BAB 3 MAEL TOPO

Mature Content Series 554

Zura terduduk di atas simen koridor yang sejuk, merenung lantai depan pintu renggang itu dengan pandangan kosong.

Dari hujung koridor yang gelap, bunyi tapak kasut but kulit berdetak perlahan.Mael Topo muncul dari balik bayang-bayang tiang flat.

Jaket kulit hitamnya ditarik sedikit ke belakang, menampakkan hulu pistol yang terselit di pinggang. Wajahnya tenang, sekadar memerhati Zura yang masih meratapi nasib. Dua orang tontonya setia berdiri beberapa langkah di belakang.

Mael melangkah mendekati Zura lalu berhenti tepat di hadapan wanita itu. Dia menyeluk saku, mengeluarkan sekotak rokok Dunhill dan menyalakan sebatang. Asap berkepul-kepul dihembus ke dada malam.

"Tak habis-habis ke drama air mata kau?" tanya Mael Topo. Suaranya garau juga mendatar.
Zura tidak menjawab. Dia hanya menyapu sisa air mata pada pipinya dengan hujung kain batik. Mael melepaskan keluhan kecil.

Dia mencangkung di sebelah Zura, menyamaratakan paras ketinggian mereka. Rokok diapit di celah jari. Asap berbentuk 'O' dihembus.

"Aku dah kata, Zura. Budak macam Malik tu, kau tak boleh bermanja sangat. Tadi kat lorong, kalau aku tak acah nak bunuh si Roy, anak kau takkan peluk kau. Sekarang tengok? Masuk je rumah, dia pijak balik kepala kau," kata Mael, sinis tetapi ada nada kebenaran di situ.

"Dia anak aku, Mael. Dia cuma keliru. Dia tertekan sebab kat sekolah budak-budak tu asyik nak mengata dia," rintih Zura, membela Malik walaupun hatinya sendiri, hancur berkecai.

Mael tergelak kecil. Bunyi gelaknya kasar.

"Keliru? Budak tu dah mula berjinak dengan barang Roy. Hari ini, dia keliru. Esok lusa dia mula mencuri duit kau nak beli 'ubat'. Lepas tu, dia melutut depan aku mintak jadi kuli. Kau nak tengok anak kau jadi bangkai bernyawa kat lorong bawah, tu?"

Zura tersentak. Dia memandang wajah Mael Topo. Di sebalik kekejaman lelaki itu sebagai bapa ayam dan tokan besar. Zura tahu, Mael masih mempunyai sedikit sifat manusia, memandangkan mereka sudah lama kenal sejak zaman lorong itu belum sekeras sekarang.

Mael bangun semula. Dia mengeluarkan beberapa keping not RM100 dari poket seluarnya lalu dicampakkan ke riba Zura.

"Nah. Duit 'syif' kau minggu ni. Pergi beli barang dapur. Dan satu lagi..." ujar Mael sambil menjeling ke arah pintu rumah Zura yang bertutup rapat.

"Minggu depan, ada 'VIP' dari seberang nak turun KL. Dia nak pakai orang. Aku dah senaraikan nama kau. Duitnya lebat. Cukup untuk kau bayar yuran sekolah anak luar nikah kau tu, sampai habis tahun."

Zura memandang duit di ribanya dengan tangan yang menggigil. Antara maruah yang sudah lama dia gadaikan dan masa depan Malik. Sememangnya dia tidak pernah mempunyai pilihan.

"Terima kasih, Mael..." bisik Zura perlahan.

Mael Topo tidak membalas. Dia memusingkan tubuhnya, bersiap untuk beredar. Namun sebelum melangkah, dia menoleh sedikit ke belakang.

"Cakap dekat Malik. Kalau aku dengar dia panggil kau 'betina kotor' lagi sekali... aku sendiri yang akan potong lidah dia. Aku tak suka orang berhutang budak bawah jagaan aku. Apatah lagi, budak hingusan yang hidup hasil duit peluh mak sendiri."

Mael Topo berlalu pergi, hilang di sebalik kepekatan malam koridor flat bersama tonto-tontonya. Meninggalkan Zura yang sekali lagi terpaksa menelan hakikat bahawa di dalam neraka Jalan Haji Taib ini, syaitan kadangkala lebih memahami berbanding darah daging sendiri.

Setelah hampir sejam bermenung depan pintu sendiri biarpun langit makin gelap-gelita. Zura tersedar. Bingkas bangun sambil terkesat-kesat kelopak matanya. Duit pemberian tokan dadah itu dimasukkan ke dalam bra lusuhnya.

"Eh, apa ni?" tanya Zura kelam-kabut dia mendongak setelah merenung dada dan sepuluh jari lain sedang asyik meramas.

"Kau? Aku penat ni. Boleh kasi aku rehat tak? Dahlah tadi aku kena layan..." Tidak sempat dia nak menamatkan kata-kata. Mulutnya kena cium dengan lelaki itu. Pelanggan tetap dia juga.

"Hmph..." erang Zura sambil memukul-mukul dada. Tapi, makin rakus pula bibir bermisai itu melunyaikan bibirnya. Bukan itu saja, jari yang sama menyeluk bawah baju Zura mencari puting.

Malik dalam bilik langsung tak tahu apa terjadi dekat luar bila dia asyik bermain 'game'. Lagipun, dia malas nak jadi penonton telemovie porno tak berbayar si emaknya itu.

Zura makin lama makin berasa sedap. Nak-nak lagi, baju T gelebeh warna putihnya dah terselak habis. Tersergam sudah dua gunung kinabalunya. Lelaki itu pula menetek macam baby sebulan!

Tergigit-gigit bibir Zura menahan kesedapan. Tangan lagi sebelah lelaki itu merungkai kain batik sehingga terlocot.

"Argh..." Zura mendesah bilamana jari tengah lelaki itu dah mendarat pula di alur basahnya.

***

Mael Topo berjalan membelah kesesakan Petaling Street. Di bawah limpahan cahaya lampu neon merah dan tanglong yang bergantung, suasana pasar malam itu bingit dengan suara peniaga Cina melaungkan harga barang dan bunyi seretan selipar pelancong.

Namun, ketenangan malam itu pecah bertaburan sebaik sahaja Mael dan dua orang tontonya melangkah masuk ke lorong tikus bersebelahan sebuah kedai kopi lama.

"Woi, Mael! Langkah kanan kau malam ni!" Satu sergahan garau memecah suasana.

Dari hujung lorong yang gelap, muncul ketua kongsi gelap tempatan yang mengawal kawasan bersama hampir sepuluh orang-orangnya yang bersenjatakan kayu golf dan parang pemotong daging.

Suasana riuh dengan urusan jual beli, serta-merta bertukar menjadi huru-hara. Pelancong asing mula menjerit ketakutan, bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Meja-meja plastik di kedai kopi berhampiran diterbalikkan. Peniaga-peniaga kelam-kabut mengemas meja niaga masing-masing. Ada yang sedang terketar-ketar menutup payung stall. Keadaan panik.

"Sial lah! Apa korang buat gaduh kat sini! Jahanam kedai aku!" pekik seorang pekebun Cina tua yang kedainya hampir ranap dilanggar tonto.

"Lu mari tempat gua. Lu cari nahas, Mael! Ini Petaling Street bukan Jalan Haji Taib lah bangsat!" jerit Ah Seng sambil menuding parangnya tepat ke muka Mael. Mukanya merah padam, penuh urat kemarahan.

Mael Topo sekadar tersenyum sinis. Dia langsung tidak berganjak, malah sempat menghembus asap rokok Dunhillnya tepat ke arah Ah Seng.

"Petaling Street ke...Haji Taib ke... kalau dah nama tanah, semua bawah tapak but aku, Seng," balas Mael, tenang tetapi nadanya membunuh.

"Pukimak lu! Banyak sembang! Libas!!!"

Anak-anak buah Ah Seng terus meluru ke hadapan dengan parang terangkat tinggi.

Bedebuk! Pranggg!

Pertempuran meletus dengan ganas. Lorong sempit itu bergema dengan bunyi besi berlaga dan makian yang saling bertingkah.

"Mati kau, sial! Lanji*u!" jerit salah seorang budak Ah Seng sebelum tangan yang memegang parang itu dipatahkan oleh tonto Mael.

Bunyi tulang riuk jelas kedengaran, disusuli raungan kesakitan yang memedihkan telinga.

Mael Topo bergerak tangkas. Walaupun memakai jaket kulit tebal, hayunan penumbuknya padu. Seorang gangster Cina yang cuba melayangnya kayu golf ke kepalanya disepak tepat pada lubang sula. Lelaki itu tersungkur langsung muntah darah di atas longkang.

"Anak haram! Sini kau, Mael!" Ah Seng meluru sendiri, memusingkan parangnya dengan niat mahu memotong leher Mael.

Mael mengelak ke kiri. Parang Ah Seng tersasar, menetak dalam pada dinding batu papan tanda kedai sehingga mengeluarkan percikan api. Menggunakan peluang itu, Mael mencengkam rambut Ah Seng lalu menghentukkan muka ketua kongsi gelap itu ke jeruji besi tingkap kedai berhampiran.

Klanggg!

"Ahhh! Cib*i!" Ah Seng menjerit kesakitan.

Tulang hidungnya patah. Darah pekat memancut keluar membasahi baju kemejanya yang berwarna putih.

Suasana di luar lorong semakin gila. Orang ramai yang berkumpul dari jauh mula menjerit-jerit, apabila melihat pergaduhan itu semakin berdarah.

"Oi, polis dah datang! Polis!" laung seorang peniaga dari arah jalan besar cuba menyuraikan pergaduhan.

Mael Topo yang sedang mencengkam kolar baju Ah Seng yang sudah lembik, menoleh sekilas ke arah bunyi siren yang mula kedengaran sayup-sayup dari jauh.

Puih!!!

Dia meludah ke tanah, tepat pada muka Ah Seng yang sedang nyawa-nyawa ikan.

"Hari ini kau selamat, Seng. Bagitahu bos kau, pasaran barang kat sini... sekarang aku yang pegang. Kalau dia tak puas hati, suruh dia datang cari aku sendiri kat Haji Taib," bisik Mael, keras.

Mael melepaskan cengkamannya, membiarkan tubuh Ah Seng melorot jatuh ke atas timbunan sampah. Dengan tenang, dia membetulkan kolar jaket kulitnya yang sedikit senget.

"Blah," arah Mael pendek kepada dua orang tontonya yang tersengih kepuasan walaupun muka masing-masing sudah lebam dan berdarah.

Mereka bertiga berjalan selamba keluar dari lorong itu, menyusup ke dalam kepekatan malam Petaling Street, sebelum kelibat lampu biru pihak berkuasa sempat sampai ke kawasan kejadian.

Neno...neno...

CERITA INI BYK UNSUR GANAS DAN LUCAH. DARKSIDE OF KL... BACA ATAS T/JAWAB SNDIRI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience