BAB 2 MALIK

Mature Content Series 554

Malik tersentak. Suara pekikan yang membelah angin malam itu, bagai satu simbahan air sejuk yang mematikan terus sel-sel otaknya yang baru berkira-kira mahu melayan khayal. Tiub plastik berisi serbuk putih di tangan kanan dan pemetik api di tangan kiri, terus digenggam erat. Jantungnya berdegup kencang bagai nak pecah.

Dia menoleh. Susuk tubuh ibunya yang bersarung kain batik usang sedang berlari ke arahnya dengan muka yang pucat lesi.

"Woi sial! Mak kau lah!" Roy mencarut perlahan sambil meludah ke tepi. Dia yang tadi tersenyum senget terus berubah riak wajah dengan bola matanya meliar memandang kiri dan kanan, kalau-kalau ada tonto Mael Topo atau polis yang memasang mata.

"Malik, jom blah! Betina tua tu dah gila!"

Zura sampai di hadapan mereka dengan nafas yang tercungap-cungap. Dadanya berombak kencang. Anak mata hitamnya yang tadi layu kini membelalak besar, memandang Malik kemudian beralih ke tangan Malik yang sedang menggenggam tiub dadah.

Pang!

Satu tamparan sulung hinggap di pipi kiri Malik. Kuat dan padu, sehingga kepala remaja itu terteleng ke kanan. Tiub plastik di genggaman Malik terlepas, jatuh ke atas tar jalan yang basah bercampur air longkang.

"Apa kau buat ni, Malik? Apa benda kat tangan kau tu?" Zura menengking. Suaranya serak, bercampur air mata yang mula bertakung di kelopak mata.

Dia melutut di atas tar. Menggigil tangannya tika mengutip tiub plastik yang sudah kotor itu. Hati kian panas.

"Kau ambil benda jahanam ni? Kau nak jadi macam jantan-jantan bangsat kat bawah ni, ke...hah? Jawab!!!"

Malik memegang pipinya yang terasa pijar. Tamparan itu tidaklah seberapa, jika dibandingkan dengan rasa malu yang membakar dadanya, apabila beberapa orang penagih dan pelacur di port sebelah, mula menoleh dan berbisik sesama mereka.

Rasa hormatnya pada wanita di hadapannya itu ranap dalam sekelip mata. Yang ada, cuma rasa benci yang meluap-luap terhadap takdir.

"Eh betina tua! Kau pehal nak bising-bising kat sini? Sial lah, buat malu aku je!" Malik membentak kasar. Suaranya yang baru pecah remaja itu kedengaran garang, melawan balik pandangan mata ibunya.

"Aku tanya kau, Malik! Kau amik benda ni dari siapa?" tengking Zura setelah bangun, mencengkam kolar baju T-shirt Malik dengan bertenaga.

Pandangannya beralih kepada Roy yang sedang bersandar acuh tak acuh di dinding batu.

"Kau kan, Roy! Kau yang bagi anak aku benda ni! Kau memang jahanam, Roy! Kau dah musnah hidup kau, kau jangan nak heret anak aku sekali!"

Roy tergelak. Sengaja dia terbahak-bahak. Sinis. Dia membetulkan letak rokok di celah bibir biratnya, langsung tidak heran dengan amukan Zura. Bagi Roy, Zura cuma 'selonggok' daging murah yang tiada kuasa apa-apa di lorong, ini.

"Rileks la, Kak Zura. Anak kau yang datang cari aku. Dia kata dia serabut, kepala pecah. Aku sebagai abang yang baik, aku bagilah ubat. Lagipun, kau nak sembang maruah apa kat sini? Semua orang tahu, kau tu pun cari duit dari hasil 'sedap celah kangkang' kau. Anak kau pun makan duit burit kau juga. Sama-sama kotor, tak payah acah suci la... siak," balas Roy cukup menghina.

Kata-kata Roy bagai minyak yang dicurah ke api. Malik yang mendengar perkataan 'duit burit' itu, terasa maruahnya dikerat 14. Itulah kebenaran yang paling dia benci untuk telan setiap hari. Dia penat menjadi anak pelacur!

"Kau baliklah, betina! Tak payah nak sibuk-sibuk pasal aku!" pekik Malik dan terus menolak tubuh Zura dengan kasar sehingga wanita itu, tersandar pada tong sampah besar.

"Malik... kau panggil aku apa? Aku ni, mak kau, tau tak? Aku melacur separuh mampus, biar badan aku kena henyak dengan ratusan jantan bangsat setiap bulan sebab tak nak kau jadi binatang macam jantan-jantan kat luar tu, Malik! Aku nak kau belajar untuk keluar dari neraka ni!" bentak Zura dengan suara tertahan-tahan.

"Belajar? Kau ingat dengan belajar orang tak tahu aku anak haram ke? Orang kat sekolah semua panggil aku anak pelacur! Cikgu pandang aku macam sampah! Kau ingat duit RM50 yang kau bagi aku hari-hari tu... boleh cuci nama kotor aku ke?!" Malik menengking tepat ke muka Zura. Mata remaja itu merah, urat lehernya timbul.

"Kau nak sembang maruah apa dengan aku, hah! Kau pun cari duit bagi aku makan, guna burit kau! Sama je kotor lah! Jangan nak acah suci dengan aku!"

Pang!

Satu lagi tamparan hinggap tetapi kali ini bukan dari Zura.Satu susuk tubuh tegap yang memakai jaket kulit hitam tiba-tiba muncul dari lorong gelap dan melayangkan penumbuk tepat ke rahang Malik. Malik tersungkur ke atas tar, mulutnya pecah berdarah.

"Mulut kau kurang ajar, budak," satu suara garau menyampat.

Mael Topo. Bapa ayam dan tokan besar Jalan Haji Taib, berdiri tegak sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul dari hidungnya. Di belakangnya, dua orang tonto berbadan besar sedang memegang parang pendek yang tersisip di pinggang.

Suasana lorong belakang yang bingit tadi, tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Semua orang tahu, kalau Mael Topo dah turun 'line', maksudnya ada darah yang bakal tumpah.

Mael Topo melangkah setapak ke hadapan. Kasut but kulitnya yang tebal menekan dada Malik yang masih terlentang di atas tar basah. Malik mengaduh kesakitan, terasa sesak nafasnya dihenyak beban berat itu. Roy yang tadi berlagak samseng, serta-merta kecut perut. Rokok di bibirnya jatuh ke tanah dan dia perlahan-lahan mengundur rapat ke dinding, melarikan diri daripada radar pandangan Mael.

"Kau nak pergi mana, Roy?" sergah Mael Topo tanpa menoleh.

Dua orang tontonya terus meluru dan mencengkam kolar baju, mengheretnya melutut di sebelah Malik.

"Mmm...bang... ampun, Bang Mael. Aku tak buat apa-apa pun. Budak ni yang datang cari aku," suara Roy menggeletar. Hilang terus lagak 'Abang Kawasan' yang dibanggakannya, tadi.

Mael tidak menghiraukan Roy. Pandangannya yang tajam, bagai helang beralih kepada Zura yang sedang teresak-esak menangis di tepi tong sampah, memegang dadanya yang sakit akibat ditolak anak kandung sendiri.

"Zura, aku bayar kau untuk layan jantan bukan untuk buat drama swasta kat lorong, aku," kata Mael, dingin dan mendatar.

Dia mengalihkan kakinya dari dada Malik lalu mencangkung di hadapan remaja yang mulutnya, masih berdarah itu.Mael mencengkam rambut Malik, memaksa budak itu memandangnya.

"Kau dengar sini, budak. Kau kata, mak kau kotor? Kau kata, duit yang dia bagi kau tu... duit haram?" Mael tersenyum sinis, menampakkan barisan giginya yang kuning akibat nikotin.

"Betul, mak kau melacur. Dia jual tubuh dia dekat bangsat-bangsat kat sini. Tapi kau tahu kenapa dia buat?" Mael menepuk pipi Malik dengan kasar.

"Sebab dia tak nak kau jadi hamba dadah, macam si Roy ni! Dia tak nak kau jadi anjing kurap yang mengemis celah lorong!"

Mael melepaskan cengkamannya sehingga kepala Malik terhantuk semula ke tar. Mael bangun lalu menyeluk saku jaket kulitnya dan mengeluarkan seikat duit kertas RM50. Dia mencampakkan duit itu tepat ke muka Malik.

"Duit yang kau kata kotor ni lah... yang beli baju sekolah kau. Duit ni lah juga yang isi perut kau dari kecil sampai kau besar panjang jadi kurang ajar macam ni! Kalau bukan sebab mak kau merangkak tadah badan tiap-tiap malam, kau dah lama mati kebuluran dalam longkang ni, sial!" jerkah Mael Topo. Suaranya bergema di sepanjang lorong sunyi itu.

Malik terkelu. Air matanya yang ditahan sejak tadi akhirnya pecah, bercampur dengan darah yang mengalir dari celah bibirnya. Kata-kata Mael Topo, terasa lebih berbisa daripada tamparan ibunya.

Zura merangkak mendekati Malik. Walaupun baru sahaja dihina dan ditolak kasar oleh anaknya sendiri, naluri seorang ibu tidak pernah mati. Dia memeluk kepala Malik yang sedang menangis teresak-esak di atas tar.

"Balik, Malik... balik. Mak merayu, nak. Tolong jangan jadi macam mereka," bisik Zura dengan air matanya membasahi dahi Malik.

Malik memandang wajah ibunya. Di bawah samar-samar lampu jalan yang berkelip-kelip, dia melihat parut-parut penderitaan yang ditanggung demi menyara hidupnya.

Roy di sebelah sudah mula menangis meminta ampun, apabila salah seorang tonto Mael mula mengeluarkan parang pendek dari pinggang.

"Bawa si Roy ni pergi belakang. Dia memandai-mandai bawak barang luar masuk line aku, lepas tu umpan budak bawah umur," arah Mael Topo kepada orang-orangnya.

"Bang Mael, tolong Bang! Ampun!" jerit Roy sekuat hati, sebelum mulutnya ditekup dan dia diheret ke dalam kegelapan lorong yang lebih dalam. Bunyi debukan kasar dan erangan kesakitan Roy mula kedengaran dari jauh.

Mael Topo memandang sekilas ke arah dua beranak yang sedang berpelukan di atas tanah itu. Dia menghembus asap rokoknya yang terakhir sebelum memijak puntung itu sehingga padam.

"Zura, bawa anak kau balik. Kalau aku nampak muka budak ni lagi kat port ni... aku sendiri yang hantar dia balik dalam van jenazah. Paham?"

Tanpa menunggu jawapan, Mael Topo berlalu pergi bersama sisa tontonya, meninggalkan lorong belakang Haji Taib kembali dilingkari malam yang sepi dan dingin. Malik memeluk erat pinggang ibunya.

***

"Cukup! Aku dah muak nak berlakon. Apatah lagi nak berpelukan dengan perempuan kotor macam kau lah!"

Bedepang!!! Pintu dihempas kasar depan-depan muka Zura. Mahu gugur jantung juga dibuatnya.

"Berlakon rupanya..." ujar wanita itu tetap tersenyum dalam cebikan tangisan.

"Kau sungguh-sungguh bencikan mak, Malik. Mak buat semua ni demi kau, anak..." ujar Zura perlahan-lahan melotot ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience