Bersederhanalah.Agar dengan bersederhana itu mengikat keimanan kita dengan Allah. Agar dengan bersederhana mengingatkan kita tentang perjalanan hidup ini sebenarnya adalah suatu perlumbaan menuju syurga. Supaya bila berada di atas tanah atau di atas langit kita tidak lupa bahawa yang membuatkan kita sedar tentang kewujudan tanah dan langit adalah sebenarnya hidayah Allah. Hidayah yang kita tidak pasti pun samaada pengakhiran kita bersama dengannya ataupun tidak.
Kawan-kawan yang tidak menyokong. Ibu bapa yang selalu menghalang. Keluarga yang selalu memandang sinis. Poket yang selalu kosong. Selama-lamanya bukanlah alasan untuk kita berfikir untuk futur ataupun berkeinginan untuk berhenti berjuang. Kita tidak pernah tau bagaimana kita akan menghabiskan hidup kita. Ada kalanya kita rasa ingin berhenti, tetapi bayangkan jika nafas kita dihentikan saat kita ingin berhenti. Allahuakbar.
Sudahkan cemburumu. Dakaplah kekurangan dan kelebihanmu. Dan marilah kita berda di antara mereka, yang bercerita tentang perjuangan yang indah, dimana kita, sang pejuang itu sendiri. Tak pernah kehabisan tenaga untuk terus bergerak, meski terkadang godaan untuk berhenti atau bahkan berpaling arah begitu menggiurkan.
Ayuh, berjuang atasi cemburu itu!
Share this novel