Bab 10

Family Series 4979

Sudah 3 bulan aku pulang dari kampung halaman encik Ammar...entah kenapa hari ini aku boleh berdiri di hadapan kolej tempat aku belajar dulu...

"Awak nak cakap apa zara dengan saya?macam penting saja.."Soal Ammar hairan! bila di teliti...gadis itu seakan sudah berubah..bajunya juga sudah tidak menjolok mata...cuma masih belum bertudung...

"Saya rasa saya sudah bertemu dengan bakal imam saya..."Ujarku perlahan...

"Alhamdulillah...siapa lelaki bertuah tu?awak tak nak kenalkan kat saya ke?"Soal Ammar bersahaja....

Aku gigit bibir....haruskah aku berterus terang...tasik di hadapan mata di pandang kosong!

"Orang tu adalah Encik Ammar!Sudikah encik Ammar menjadi imam saya?"Sekali nafas aku menuturkan bicara itu..Fuhh...lega!!

Ammar tergangga...akibat terkejut..

~~~~~

Entah kenapa kereta yang di pandu aku terus sahaja menuju ke kawasan perkampungan....kereta Sport audiku di berhentikan di hadapan rumah yang sangat aku rindui...Jawapan berdiam diri dari Ammar membuatkan aku lari sejauh ini..di hadapan rumah ibunya...sungguh Ammar tiada hati dengan dirinya...

Tingkap kereta di ketuk dari luar....Wajah Mak munah tersenyum melihatku....Aku keluar dari perut kereta lalu memeluk tubuh tua itu...Rindu!

"Mari masuk,kenapa datang tak bagi tahu..nasib ibu ada di rumah"...ujar Mak munah ceria...

"Kebetulan je ibu..tak rancang pun nak ke sini..."

"Lah yeke?tak bawa baju la ni eh?"ujar Mak munah sambil ketawa....aku turut ketawa....macam mana nak bawa baju...terus aku pecut ke sini tanpa singgah di rumah.

~~~

"Assalammalaikum!..ibu!!"Laung satu suara dari luar rumah....bergegas Mak Munah keluar pintu...Aku juga mengikut langkah Mak Munah..

"Waalaikumsalam,fatihah?!"Balas mak munah teruja melihat anak gadisnya di depan mata..

"ibu!!"Terus saja tubuh tua yang di mamah usia di peluknya erat!

"Kenapa balik tak cakap ni?boleh la ibu dengan abang Am jemput kat air port.."

"Saja suprise....."Ujar fatihah ceria...

Aku memerhati wanita anggun yang bertudung labuh menutupi dada....Aku senyum bila mata itu melihatku...

"Siapa ni ibu?"Soal fatihah teruja..

"Anak angkat ibu,kenalkan..Zara namanya..zara ni fatihah anak dara ibu.."

Kami bersalaman....terkesima aku bila di peluk dan di cium pipi kiri dan kanan..mesra sungguh si fatihah ni...

"Apa khabar?terima kasih sebab sudi tengok2 kan ibu saya..."ujar fatihah mesra..

"Alhamdulillah baik...."Aku sedikit gugup..segan pula...

"Dah2..jom masuk sembang kat dalam...zara malam ni tidur bilik Ammar ye."Ujar Mak munah sambil menarik tangan fatihah dan aku serentak....Aku hanya mengangguk.

~~~~

Bilik si jejaka di perhati...semua tersusun indah..cantik kemas....ada tafsir Al-quran....ku sentuhnya penuh syahdu..entah kenapa aku terasa hiba....andai suatu hari nanti aku dapat mengaji dengan merdu seperti ammar..alangkah bertuahnya diri...

"Zara...jom makan,ibu da siap hidang makan.."Tiba2 muncul fatihah di muka pintu...

"Oh...baik lah..."jawabku terus mengikuti langkahnya ke dapur.

"Rupanya zara ni student abang Am ye..."Fatihah cuba beramah mesra...

"Aah...tu pun tengah tahun sem akhir..."

"Mesti garang kan abang Am tu..."kutuk fatihah sambil tergelak..

"Tidak la...Encik Ammar baik..tak garang pun.."Bidasku...

"Encik Ammar??.....ala zara...panggil Nama je sudah....lagi pun abang bukan ada pun kat sini.."usul fatihah lagi...Mak munah hanya mengeleng kepala melihat fatihah..

"Kan ibu...tak payah protokol sangat..da abis belajar kan dengan abang Am tu....Ha..baru tihah ingat..Kak suraya kirim salam kat ibu.."

"Waalaikumsalam....Abang Am tahu tak tehah dengan suraya da balik?" mak munah menyoal..

"Supsrise!!!"ujar fatihah ceria...

Aku hanya tersenyum...yang menjadi tanda tanya siapa Suraya??

~~~~~

Aku dan fatihah duduk di pangkin sambil berbual mesra....

"Zara tahu tak..abang tu setia...sampai hari ni abang Am tu tunggu kak suraya.."ujar fatihah tanpa di tanya..

"Mereka kekasih ke?"soalku

"Erm..macam mana ye nak cakap..kekasih dalam islam la senang cerita....terlalu menjaga batas....mereka janji..lepas kak suraya balik...dia orang akan bertunang dan sebulan kemudian bernikah....

Bagai di panah petir aku apabila mendengar bicara fatihah...dadaku bagai hancur luluh...

"Yeke...wah..tahniah.....tak sangka ye.."ujarku dengan nada bergetar..

"Ha..panjang umur kak suraya..dia sudah muncul..."fatihah bersuara girang...

Mataku berkalih ke arah tubuh seorang wanita yang berjubah dan berpurda...tinggi kecik molek saja aku melihatnya..alis matanya yang cantik meruntun jiwaku...belum lagi terlihat wajahnya..sudah pasti sangat sempurna..

"Assalammualaikum...."Sapanya mesra..aku dan fatihah menjawab salam serentak..Kami bersalaman..sekali lagi tubuh aku di raih dan di peluk mesra...

"Saya suraya..."dia memperkenalkan diri..

"Saya Medina Azzahra..panggil Zara je.."

"Anak angkat ibu ye...."ujarnya tenang...siapa yang tak kenal Mak Munah..semua tetamu muda di anggap anak angkatnnya..

Aku angguk dan senyum...

"Kak suraya..jom.masuk jumpa ibu.."pelawa fatihah....

"Mari zara..."suraya mempelawaku..

"Takpa lah....saya nak berjalan di tepi pantai sekejap...."balas ku

~~~~

Mataku tajam merenung laut terbentang luas...

"Patut lah dia berdiam diri...rupanya sudah ada suri di hati...."Aku mengeluh...

"Aku ni memang tak selayak suraya....cinta sejati..iaitu cinta kerana Allah..sedangkan aku...cinta hanya mengikut nafsu...."Air mataku menitis jua..mengenang diri yang kerdil ini...

Bagai langit dengan bumi jika nak di banding kan aku dengan suraya..jika aku ni Ammar..sudah tentu sekali aku memilih suraya menjadi isteri....ciri2 wanita soleha..bakal menjadi bidadari syurga..sedangkan aku manusia jahil...Patut la Ammar sering menjauhkan diri dariku...

"Jauh termenung.."Sapa satu suara..pantas aku menyeka air mataku daripada terlihat...

"Teringat seseorang ke?"Soal suraya...

"Hiss...takda la awak...rasa sedih pula nak tinggalkan kampung ni..esok da nak balik KL..."Aku menipu..

"Lain kali boleh datang lagi kan..tak puas lagi saya berborak dengan awak...boleh kita jadi sahabat?"suraya bertanya ikhlas...aku senyum..

"Sudah tentu la boleh....bertuahnya saya di beri peluang menjadi sahabat awak suraya..."

"Kenapa zara cakap macam tu?"soal suraya pelik..

"Awak kelihatan sempurna di mata saya.."Jawabku ikhlas..jujur dari hati..

"Manusia tidak pernah sempurna zara...yang sempurna hanya Allah s.w.t..."

"Saya tahu tu..."jawabku pendek...

"Saya suka nama awak zara...Medina Azzahra...."

Terkejut aku mendengar pengakuannya...Aku memandangnya pelik..

"Awak tahu tak zara apa yang saya rasa sekarang...saya rasa awak sangat dekat dengan saya...padahal kita baru je jumpa tak sampai 2 jam..."

"Saya tak faham..."balasku pelik..

"Takpa lah....abaikan saja...."ujar suraya mendatar...Aku hanya mampu tersenyum....

~~~~

"Tahniah encik Ammar...tak sangka ye dalam diam sudah berpunya..."ujarku berseloroh.

Ammar di hujung talian terkejut....zara menghubunginya hanya ingin katakan tentang hal peribadinya ke?

"Saya minta maaf ye pasal kata2 saya tempoh hari...anggap saja yang saya ni bergurau!"ujarku lagi di iringi gelak halus..

"Zara...maafkan saya..saya tak bermaksud nak kecewakan hati awak...."Ujar Ammar mendatar..

"It's okey...hati saya tak kecewa pun..awak pun tak pernah bagi saya harapan..saya saja yang bertepuk sebelah tangan."Sedaya boleh aku cuba bersahaja...

"Saya doakan awak berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dan layak sebagai Imam awak kelak.."Ammar bersuara perlahan.

"Inn Shaa Allah..Aamiin....."jawab aku ceria..

"Saya juga akan doakan awak berdua bahagia hingga jannah!"Sambungku lagi.

"Terima kasih....Inn Shaa Allah nanti saya akan jemput awak ke majlis saya"Balas Ammar

"Inn Shaa Allah..panjang umur nanti saya datang ye...okey la..saya ada kerja nak di sambung ni..Assalammualaikum..."

"Waalaikumsalam..."

Aku bersandar di kerusi...sakit juga bila cinta di tolak dan bertepuk sebelah tangan....mungkin aku terlewat sikit..tapi takpa..aku redha...perancangan Allah itu indah..semoga hari2 ku yang mendatang lebih baik dari hari ini....aku kena buka buku baru!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience