Basikal tua milik mak Munah di kayuhku perlahan...bayu laut menerpa ke wajahku...asyik saja mata Ammar memerhati zara mengayuh basikal..kelihatan agak kekok dan hampir terjatuh tapi masih dapat mengimbanginya...
"Encik Ammar jom ronda2 kampung naik basikal!"ujarku ceria..
"Tak nak lah.."jawabnya pendek..
"Tak sudi ke encik Ammar?yelah saya sedar diri..lagi satu tak elok berdua duaan kan.."balasku sinis...
Mak munah hanya tersenyum mendengar bicara zara...
"Pergi la Am...kayuh basikal je pun...kan basikal ibu tu ada 2,kesian Zara..."pujuk Mak munah kepada ammar...
"Tapi bu..."
"Pergilah ibu izinkan...Inn Shaa Allah takda Apa2 jangan risau.."Pujuk Mak munah lagi..Ammar terpaksa akur...
~~~~
"yuhuuu...seronoknya!!!"jerit aku sambil mengayuh....terasa segar pula bayu laut menampar wajah....kelihatan Ammar hanya santai2 sahaja.Gaya yang penuh karisma dan protokol!..aku je yang over excited...
Kami berhenti rehat di tepi jalan sambil memandang laut..rambutku yang di ikat satu sudah serabut di tiup angin laut..
"Encik Ammar ada girlfriend tak?"Soalku tiba2..Ammar tersentak!masih diam seribu bahasa.
"Tak kan takda kot....muka handsome2 macam ni?"Soalku lagi...
"Kalau ada ke atau takda...semua tu tiada kaitan dengan awak..."balasnya terus sambung kayuhan...terkial kial aku ingin mengejarnya...
"Encik Ammar tunggu lah!"Jeritku
Ammar hanya menonong dengan kayuhannya...
~~~~
Dua hari berada di rumah encik Ammar baru hari ini aku melihat dia bergayut di telefon sambil duduk di atas pangkin..
"Awek dia kot..."Bisik hatiku dengan bibir mencebik...
Aku mengeluh...I phone 7 ku berdering lagi..
"Isha"...
"Apa lagi minah ni...baru 2 hari aku hilang macam setahun pulak hilangnya..."Rungut aku di dalam hati...semua panggilan dan whattsapp dari fiqa dan isha aku abaikan..sebab malas nak menjawab segala persoalan..
Tiba2 muncul mak munah...
"Zara...ibu nak tanya sikit boleh?"
"Tanya lah ibu"
"Zara masih datang bulan lagi ke?"Soalan Mak munah tiba2 membuatkan aku tersentak!
"Er......"
"Maaf ye kalau zara rasa ibu ni menyebuk urusan zara..ibu sekadar bertanya saja..."
"Sebenarnya zara tak period pun..."Jawabku mendatar...Mak munah hanya senyum memandangku...
"Zara tak pandai solat"Jawabku jujur..
"Zara tak nak belajar solat ke?"Saja Mak munah memancing...untung2 dia dapat membantu gadis bandar itu...
"Zara segan la ibu..da lama zara tak solat..zara da lupa semuannya.."rintih zara kesal...malu pula dia dengan Mak munah.
"Ibu boleh ajarkan,kalau zara tak kisah..."
"Betul ke ni ibu??"Mataku sudah bersinar...selama berada di rumah Encik Ammar...banyak kali juga dia melihat anak beranak itu berjemaah..tapi dia hanya mampu melihat saja..
Mak munah mengangguk laju dengan senyuman...
Share this novel