BAB 1 ZARA

Mature Content Series 554

BAB 1

Bau hancing air kencing yang meresap ke dalam tar jalan bercampur bau hanyir longkang tersumbat, sememangnya sudah menjadi udara yang dihirup Zura setiap malam.

Di atas tingkat tiga flat usang Jalan Haji Taib ini, bunyi bising kota Kuala Lumpur memang terasa bingit tetapi di dalam bilik bersaiz kotak kasut ini, hanya ada bunyi decitan kipas siling berkarat dan erangan kasar selain goyangan kaki katil.

"Argh...sedapnya. Mmm. Kau ni nampak je tua, Zura tapi sedap. Sendat. Lecak!" ujar si penghenjut.

Zura turut mendesah walau tidak menjawab dan tepat memandang siling. Catnya dah berkuak dan bertompok hitam akibat kulat basah. Di bawahnya di atas sehelai tilam kekabu nipis tanpa cadar badan Zura yang berusia pertengahan empat puluhan itu, sedang menahan beban seorang jantan.

Jantan itu pemandu lori separuh umur yang badannya berbau masam peluh dan tuak murah. Tangannya yang kasar mencengkam peha Zura sampai lebam, sambil menolak-masuk badannya tanpa sedikit pun rasa ihsan. Seks di sini bukan tentang cinta dan bukan tentang asmara. Ini adalah transaksi. Ini adalah Pasar Daging.

"Lama sangat kau ni Zura! Aku bayar penuh kot! Jangan nak tunjuk muka hambar sangat! Layan la betul-betul! Sial lah kalau tahu macam ni... baik aku ambik budak baru kat sebelah tu! Ahh... ahh... pukim4k betul!"

Jantan itu mendengus kasar. Nafasnya yang panas melayur di leher Zura, sementara pinggulnya dihenyak laju tanpa memikirkan kesakitan perempuan di bawahnya.

"Sakit la bang... perlahan sikit..." Zura bersuara perlahan. Matanya kekal kosong merenung tompok kulat di siling.

Jiwanya sudah lama mati ditinggalkan di lorong ini, sejak dua puluh tahun lalu ketika dia mula-mula dijual sebagai 'ayam kampung'. Dia hanya menggerakkan badannya mengikut rentak jantan itu, ibarat sekadar syarat untuk menamatkan kerja. Dalam kepala Zura dia tidak memikirkan tentang kesakitan di celah kangkangnya tetapi dia cuma menghitung angka.

'RM50. Cukup untuk beli beras, telur dan baki bayar sewa bilik. Kalau ada lebih, boleh bagi Malik buat duit poket.'

"Ah... ah... bangsat! Sedap pulak kau ni... ahh! Sikit lagi Zura... ahhh!" Jantan itu akhirnya mengerang kuat, sebelum melepaskan sisa lendirnya di atas perut Zura lalu terkulai di sisinya dengan nafas tercungap-cungap.

Tanpa membuang masa, jantan itu bangun menarik seluar jeansnya yang terperosok di kaki lalu menyeluk kocek. Sehelai not RM50 yang renyuk, dicampak tepat ke atas muka Zura yang masih terbaring.

"Puk** b*** betul. Lain kali, kalau mood melacur tak ada... jangan duduk depan lorong la, betina tua. Barai! Layan macam batang kayu!" carut jantan itu sebelum meludah ke lantai lalu menyumbat rokok ke mulut dan melangkah keluar dari bilik sambil menghempas pintu kayu yang hampir reput.

Zura menarik nafas panjang. Dia duduk di birai tilam, membiarkan badannya yang tidak sehangat dulu terdedah kepada angin malam yang masuk ikut celah tingkap nako pecah. Dia mengambil duit RM50 yang renyuk itu melicinkannya dengan tapak tangan lalu menyimpannya di bawah bantal yang dah bertukar warna kuning.

