Lampu2 disco yang sentiasa bertukar warna dan irama muzik yang membingitkan telinga terasa tidak mengasyikkan aku pada malam ini..terasa rimas pula...sesekali aku merengus kasar bila tangan sasa itu mula meraba dan merayap rayap di tubuhku.
"Behave Megat!"ujarku keras...tubuhku yang masih bergoyang mengikut rentak muzik sungguh asyik di pandang megat....
Sekali lagi tangan itu merayap ke pinggulku....tubuhku di rapatkan kedadanya yang sasa....Aku menolak kasar...tangannya juga aku tepis....
"Come on Zara....ringan2 je kot..."Bisik megat di cuping telingaku..sesekali bibirnya bermain di situ..naik geli aku di buatnya...Pantas aku menolak tubuh sasa itu dan mahu beredar....tetapi belum sempat aku nak melangkah pingangku sudah di raihnya.Tubuhku yang membelakangkannya di peluk rapat...terasa diri sudah melekat dengan tubuhnya..
"You cantik Zara malam ni....Seksi sangat dengan dress merah you ni..."Bisiknya sambil mencumbui leherku yang jinjang....pantas aku mengelak.
"Lepas lah Megat!..."jeritku...tapi apalah sangat dengan bunyi bingit tu...orang pun tak perasan agaknya aku ni tengah jerit...masing2 asyik dengan dunia mereka.
"Malam ni you teman i ye..please Zara,i tak tahan la tengok tubuh you ni..."Rayunya...Aku gigit bibir menahan geram mendengar kata2nya...Terus saja aku menghentak siku ku ke perutnya...terus saja dia melepaskan pelukkan dan terbongkok menahan sakit di perut..Rasakan!
"You ingat i apa?suka2 nak bawa masuk bilik layan you!bodoh!"Ujarku terus berlalu...pantas Megat mengejarku...
Dulu dengan boyfriend aku pun takda la sampai masuk ke bilik...Dia ni siapa?Baru jumpa da buat hal...
"Zara!you jangan lupa eh,abang you yang bagi you kat i.."Sindirnya keras...
"Tapi untuk teman you Dinner je kan...dah kira untung i layan you sampai pub ni...da bagi betis nak paha pulak!"Bidasku keras
"Hei you jangan jadi bodoh la...maksud Zarul tu..you kena teman i malam ni..faham tak teman?bukan setakat makan je tau...you tak payah belagak baik sangat...macam i tak tahu you tu macam mana,adik dengan abang sama je!.."sekali lagi Megat sinis memandangku..Aku da berdencit menahan geram!
"Maksud you abang i izinkan?macam tu?tender apa pula kali ni yang dia nak dapatkan ye..."Aku berkata sinis...Sesekali megat senyum gatal melihatku....Matanya tak sudah2 memerhati tubuhku....Dress merah sendat paras peha dan menayang buah dadaku memang kelihatan seksi...Sesekali Megat telan liur melihat tubuh yang mengiurkan itu...Aku?ada aku kesah?
"Okey macam ni..i pun malas la nak gaduh dengan you!"Megat mula mengalah...
"Bagus ,kalau macam tu hantar i balik sekarang!"ujarku keras...
"Okey..okey......"Ujar megat terus memelukku dan kami jalan beriringkan menuju ke kereta sport Lomborgininya....Fuhh....bangga aku naik kereta mewah tu...tapi malangnya...empunya kereta tu perangai buaya darat...
"Ingat senang2 aku nak lepaskan kau....haha"bisik hati jahat Megat...
Share this novel