Pagi tersebut Ika pergi awal ke sekolah. Dia yakin yang dia adalah orang
pertama yang tiba di kelas tetapi ternyata silap.
“Awalnya kau datang Edy .” Ika menegur Zahidi .
“Kau yang selalu datang lambat...” balas Rusyadi.
“Okey Fine!” Ika mengalah. Ika letak begnya dan memadam papan putih.
Manakala Zahidi hanya bersandar malas di depan pintu kelas. Mereka
hanya berdua, tidak mahulah ada orang ketiga yang akan menghuru-harakan
mereka.
Mereka hanya diam sahaja.
“Ika...” Panggil Zahidi . Ika hanya memandang lelaki itu. Dia menaikkan
sebelah keningnya.
“Aku.....” Zahidi menyambungnya lagi...
“Aku suka kau....” sambungnya.
“Eh?!” terkejut Ika. Tiba-tiba aje mamat ni.
“Kenapa Ika? Aku suka kau. Kau tak suka aku?” Zahidi gelabah. ‘Nak
kata Ika pemalu, mukanya tak la merah. Pelik. Muka tak ada perasaan ke
si Ika ni.’ Teka Zahidi .
“Entah!” Jawab Ika. Dia menyambung semula memadam papan putih itu.
“Yelah. Kalau kau online. Kau tak pernah LIKE aku punya komen. Kau kan
suka mengelike. Kenapa aku tak masuk dalam list kau.” Tanya Zahidi .
“Oh yeke? Mungkin kau komen tak menarik. Aku tak like la.” Kata Ika lalu
meletakkan pemadam papan putih itu.
“Apa?!” giliran Zahidi pula terkejut.
“Aku nak kahwin dengan kau Ika.”
“Adessss... tak padan kita kecil lagi. Dah nak kahwin. Gedik juga kau ni.”
“Mana ada! Aku dah rancang masa depan. Aku akan bekerja dengan ayah aku.
Aku akan jadi Chef. Chef terbaik kau.” Bersungguh-sungguh Zahidi berkata.
“Kau nak jadi Chef? Macam ayah kau yer, pak cik Ziyad?” soal Ika pula.
“Yelah! Aku tak layak ke, Ika?” Zahidi memandang Ika.
“Taklah. Aku ni berangan nak suami yang kacak, kaya, macam putera raja
ke.... sesuai la dengan aku yang comel ni.” Terus terang Ika.
“Tak apa Ika. Suatu hari nanti kau akan suka pada aku!” kata Zahidi
terus berlalu keluar dari kelas.
Ika tergamam. ‘Lantaklah!’
Tetapi....
Pen merah yang diberikan oleh Zahidi dilihatnya. Entah mengapa dia
sayang pada pen tersebut.
Share this novel