Dia bangun mencapai kain batik usang untuk membersihkan celah pehanya. Setiap calit lendir yang dilap dirasakan, mengikis sisa maruahnya yang memang sudah lama tiada. Selepas menyarung semula baju T-shirt longgar dan kain batik, Zura berjalan ke tingkap memandang ke bawah ke arah lorong belakang yang diterangi cahaya neon merah dan kuning samar.

Di bawah sana, kehidupan malam KL baru sahaja bermula. Beberapa orang perempuan muda termasuk sebilangan mak nyah, sedang berdiri di tiang lampu dengan pakaian menjolok mata. Di sudut gelap berhampiran tong sampah besar, Zura nampak Roy kaki stim tegar merangkap pusher kecil sedang menyumbat sekotak rokok ke dalam poket sambil menghulurkan plastik kecil kepada seorang remaja.

"Woi Roy! Barang aku mana? Aku dah bayar siang tadi! Kau jangan nak kencing aku!" Kedengaran suara seorang penagih lain menjerit kasar dari hujung lorong.

"Sabar la siak! Kau pehal dowh, nampak tak aku tengah sibuk, ni? Line tengah panas la, bangsat! Kalau kantoi dengan polis... kau nak bayar jaminan aku?!" Roy membalas dengan maki hamun yang kuat langsung tidak menghiraukan orang sekeliling.

Jantung Zura tiba-tiba, berdegup kencang. Dada dia rasa sempit. Dia takut. Bukan takutkan polis dan bukan takutkan bapa ayam seperti Mael Topo tetapi dia takutkan takdir.

Dia melacur separuh mampus, membiarkan badannya dilonjak ratusan jantan bangsat setiap bulan hanya ada satu sebab. Dia tak nak Malik anak tunggalnya runtuh dan hanyut menjadi hamba lorong ini.

"Malik... kau kat mana, nak?" bisik Zura perlahan manakala anak matanya meliar, mencari kelibat anak lelakinya di celah-celah kesesakan manusia yang berbau dosa di bawah sana.

Namun apa yang Zura tidak tahu, di hujung lorong yang paling gelap Malik sedang berdiri bersama Roy sambil memegang tiub dadah pertamanya. Rantaian jahanam itu sudah pun mula melilit leher anaknya sendiri.

Zura masih terpaku di bendul tingkap nako yang pecah. Jeritan Roy di bawah sana bersahut-sahutan dengan bunyi hon motosikal yang memecah kepekatan malam Jalan Haji Taib. Dia memegang dadanya yang terasa perit. Ada sejenis firasat buruk yang tiba-tiba menghentam tangkai hatinya, membuatkan nafasnya menjadi pendek.

"Tak... Malik takkan macam tu. Malik budak baik. Dia janji nak belajar rajin-rajin," bisik Zura pada diri sendiri, mengusir syaitan yang mula membisikkan ketakutan dalam kepalanya.

Dia berpaling melihat jam dinding plastik usang berwajah pudar yang tersangkut senget di dinding. Jam menunjukkan pukul 11:45 malam. Sepatutnya Malik sudah pulang dari perpustakaan awam atau sekurang-kurangnya, berada di kedai makan mamak tempat dia selalu mengulang kaji pelajaran bersama kawan-kawannya. Malik anak yang cerdik, satu-satunya harapan yang Zura ada untuk mengheretnya keluar dari neraka dunia ini.

Dengan tangan yang sedikit menggigil, Zura mencapai duit RM50 di bawah bantal dan diselit ketat di dalam pinggang kain batiknya. Dia perlu mencari Malik. Sesuatu di dalam hatinya berkata, malam ini ada yang tidak kena.

Sementara itu, di sudut paling gelap di belakang deretan tong sampah besar yang berbau busuk, Malik memandang tiub plastik kecil di tapak tangannya. Remaja berusia tujuh belas tahun itu menelan liur yang terasa kesat. Di hadapannya, Roy tersenyum senget menampakkan barisan giginya yang hitam dan rosak akibat penagihan bertahun-tahun.

