Bila kita rasa keseorangan pergi program tiada teman. Tidak mengapa, itu didikan Allah sebagi bukti cinta.
Bila kita rasa kosong kerana terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dan setiap pengisian seolah tidak memberi kesan kepada hati, tidak megapa, itu juga didikan Allah sebagai bukti cinta.
Kita perlu berhenti memandang setiap kebaikan itu hanya milik kita. Sebarkan buat orang lain juga. Diri kita jauh lebih hebat untuk menyebarkan kebaikan-kebaikan itu. Kalau kita tidak rasa yakin dengan kelebihan diri sendiri, bagaimana mungkin kita mengharapkan orang lain merasa yakin dengan kita. Bila cemburu, bila merendah diri, bila merasa kurang, berbuallah dengan dengan diri dalam dalam, “apakah mereka di sekeliling kita telah menjadi lebih baik sejak hidup bersama kita?”
Sehingga suatu saat semua orang yang berjumpa dengan kita mampu mengatakan sepertimana puisi Iqbal kepada gurunya;
‘Dan nafas cintanya meniup kuncupku maka ia mekar jadi bunga’.
Sukarnya saya ingin menyusun setiap perkataan di dalam penulisan ini, kerana saya juga ada masanya rasa merendah diri menguasai kemajuan saya. Perasaan tidak layak apatah lagi, seperti kata hikmah; kalau tidak kerana perintah dakwah dan kewajipan, sungguh lebih aman untuk mengunci rapat lisan dan tulisan.
Hanya dengan kesedaran baru kita keluar daripada kepompong keselesaan kita, hanya dengan kesedaran juga barulah kita belajar erti berserderhana. Bersederhana dalam merendah diri, agar merendah diri itu mengingatkan kita sebagai hamba yang perlu maju untuk dekat denganNya. Bersederhana dalam ghairah melakukan kerja dan ghairah melonjak ke puncak, agar pekerjaan kita tidak membuatkan kita lupa tentang nikmatnya sujud dan mengharap bantuan kepada yang maha kuasa.
“Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina”
-KH Rahmat Abdullah-
Share this novel