Chapter 1

Short Story Series 310

"Rachel, siapa lagi kalau bukan pelajar terbaik di sekolah kita." kata seorang gadis bernama Qayla. "Serius ke budak baru tu kembar dia?" soal rakannya, Fatin. "Dahtu, kau ingat aku tipu? aku dengarlah batchmate mereka bercerita tadi." beritahu Qayla. "Tapi kalau betul tu kembar dia, boleh tahan hensem juga. Siapa nama dia?" tanya Fatin. "Tu aku tak tahu. Kau nak tahu sangat, kau pergi soal selidik Rachel tu sendiri." penat Qayla layan perangai si Fatin.

"4 tahun kita satu sekolah, aku tak pernah dengar pun kau ada kembar?" tanya si Tiana. "Aku rahsiakan identiti aku." ujar Rachel sambil membuat tugasan di meja belajar. Mereka sebilik pun duduk di ruangan belajar di bilik mereka dan menyoal selidik Rachel. "Terkejut tau bila budak baru tiba2 memperkenalkan diri cakap dia ada kembar. Sedangkan kita tak tahu kembar dia ada kembar." kata Rosie. "Hmm." keluh Rachel. Niatnya ingin merahsiakan identitinya namun, kembarnya membuatkan rahsianya terbongkar. Setakat ini dia sekadar merahsiakan latar belakang keluarganya yang sebenar dan dia sudah siap-siap memberi amaran kepada kembarnya supaya merahsiakan hal ini juga.
"Tapikan Rachel, Rayyan tadi cakap kamu kembar tiga, betul ke?" tanya Natalia pula. "Itu pun Rayyan bagitahu." keluh hati Rachel. "Hm betullah tu." jawab Rachel sambil tersenyum pahit.
"Astaga, dah macam budak baru kau Rachel. Kita tak pernah tahu pun pasal family kau. Aku baru sedar wei." ucap Ella kesal. "I'm so sorry everyone. Aku ada reason sendiri kenapa aku rahsiakan." jelas Rachel.

Ketika prep malam pula, Rachel meletakkan bukunya di atas meja. Grace merupakan rakan baik Rachel menyapanya, "Hi Rachel." Grace sudah lama mengetahui tentang Rachel yang mempunyai kembar sama seperti kawan baiknya seorang lagi yang merupakan roommates nya, Emma. Emma juga mengetahui tentang kembarnya.
"Hi Grace. Dah siap homework addmath ke?" soal Rachel yang kelihatan penat.
"Belum lagi. Penat nampak, jaga kelas ke hari ni?" tanya Grace. Rachel merupakan seorang lembaga disiplin pelajar. Di MRSM, badan kepimpinan terbahagi kepada banyak kategori. Rachel sekadar mengangguk.
"Sister, this is the coffee that uncle told me to give you." tergah Rayyan sambil mengangkat kening sebelah.
"Who's uncle?" soal Rachel sambil memandang tajam ke arah abang kembarnya itu. Isyarat supaya tiada siapa yang tahu bahawa guru fizik, Sir Amir yang merupakan uncle kepada Rachel dan Rayyan.
"Oh I'm sorry. I told warden to help me to buy some coffee for you. Yea, you like coffee, right sister." Rayyan cepat-cepat membetulkan pernyataannya.
"Yaaa, Thanks brother. You may go back to your class now." arah Rachel sambil memandang Evan seperti memberi isyarat mengarah untuk membawa pergi abangnya sebelum makin timbul pertanyaan orang ramai.
"Rachel, jom. Kita jaga kelas hari ini." ajak Emma yang merupakan partner Rachel untuk menjaga kelas waktu prep malam.

Rachel tenang setelah menyiapkan hampir 3 tugasan yang diberikan oleh guru. Rachel menghembuskan nafasnya dengan memandang pelajar kelas tingkatan 3 yang dijaganya. Dia memandang pelajar-pelajar yang fokus membuat tugasan, mengulang kaji, malah ada yang tidur dan berbual. Namun, Rachel dan Emma tetap tenang kerana mereka tidak membuat bising. Hampir lima minit Rachel memerhatikan tingkah laku pelajar, Sir Amir dan Cikgu Azlan masuk ke kelas itu dan pelajar-pelajar diam melihat mereka berdua.
"LDP, ada yang tak pakai nametag ke? Ambil nama dan hantar kepada saya." arah Cikgu Azlan. Rachel dan Emma sekadar menggangguk kepala.
"Yang tidur tu takde kerja nak dibuat ke? Ke dah pandai sangat." sakit telinga pelajar mendengar bebelan Sir Amir. Rachel memandang Sir Amir yang merupakan Uncle nya yang tidak diketahui ramai orang. Sir Amir memandang Rachel dengan senyuman manis.

Habis sahaja waktu prep malam, Rachel dan Emma balik ke kelas masing-masing. Grace mengajak Rachel untuk minum malam di dewan makan bersama-sama. Habis sahaja waktu minum malam, mereka pun balik ke asrama dan melakukan beberapa aktiviti yang mereka belum selesaikan.

Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience