Series
310
Hari Sabtu, hari di mana pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 mempunyai program mentor mentee untuk seharian. Di bilik kuliah, Rachel masih belum menghadirkan dirinya di hadapan ahli kumpulannya. Ayden kelihatan risau melihat ketiadaan Rachel dan begitu juga Chris. Namun, Nathan, Adrian, Evan dan Sharon senyap dan fokus menyiapkan tugasan.
?Mana pula Rachel pergi ni?? Soal Chris memandang ke arah mereka berempat. Begitu juga Ayden dan Kenn. Evan mengangkat kepala dengan tenang dan menghembuskan nafas.
?Korang tak tahu ke?? Soal Evan balik.
?Kalau kami tahu, kami tak tanya.? Beritahu Kenn. Sharon pula mengangkat kepalanya.
?She was hospitalized last night.? Jelas Sharon.
?Why?? Soal Ayden terkejut.
?She fainted yesterday because her blood pressure dropped dramatically.? Jelas Nathan pula. Ayden mengeluh kesal dan Chris kelihatan risau.
?Janganlah risau. Rayyan cakap blood pressure dia dah normal pagi tadi.? Ujar Adrian. Kenn menghembus nafas lega namun hatinya masih kesal.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi menandakan waktu rehat bagi pelajar. Mereka bergerak ke dewan selera dengan kelaparan. Rachel yang baru tiba dari hospital terus langsung ke bilik untuk mandi sebelum dia menghadirkan diri di depan menteenya yang banyak meninggalkan mesej di WhatsApp. Di dewan selera, Kenn melihat jam di telefon pintarnya menunjukkan sekarang pukul 10:30 pagi menandakan waktu rehat tamat. Mereka pun bergerak ke bilik kuliah. Setiba di bilik kuliah, di meja mereka hanya senyap tanpa gurauan seperti di meja kumpulan lain. Sharon yang membawa banyak minuman tin dan menghulurkan kepada ahli kumpulannya. ?Dari sapa?? Tanya Ethan. ?Dari saya lah.? Jawab Rachel yang membawa buku di tangan. Semua ahli kumpulannya berdiri melihat Rachel yang sampai dengan senyuman manis.
?She?s in a good mood.? Bisik Theo kepada Ayden. Ayden sekadar menolak sedikit lengan Theo dan menjelingnya. Rachel yang mendengar bisikan Theo itu sekadar tersenyum memandang buku-bukunya.
Pada waktu petang, jam menunjukkan pukul 2:15 petang. Rachel tiba di bilik kuliah awal berbanding pelajar lain. Di depan pintu bilik kuliah, terdapat beberapa pelajar perempuan tingkatan 4 yang sedang lepak. Rachel ingin masuk ke dalam namun pergerakkannya dihalang oleh salah seorang pelajar itu. Ya, pelajar tersebut ialah Alice yang merupakan bekas kekasih Ayden.
?Jangan ingat aku tak tahu kau satu group dengan Ayden.? Alice memulakan bicaranya. Rachel sekadar memandang Alice dengan mata tajamnya.
?Kau tak payahlah pandang dia macam tu.? Tegur Lisa dengan mukanya yang terang-terang annoying dengan Rachel. Rachel mengecilkan matanya sebelum menjulingkan matanya ke atas. Theo dan Ayden yang kebetulan sampai di bilik kuliah terkejut melihat kejadian itu terus menyerang Alice.
?Kau ni dah kenapa nak kacau Rachel.? Serang Ayden sambil mengerut dahinya.
Rachel memandang Ayden dan Theo lalu berjalan masuk ke bilik kuliah dan menempuh bahu Alice yang menghalang jalan masuk.
?Ops sorry.? Sindir Rachel lalu menjulingkan matanya ke atas. Alice memandangnya dengan penuh geram.
?Kau ajak aku putus, buat cara kau yang ajak putus. Tak perlu libatkan orang lain. Nak salahkan orang lain. Rachel takde salah, jangan nak pertikaikan.? Ayden memberi amaran sambil jari telunjuknya menunding ke arah Alice. Theo dan Ayden terus masuk ke bilik kuliah tanpa menunggu sahutan dari Alice.
Rachel membuat tugasannya ketika Theo dan Ayden sampai di meja kumpulan mereka. ?Kenapa kau sampai seorang?? Tanya Ayden.
?Dah aku nak datang awal. Kena seorang lah.? Balas Rachel yang masih fokus membelek buku rujukan Biology itu.
?Lain kali, jangan seorang. Takut nanti kejadian tadi terjadi lagi.? Theo menasihati Rachel. Rachel mengangkat kepala.
?Korang rasakan, kalau dia berani buat dekat sini, macam mana pula dekat asrama? Mestilah dia lebih berani. Dekat asrama dia selalu sindir aku. Nak buat macam mana.? Ujar Rachel dan matanya kembali memandang buku. Rachel berusaha mengelak dirinya untuk memandang mata Ayden.
?Kenapa kau tak pernah bagitahu?? Tanya Ayden dengan dahi berkerut.
?Takkan aku nak bagitahu kan.Tak pasal-pasal kau serang dia lepas tu dia serang aku balik cakap aku ni attention seeker, semua benda nak beritahu orang.? Balas Rachel yang hanya memandang sekilas wajah Ayden. Ayden menghembus nafas kesal. Theo memandang simpati terhadap Rachel. Satu sekolah tahu tentang fitnah pasal Rachel merampas Ayden daripada Alice. Sedangkan Alice dan Ayden putus atas keputusan kedua-dua pihak. Namun, Rachel hanya berdiam bila ramai rakannya bertanya berkenaan masalah ini. Rachel tak nak tambahkan bebanan Ayden untuk fikir pasal masalah ini.
Share this novel