Series
310
Keesokan harinya pada waktu prep petang, mereka harus berkumpul dengan ahli kumpulan masing-masing di tempat yang ditetapkan. Rachel dan Sharon sama-sama bergerak ke bilik kuliah yang telah dikhaskan untuk kumpulan mereka. Bilik kuliah tersebut agak besar mempunyai meja dan kerusi yang sesuai dengan bilangan ahli kumpulan Rachel. Kelihatan Ayden dan rakan-rakannya yang sudah sampai. Rachel memilih untuk duduk di sebelah Sharon kerana takut tidak selesa untuk duduk di sebelah Ayden. Kumpulan mereka disapa oleh Sir Qaadir.
“Hai semua. Janganlah awkward sangat ye. Apahal Nathan, Adrian dan Evan belum sampai?” Soal Sir Qaadir.
“Tak tahulah sir. Nak cakap ada hantu kacau takde juga. Masih juga tak nampak batang hidung.” Balas Rachel sambil ketawa. Mentee nya yang lain turut ketawa.
“Amboi Rachel, tahulah saudara awak. Janganlah buat kutuk.” Balas Sir Qaadir dengan ketawa kuat.
“Siapa saudara saya, sir?” Soal Rachel sambil memandang tepat pada mata Sir Qaadir seolah memberi isyarat.
“Eh, saya gurau je.” Ya kelihatan Chris mencurigai pandangan Rachel terhadap Sir Qaadir.
Selepas prep petang tamat, kelihatan mentee nya sudah berkemas untuk bersiap-siap untuk riadah.
“Korang baliklah dulu. Aku banyak benda lagi nak dibuat.” Beritahu Rachel. “Sure?” Kenn mendapat kepastian dan Rachel sekadar menggangguk lemah sambil matanya kelihatan sayu.
Tepat pukul 5 suku petang, Rachel memutuskan untuk balik ke asrama. Rachel berjalan seorangan sambil mendengar lagu dan melihat para pelajar lelaki di padang bola sepak dan sesetengah pelajar yang berjoging di kawasan jalan raya menuju ke gelanggang. Rachel kelihatan tenang mendengar lagu sambil menikmati permandangan sekelilingnya sehingga dia bertembung dengan kembarnya, Rayyan. Rachel segera menanggalkan earphonenya.
“Why you didn’t reply my message since yesterday? I even spamming you a lot of message.” Serang Rayyan setelah melihat kelibat Rachel yang tenang itu.
“Abang, I’m sorry. I still not checking my phone yet.” Alasan yang kurang bernas keluar di kepala Rachel.
“Whatever, you better reply or I tell Rafael about this.” Ugut Rayyan lalu terus pergi meninggalkan Rachel yang kelihatan masih tenang. Rachel menjulingkan matanya ke atas tanda annoying dengan perangai Rayyan. “I should just block your number.” Bisik Rachel seorang.
Setiba Rachel di biliknya, kelihatan Emma tidur. Katil Emma bersebelahan dengan katil Rachel. Rachel mengambil telefonnya dan membuka WhatsApp dan terdapat banyak chat yang diterima. Dia pun memilih untuk reply abang-abangnya sahaja.
Pada waktu prep malam itu, Rachel yang paling lambat sampai dalam group mentee nya. “Lambatnya kau.” Tegur Nathan pelik dengan perangai Rachel hari ini.
“Hm takde mood.” Jawab Rachel perlahan sehingga membuatkan semua menteenya memandang ke arahnya.
“Apa? Salah ke kalau aku bad mood? Aku pun manusia juga lah.” Ujar Rachel sedar ramai mata memandangnya.
“Okay, aku nak bagitahu. Petang tadi kami diberi taklimat tentang thesis. Thesis kita akan dibahagi kepada tiga round. Round pertama, kita akan buat thesis dalam kumpulan. Round kedua, mentor akan buat satu thesis dan mentee-mentee akan buat thesis dalam kumpulan. Dan last round, thesis akan dibuat secara individu. Keputusan akan dibuat dalam ranking.” Jelas Rachel dan kelihatan menteenya membuat muka tidak faham.
“We not saying that we don’t understand but, we just don’t know how make thesis.” Jelas Sharon yang merupakan classmate Rachel.
Selesai Rachel menjelaskan berkenaan thesis, Rachel melihat jam di pergelangan tangannya. Rachel mengeluh dan seperti biasa, menteenya pasti akan memandang ke arahnya. “What? Mengeluh pun salah ke?” Tanya Rachel dengan nada tidak puas hati. Kenn dan Theo ketawa. “You’re so funny, dear.” Puji Kenn sambil ketawa kecil. Semua memandang Kenn dan Theo. “Joking.” Balas Theo melihat pandangan tajam sahabat baiknya, Ayden. “I don’t care. But now, if you have any question with your homework or study, you can ask me.
"About thesis, we only focus it on weekend, so don’t worry ok?” Kata terakhir dari bibir Rachel sebelum membuat tugasan membuatkan Chris terpegun.
Keesokan harinya, Rachel dan Emma menikmati breakfast mereka dengan tenang sampailah Sir Amir menyerang pelajar aspura. “Kau tinggalkan bilik kau dengan keadaan yang tak kemas, kau boleh senang lenang pula makan! Kau pergi kemas bilik yang rasa bilik nya tak kemas sebelum aku basahkan tilam kau!” Jerit Sir Amir dengan keadaan marah.
“Garang juga uncle kau Rachel.” Usik Emma. Rachel sekadar membesarkan matanya dan jari telunjuknya di bibir. Kemudian mereka berdua bangun setelah selesai menghabiskan makanan. Mereka pun bergerak ke blok akademik. Ketika melalui asrama aspura, kelihatan Chris, Ayden, Kenn dan Ethan jalan di hadapan Rachel dan Emma.
“Hi Rachel.” Sapa Chris. Rachel agak terkejut dengan sikap ramah Chris. Chris dikenali sebagai lelaki yang dingin dengan ramai perempuan.
“Yes hi Chris.” Balas Rachel dengan intonasi suara yang agak meragukan. Ayden menoleh ke belakang dan memandang Rachel dengan pandangan yang kecil hati. Kenn menyabarkan Ayden yang kelihatan kecil hati. Ethan tahu lalu menarik perhatian Rachel dengan perbualan tentang thesis mereka. Sehingga tiba di blok akademik, mereka berpecah ke haluan blok kelas masing-masing.
Share this novel