BAB 8

Drama Completed 400

Ika tersenyum lebar apabila teringat kisah lamanya. Pen di tangannya di
simpan semula. Lama gila pen ini.

“Sayang, abang dah siap masak ni! Sayang tolong hidangkan, abang nak
pergi mandi!” kata suaminya.

“Baiklah abang!” sahut Ika dari bilik stor.

“Baik aku simpan elok-elok pen ni. Kalau dia nampak, teruk kena buli
nanti.” Selepas disimpan tempat asal, Ika terus menuju ke dapur. Itulah
rutin hari minggu antara dia dengan Zahidi .

Selepas selesai menghidang, Ika duduk termenung. Teringat Zahidi
melamarnya dulu.

‘Aku kan tak suka dia. Macam mana pula boleh kahwin dengan si Edy ni?’
Ika tersenyum. Teringat pula kisah lalu.

“Ambil la.” Bisik perlahan Zahidi pada ika yang duduk tidak jauh
dengannya dalam sebuah kedai. Mereka berjumpa secara tidak sengaja
selepas dua tahun SPM mereka berlalu.

Ika mengambil juga kertas yang dihulurnya.

Apa khabar –Zahidi -

Khabar baik –Ika-

Kau masih single? –Zahidi -

Single lagi –Ika-

Tiba-tiba Ika mendapat kertas bersama sebentuk cincin. ‘Hadiah hari jadi
ke?’ teka Ika sendirian.

‘Sudikah kau menjadi isteriku di dunia dan akhirat? – Zahidi -

Ika terkejut membacanya. Dia memandang Zahidi . Zahidi hanya mengangguk.

“Datanglah rumah meminang aku.” kata Ika sambil berlalu.

Tergamam Zahidi dengan tindakan Ika. ‘Ingatkan si Ika terharu. Tak
romantik betullah aku ni.’

“Hahahhahhhahahahha!” Ika ketawa kuat. Dia teringat wajah Zahidi yang
Blur itu. Tapi akhirnya mereka berkahwin juga.

“Apa yang ketawa kuat tu? Sampai dalam bilik air abang dengar.” Tegur
Zahidi sambil mencium pipi Ika.

“Wangi!” Puji Ika. Dia tersenyum sambil memandang wajah Zahidi .

“Jom makan!” jemput Zahidi . Dia rasa malu apabila Ika memujinya begitu.

“Itu pun nak malu.” Kata Ika.

“Mana sayang tahu abang malu?”

“Tu... Telinga abang merah. Senang aje nak tahu.” Lagi sekali Ika
ketawa. Itulah hobi barunya sejak berkahwin dengan Zahidi . Mengusik
Zahidi sahaja.

“Dah! Dah! Jom makan!” ajak Zahidi .

“Yelah Chef Zahidi . Kita makan ni.” Kata Ika. Masih ada niat untuk
mengusik Zahidi .

“Ika ni asyik usik abang aje. Abang usik sayang baru tau,” kata Zahidi
dengan geramnya.

“Usiklah. Tak kisah pun.” Balas Ika.

“Tunggu jap!” dengan pantas Zahidi menarik tangan Ika dalam
pelukannya. Ika tergamam.

Wajah Ika pula yang merah.

“Okey! Okey! Kita makan yer?” Ajak Ika. Hatinya berdebar hebat.

“Baru usik sikit dah takut.” Giliran Zahidi pula yang ketawa.

“Okey! Kita tak usik dah.” Ika mengalah.

“Masih simpan pen merah ni?” soal Zahidi .

“Eh, mana pula abang dapat? Orang simpan tempat rahsia tau.”

“Ada ke patut simpan dalam stor.”

“Yelah abang jarang pergi bilik stor.” Kata Ika. Dia tertunduk malu.

“Simpan lagi ye?” jeling Zahidi .

“Mestilah! Sebab pen merah ni kita jatuh cinta.” Ika tersenyum manis.
Mata mereka bertentangan. Perasaan indah mula terbuai.

Semoga hubungan ini berkekalan. Amiin...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience