BAB 2

Romance Completed 432

“Ana cemburu dengan enti. Dibesarkan dengan ana, enti. Dibesarkan dengan ikhwah, akhawat. Ana ni, nak guna jzkk pun kena google maksud dia”

“Ana pulak cemburu dengan enti. bagi ana kadang-kadang menjadi biasa sampai ana terlupa maksud indah disebaliknya. Setiap perkara baru yang berlaku dalam hidup enti menjadi titik perubahan. Titik perubahan ana pula samaada masih di tempat sama atau pun kembali kebelakang semula. Tapi jangan salah faham, tak bermaksud ana tak bersyukur. Cuma ana nak kongsikan, kalau dilihat kepada hebatnya Umar pada zaman jahiliyah dia, enti kena rasa beruntung sebab enti mampu menjadi hebat sepertimana Umar semasa zaman kegemilangannya”

“Menarik, sebab bagi ana pula, enti kena rasa beruntung sebab dibesarkan dalam suasana yang sangat membantu perkembangan enti. Terkejut juga ana lihat cara keluarga enti bergurau haritu, sambil bergurau pun boleh selitkan kisah nabi. Sedangkan ana, nak amalkan setiap tarbiyah yang ana peroleh dalam hidup ana adalah struggle yang perlu ana hadapi. Nak cakap ana-enti ni apatah lagi, takut sangat kalau tersasul dengan kawan sekolah lama. Melihat enti boleh menceritakan masalah dakwah dan tarbiyyah, membincangkan masalah umat di meja makan adalah suatu impian yang mungkin amat jauh untuk ana capai. Oh, lagi satu ana cemburu, enti memang kenal semua orang baik-baik ke? Sebab ana tengok semua orang enti boleh salam dan tanya khabar.”

“Oh, tak jugak. Selalunya ana tegur je. Buat-buat macam dah lama kenal. Nanti bila borak mesralah. Kita ini agaknya sibuk pandang kelebihan orang lain sampai lupa kelebihan yang Allah kurniakan pada diri kita kan. Merasa hidup orang lain terlalu indah, sampai lupa untuk cipta keindahan dalam jalan cerita hidup kita sendiri. Ana cemburu dengan perubahan enti, enti pula sedang cemburu dengan kisah hidup ana, sedangkan Allah memberikan nikmat dan menentukan perjalanan hidup kita sesuai dengan ilmunya”

Justeru kita amat mudah untuk memandang kelebihan yang ada pada orang lain. Setiap orang ada lebihnya masing-masing. Seorang ukhti mungkin punya kelebihan ramai kenalan dalam lapangan dakwah kerana ibu dan ayahnya adalah aktivis dakwah, tapi mungkin kurang faham untuk menjiwai keadaan muslimah yang mempunyai masalah untuk memakai tudung. Seorang ukhti yang lain pula mungkin tidak mempunyai kenalan langsung malah kelihatan seakan terasing bila menghadiri satu-satu program dek kerana terlalu baru berhijrah, tapi beruntungnya dia kerana bila perlu berdakwah kepada seorang yang berusaha untuk memakai tudung atau berusaha untuk solat fardhu, dia adalah orang yang paling faham, kerana dia pernah berada di situ suatu masa dulu.

Maka kali ini, sukalah saya untuk mengajak membetulkan kayu ukur kebahagian atau kedukaan yang kita alami, terutama bila dikelilingi oleh orang yang hebat dan melaju dalam dakwahnya. Jangan rasa berduka kalau merasakan tidak mempunyai kelebihan seperti mereka, tidak mampu untuk pergi lebih jauh, tidak berani untuk berkata-kata, rasa sukar untuk keluar daripada sejarah silam yang menghantui. Kerana selagi kelemahan itu yang membawa kita sujud mengharap pertolongan Allah, menangis meminta kekuatan pada Allah, maka itu sebenarnya adalah nikmat buat kita.

“Bersemangatlah pada apa saja yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah pada Allah dan jangan merasa tidak mampu.” (HR. Imam Muslim)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience