BAB 4

Drama Completed 400

Semua persiapan sudah tersedia. Zahidi dan Ika masih bermasam muka.
Nak gaduh aje budak berdua ni. Aku satukan baru tau. Ria berasa tekanan
sebab Zeck tidak pulang lagi. Semua persiapan sudah tersedia.

“Ria, diorang dah pulang!” Kata Zai.

“Betul ke kak Zai?” Ria cepat-cepat rebah atas lantai. Manakala semua
yang datang tadi menyorok.

Zeck yang baru pulang beli barang terkejut melihat isteri tersayang
terbaring atas lantai.

“Ria! Kenapa ni sayang?” Zeck memangku tubuh Ria. Dia mahu menghantar
Ria ke hospital dengan kadar segera.

Belum sempat Zeck meletakkan tubuh Ria dalam kereta.

“Selamat hari lahir abang!” Ria berbisik dengan nada yang romantik.

Terkaku Zeck mendengarnya. Dia sudah lupa hari ini adalah hari lahirnya
yang ke.... tuttttttttt

“Ria! Nakalnya!” Zeck masih memangku tubuh isterinya.

“Dahlah. Turunkan saya.” Arah Ria. Dia malu apabila tetamu yang datang
melihat dia dipangku begitu. Anak-anak muridnya sudah tersengih lebar.

“Tak nak! Inilah balasan untuk orang yang kenakan abang.” Kata Zeck.
“Nak hadiah!” pinta Zeck.

“Hadiah kat dalam rumah. Kalau nak ambil sendiri.” Arah Ria. “Ish,
malulah orang tengok!” sedikit keras suara Ria.

“Padam muka. Siapa suruh kenakan abang.”

“Kak Zai yang suruh.” Kata Ria dengan selamba.

“Eh, sedapnya mengata akak. Bila masa akak yang suruh.” Zai memandang
Ria. Dia senyum geram pada Ria. Ria rapatkan kedua tapak tangannya
sebagai tanda dia minta ampun. Zeck ketawa gembira.

Tiba-tiba mereka bertiga terasa aura yang dingin.

Zahidi dan Ika. Ika duduk dihujung meja sebelah kanan manakala
Zahidi duduk di meja hujung sebelah kiri. Mereka saling jeling-menjeling.

Ria rasa dia perlu buat sesuatu.

“Kak Ria, ayah tak dapat datang la. Camner nak balik?” manja sekali
suara Zahidi . Ika dari jauh hanya menjeling.

“Tak apa akak hantar.”

“Eh, siapa izinkan awak keluar rumah hantar budak-budak ni?” Zeck
menyampuk. Wajah Zeck serius lain macam.

“Abang ni kenapa?” Ria terasa bengang dengan sikap suaminya itu.

“Eh, abang gurau aje!” suaminya tersengih.

Alia dan Fatin di hantar pulang oleh Fika dan tinggallah mereka berdua,
Ika dan Zahidi .

Zeck dan Ria menghantar Ika terlebih dahulu. Mereka berdua duduk di
tempat duduk belakang.

Tiba-tiba Zahidi memberi sebatang pen. Pen tersebut dengan
bersama-sama sehelai kertas yang ada tulis sesuatu.

Ika sekadar mengambilnya. Dia menyimpan dalam beg yang dibawa.

“Terima kasih kak Ria.” Ucap Ika.

“Eh, kak Ria aje ke?” Zeck tersenyum.

“Abang Zeck pun sama. Terima kasih.”

Ika pun masuk ke dalam rumah. Selesai membersihkan diri. Dia membuka
lipatan kertas yang diberi oleh Zahidi .

Siap kau!

- Zahidi -

Apa kes mamat ni? Tiba-tiba siap kau? Sihat ke tak. Aku ingat ada
perkara penting. Pen merah pula tu bagi aku. pelik! Ika sekadar
menyimpan sahaja pen merah tersebut dalam bekas pensilnya.

Ada sesuatu yang amat kecil tulisannya atas kertas tersebut.
Berkerut-kerut dahi Ika mahu membacanya. Dia ni memang sengaja nak seksa
aku.

Satu persatu Ika menyebut perkataan tersebut.

“Aku.... Suka..... Kau.....” terkebil-kebil mata Ika. Suka aku? Edy
suka aku? Eh, mamat ni biar betul. Dahlah tahun ni SPM. Main-main pula
dia. Ika menidakkan apa yang dibacanya. Akhirnya dia mengambil keputusan
untuk tidur sahaja. Lagi bagus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience