Chapter 5

Short Story Series 310

Setelah sebulan cuti untuk akhir semester, pelajar-pelajar pun kembali ke sekolah. Rachel dan Rayyan dihantar oleh Justin dan Rafael. Setelah selesai membuat pendaftaran sekolah dan asrama, mereka bergerak ke kawasan blok asrama aspura. Rafael dan Justin membantu Rayyan mengangkat barangnya ke hadapan asrama manakala Rachel hanya duduk di dalam kereta Alphard milik Justin dengan bermain telefonnya.

Ayden: Dah sampai ke?
Rachel: hm dah
Ayden: Okay lah, nanti malam aku dengar kita ada berkumpul.
Rachel: hm macam biasa
Ayden: Tapi untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 je
Rachel: ok

Bagi Rachel, Ayden sangat baik dengannya. Tapi persahabatan mereka harus dirahsiakan kerana pasti akan menimbulkan fitnah di kalangan pelajar lebih-lebih lagi mereka berdua bukannya sama umur. Ayden muda setahun daripada Rachel.

Pada malam itu, pelajar tingkatan 4 dan 5 berkumpul di dewan perhimpunan manakala pelajar tingkatan 1,2 dan 3 berkumpul di dewan selera.

“Seperti yang disedia maklum, bermula pada minggu ini, program mentor mentee akan diadakan. Senarai nama mentor dan ahli mentee nya telah disiapkan dan akan diberi kepada ketua batch untuk send file senarai nama ke group batch masing-masing.” Ujar Sir Qaadir. “Ketua batch boleh forward file tersebut sekarang. Sebab bermula malam ini, program ini dimulakan dengan aktiviti orentasi bersama mentor dan mentee.” Sambung Sir Qaadir lagi. Sir Qaadir selaku ketua yang menjayakan program ini bersama dengan ahli jawatankuasa tertinggi iaitu, Sir Amir dan Sir Hafizul.

“Siapa rasa diri dia tu mentor silalah berdiri di hadapan.” Arah Sir Amir dengan suara yang garang.
“Rachel, mentor kan? Pergilah depan.” Tegur Sir Hafizul dari belakang apabila melihat Rachel sekadar menenung skrin telefonnya. Rachel pun bangun selepas terkejut mendengar namanya dipanggil oleh Sir Amir.
“Rachel, saya tahu awak tak nak jadi mentor tapi tahukan mentor tu memang ditapis kepandaiannya memimpin ahli kumpulannya.” Pujuk Sir Amir dan Sir Qaadir. Rachel sekadar menggangguk tanda faham yang dia harus menerima walaupun tidak ikhlas. Pelajar yang lain diminta untuk mencari mentor sendiri. Untuk senarai kumpulan Rachel terdiri daripada sembilan mentee iaitu Ayden, Chris, Kenn, Ethan, Theo, Nathan, Adrian, Evan dan Sharon.

Selesai mentee memperkenalkan diri, giliran mentor pula untuk memperkenalkan diri.
“Hi everyone, I guess everyone knows me. My name is Rachel Castley. Hope we can get along.” Kata Rachel dengan sedikit gugup. Ayden memandang Rachel dengan sedikit senyum di bibirnya manakala Nathan dan Theo sama-sama memandang Ayden. Ya, mereka semua pasti tahu isi hati Ayden.

Selesai sesi memperkenalkan diri, mereka diberi taklimat. “Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan sekaligus meningkatkan keputusan tahunan batch. Program ini diadakan pada waktu prep petang dan prep malam. Setiap kumpulan akan dibahagikan ke tempat masing-masing untuk menjalankan prep bersama kumpulan. Program ini juga mengadakan aktiviti untuk pelajar dilatih membuat assignment thesis seperti dalam peringkat universiti. Selain itu, program ini juga akan melatih pelajar untuk bekerjasama dalam menjawab exam dan mencari kelemahan masing-masing pada setiap subjek.” Jelas Sir Qaadir.

Tepat pukul 10 malam, para pelajar balik ke asrama masing-masing untuk menyambung sesi gotong royong di asrama. Namun tidak bagi Rachel. Dia sudah lama selesai membersihkan katil dan lokernya. Jadi, dia langsung terus tidur setiba sahaja di bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience