Tak payah letak Cik. Skema sangat bunyinya,” aku tiru tampal ayatnya. Dia tersengih.
“Saya minta maaf. Baru sekarang muncul,” ujarnya tiba-tiba.
“Kenapa pulak doktor.. eh? Irfan, awak cakap macam tu? Kenapa?” soalku dengan ayat tunggang-terbalik.
“Saya baru sedar, perasaan saya pada awak,” ujarnya dengan mata yang masih tekun memandang ke hadapan.
“Pe… pe.. perasaan?” GULP!
“Ya. Bila saya tengok katil tempat saya merawat awak dulu lebih dari sepuluh kali sehari, itu tandanya saya betul-betul rindukan awak. Melur, Zainab dan Aisyah yang sedarkan saya,” ujarnya berterus-terang. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.
“Awak. Err, awak… pasti?” soalku semakin gugup.
“Pasti sangat. Saya pasti seratus peratus. Saya tak pernah macam ni. Jangan takut ya, Kira. Saya tak kisah perasaan awak pada saya. Saya harap kita dapat berkawan dulu sekiranya awak tak merasakan hal yang sama,” dia memandangku sekilas.
Aku tak merasakan perkara yang sama pada orang yang menutup aibku? Memang gilalah aku! Tentulah aku merasakan hal yang sama. Tapi.. kalau aku mengaku, malulah!
Share this novel