"Amacam, Malik? Kau kata, kau pening kepala? Kau kata, kau serabut? Benda ni ubat dia, dik. Sekali kau sedut, melayang segala masalah kau. Otak kau jadi ringan. Healing dowh," hasut Roy, suaranya perlahan seperti bisikan syaitan.

"Tapi bang... mak aku..." Suara Malik terketar-ketar.

Dia tahu dari mana datangnya setiap sen duit belanja yang ibunya bagi. Dia tahu, badan ibunya dironcoh jantan-jantan hidung belang demi memastikannya ada buku sekolah dan baju yang bersih. Malah, dia tahu baju sekolah putihnya yang digosok kemas setiap pagi itu dibeli dengan maruah ibunya yang dipijak-pijak.

"Alah, mak kau tak payah tahu! Lagipun kau ingat mak kau kesah sangat ke? Dia sibuk cari duit bawah selimut kat atas, tu. Kau ingat, dia ada masa nak tengok kau?" Roy ketawa kecil, sengaja memetik nama Zura untuk menggoyahkan lagi iman remaja itu.

"Kau ambik ni. Free je untuk kali pertama. Lepas ni kalau kau nak lagi, baru kau bayar."

Kata-kata Roy bagai sembilu yang menghiris tangkai hati Malik. Rasa kecewa, benci pada takdir dan rasa rendah diri sebagai 'anak pelacur' yang dipendamnya bertahun-tahun seolah-olah meletup malam ini.

Dia penat dihina di sekolah. Dia penat melihat ibunya pulang dengan kesan lebam. Dia mahu lari dari realiti walaupun cuma untuk seketika.

Malik mengangkat tangan, perlahan-lahan mendekatkan tiub plastik itu ke hidungnya.

Buk!

Pintu kayu reput di tingkat tiga itu dihempas kuat dari luar. Zura melangkah keluar dengan tergesa-gesa. Tangga simen yang pecah-pecah dan melekit dengan cecair misteri dituruni dengan langkah longgar. Bau hamis dan hancing langsung tidak dihiraukan lagi. Fikirannya cuma ada satu nama: Malik.

Sebaik sahaja kakinya mencecah tar jalan di lorong belakang, Zura meliar memandang kiri dan kanan. Beberapa orang mak nyah yang sedang menunggu pelanggan menjelingnya sinis.

"Eh Zura, awal turun? Dah siap melenjan ke? Ke kena reject sebab dah 'barai'?" sindir salah seorang daripada mereka, disambut huraian tawa yang lain.

Zura tidak membalas. Dia tiada masa untuk melayan mulut longkang manusia di situ. Dia terus berjalan, meredah susuk-susuk tubuh yang hanyut dengan dadah dan maksiat. Matanya tertumpu ke arah kawasan tong sampah besar di hujung lorongkawasan 'port' biasa Roy kaki stim.

Dari jauh, dalam samar-samar cahaya lampu jalan yang berkelip-kelip hendak mati, Zura terpandang sepasang kasut sekolah putih yang sudah buruk tetapi bersih. Kasut itu sangat dia kenali. Itu kasut yang dia sendiri sental dan jemur di langkan flat dua hari lepas.

Jantung Zura bagai berhenti berdetak.

"Malik...?"

Di bawah sinaran neon merah yang suram, dia melihat anak tunggalnya sedang bersandar di dinding batu yang dipenuhi lumut manakala Roy berada di sebelahnya, sambil memegang pemetik api. Tiub plastik di tangan Malik sudah terbuka.

"Malik!!!"

Jeritan Zura memecah kesunyian malam di lorong jahanam itu. Suaranya bukan lagi suara seorang pelacur yang layu.

BACAAN DEWASA 50% , BACAAN MATANG( KATA KASAR, AKSI, ) 50%. ANDA MBACANYA TU ATS T/JAWAB ANDA SNDIRI...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience