BAB 2

Drama Completed 400

Ika mengeluh. Cikgu Ria kata mahu jemput dia. Lama dia tunggu. Muncung
Ika sudah panjang.

“Jangan nak buat muncung itik. Kejap lagi sampai la kakak kamu tu.” Kata
Mama Ika.

“Ala mama. Kita ni dah semangat nak pergi.” Ika setia menanti depan
pintu rumahnya. Menanti Ria menjemput dia di rumah.

“Sabar la. Mana tahu jalan sesak ke? Jangan lupa bagi kuih yang mama
buat tu?”

“Kuih? Baiklah mama. Ika bagi. Kan kuih mama ni terbaik dari ladang.”

“Ladang, ladang juga. Tapi kuih mama ni bukan lembu atau kambing nak
datang dari ladang.” Mama Ika tersenyum.

“Mama ni. Orang cakap aje.” Makin panjang muncung Ika.

Sebuah kereta myvi masuk ke perkarangan rumah Ika. Mama Ika dan Ika
melihat dari jauh.

“Apa khabar mak cik?” Ria bersalaman dengan mama Ika.

“Khabar baik.”

“Ika maaf akak ada hal. Biasalah nak suruh mangsa keluar rumah memang
payah.”

“Tak apa kak.” Ika tersenyum.

“Tak apa? Ria, kalau kamu nak tahu, Ika ni dari tadi membebel kenapa
kamu datang lambat.” Jelas mama Ika. Wajah Ika sudah merah.

“Mama...” Ika sudah malu.

“Betul ke mak cik?” Ria memandang mama Ika. Mama Ika hanya mengangguk.
“Jom Ika. Nanti lambat pula. Nak jemput Fatin dan Alia pula.” Ajak Ria.

“Jom Kak!”

“Eh, tak nak salam mama ke? Kalau jumpa akak dia, dah lupa mama ye?”
kata mama Ika. Ika hanya tersengih.

“Mak cik, kami pergi dulu.” Kata Ria sambil bersalaman dengan mama Ika.

“Okey. Elok-elok pandu kereta tu.”

Ria hanya angguk kepala dari jauh.

“Akak, akak dah siap semua kan?”

“Dah siap semuanya.” Ria tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience