Terus saja aku berlari ke belakang fakulti menuju ke kawasan parking...Bila ternampak kereta sport megat memusing melalaui jalan belakang fakulti pantas aku menyorok di celah2 kereta...time2 ni la I phonne 7 ku berdering...
"Hello!Zara kat mana?da jumpa megat belum? dia jemput Zara hari ni.."suara abang zarul di hujung corong...Aku merengus kasar!
Terus saja aku matikan talian tanpa membalas.Handfone di off..Tak habis2 lagi nak serahkan aku kat buaya darat tu..baru aku ingin berdiri..sekali lagi kereta sport megat melalui jalan belakang fakulti..pantas aku menunduk...pada waktu yang sama..Alarm kereta yang aku bersandar ni berbunyi..pantas aku seludup masuk dari pintu belakang tempat penumpang...Kereta siapa la yang aku ceroboh ni...Ahhh lantak lah,yang penting aku lari dari si megat tu..bisik hatiku..
Sehabis boleh aku menyorok di belakang tempat duduk penumpang tu...oleh kerana badan aku kecil molek tidak menjadi masalah untuk aku menyorok kan diri...
Pintu kereta di tempat memandu di buka...aku kunci mulut...
"Ye ibu...Am gerak terus ni..."Ujar si lelaki sambil mencampak bag kerjanya dan meletakkan buku2 assigment studentnya di tempat duduk belakang sambil berborak di telefon...Seboleh boleh aku mengecilkan diri supaya tidak kelihatan...
"Ye..Am tahu....nanti Am bungkuskan ye..."
"Am terus gerak la ni..bag baju semua Am da stanby dah dalam bonet tu...okey Assalammualaikum..."
Enjin yang sudah di start di tekan gear lalu memecut laju...Aku yang masih memeluk lutut terpandang buku Assigment yang terjatuh ke lantai kereta akibat stereng di belok ke kanan..
Medina Azzahra bt Dato Daruss....Alamak...terjawab sudah ni kereta encik Ammar....macam mana aku boleh tak perasan ni.. Akal aku berfikir ligat..entah kenapa aku memilih untuk berdiam diri sahaja lalu aku terlelap...
~~~~~
Terasa membahang pula tubuhku..dengan perut yang sudah berbunyi bunyi irama k pop...
"Apasal panas sangat ni.."Aku terpisat pisat sedar dari lenaku....
"Patut la..enjin mati...mana pula tuan kereta ni pergi..boleh mati rentung aku macam ni.."bisik hatiku...sambil kepala aku memandang sekeliling tiba2 aku terpandang papan tanda...Kuantan!Aku kat Kuantan?!!Alamak!!!!
Terus aku duduk berpeluk lutut..kasut tumitku sudah aku campak di belakang tempat duduk pemandu...terasa kebas pula kakiku..baru aku ingin melunjurkan kaki Alarm kereta berbunyi..pantas aku sembunyikan diri sekecil yang boleh....
Aroma apam balik menusuk hidung..perutku kembali berbunyi...pantas si mata lelaki melihat kebelakang perlahan apabila terdengar bunyi perut orang kelaparan..betul2 kuat ni bunyi perut aku.Pantas aku menutup muka...jangan la dia nampak aku!
Membulat biji mata Ammar melihat susuk tubuh perempuan di bahagian belakang tempat duduk..sedang berpeluk lutut sambil menutup wajahnya...
"Zara??Apa awak buat dalam kereta saya??"ujar Ammar terkejut...ye,itu memang betul Zara..sebab Ammar kenal baju yang di pakai oleh gadis itu waktu kuliah tadi..apa dia buat dalam kereta ni?kalau ye pun nak mengurat tak kan sampai sembunyi dalam kereta??Ammar garu kepalanya...songkoknya memang sudah di buka selepas masuk dalam kereta tadi sewaktu di kolej..
Perlahan lahan aku tunjuk muka..sambil gigit bibir..kaki aku yang terdedah pantas aku tutup dengan buku Assigmentku..
"Duduk kat atas Zara..."Ujar Ammar lembut.Pantas aku bangun dan duduk di kerusi belakang penumpang...
Aku telan liur...menahan aroma apam balik..perut sekali lagi berbunyi..kuat kali ini...
"Awak lapar?nak makan kat gerai depan tu tak?kat sini takda restoren2 mewah..kalau awak tak kisah saya teman kan..nanti boleh cerita sekali macam mana awak boleh ada dalam kereta saya ni.."Ujar Ammar lagi...haii..bisu dah ke..selalu mulut tu tak reti diam nak mengenakan orang..bebel hati Ammar..
"Er....takpa la encik Ammar...saya rasa macam ada bau benda sedap pula sekarang ni.."Aku telan liur..kening Ammar sudah terangkat..
"Oh,awak bau apam balik ni ke?awak nak?ambil lah makan dulu.Saya beli lagi yang baru."Terus aku capai bungkusan di tangannya...dengan pantas aku sumbat ke dalam mulut..macam orang kebulur je rasa..
"Bismillah dulu.."Tegurnya...terus saja dia beredar dengan senyuman menuju ke gerai apam balik tadi...Aku yang hampir tersedak terus melafaz bissmillah...
"Mana aku nak cari air minum ni..."kepala aku sudah memandang sekeliling kereta...
Muncul Ammar sambil menghulur botol air mineral..segera aku ambil dan teguk...Ahh..hilang ayu aku...ciss..gara2 lapar tidak makan dari jam 1 tengahari tadi...aku mengerling jam di tangan...sudah jam 5 petang...
"Dah kenyang?"Soalnya...Aku angguk...
"Macam mana boleh ada dalam kereta saya ni?"Soal Ammar hairan...tapi kalau tengok muka si gadis ni pun tak hairan dan tak mustahil apa saja sanggup di buatnya di luar batas....teringat time Zara memberinya bunga dulu..tak pernah di buat orang...pelajar perempuan bagi cikgu lelaki bunga...sangat nostalgia...
"Saya lari dari seseorang tadi..tak perasan pula ni kereta encik Ammar.Saya ceroboh masuk ni pun time encik Ammar tekan Alarm tadi..terus saya curi2 masuk....lepas tu saya terlelap...."jawab Zara pantas...Ammar hanya senyum mendengar jawapan Zara...iyalah tu..bisik hatinya.
"Oh yeke..So awak boleh call sesiapa tak untuk jemput awak kat sini??"Ammar bersuara lagi..aku garu kepala...call orang suruh datang jemput...
"Atau pun awak nak saya hantarkan awak ke station bas kuantan?Sebab saya memang tak boleh nak hantar awak balik KL sekarang ni...sebab saya da nak sampai kampung ibu saya ni..."ujarnya lagi...
"Naik bas.....?oh memang tidak lah.."balas aku sinis.
"So,awak call driver awak mungkin?or kawan?or family?boleh?"Soalnya lagi sambil tersenyum..aiseymen...macam mana aku boleh tak perasan dari tadi..dia sudah tanggalkan kaca mata dan songkok di kepalanya...so Handsome!...Akalku kembali ligat bekerja...tidak mugkin aku nak call abang Zarul...comform2 dia suruh Megat yang datang....kalau call driver papa lagi la tidak..isha or fiqa...erm...nak pulak budak 2 ekor tu...so....penyelesaiannya..aku balik KL dengan Encik Ammarku sayang je lah...
"Zara..please..da nak senja ni...awak nak macam mana ni?"Ammar risau....si gadis di depannya masih membisu...pening kepalanya...apa pula hal yang bakal di hadapnya selepas ini..ingat kan da last kuliah tak jumpa lagi dah..
"Saya ikut Encik Ammar balik kampung boleh?"jawabku pantas...Dahi Ammar sudah berkerut..Ahh sudah..masak kau Ammar..
"Please...!"Rayu Zara dengan wajah comelnya...Akhirnya Ammar setuju....dalam keterpaksaan...
Share this novel