Prof. Utonium mengetuk bilik anak perempuannya. Bilik dikongsi 3 orang iaitu Blossom, Buttercup dan Bubbles. Blossom tekun mengulang kaji sehingga tidak perasan ayahnya berada di sebelah meja. Oleh kerana Blossom lahir daripada bahan semua yang baik ( sila tonton POWERPUFF GIRLS THE MOVIE tentang kelahiran POWERPUFF GIRLS di Youtube), sikapnya mahu sentiasa sempurna. Termasuklah markah peperiksaan sekolah menengah.
" Blossom, kenapa kamu tak turun makan?. Ayah ada buatkan piza untuk meraikan kecemerlangan kamu dan adik-beradik kamu" Utonium memujuk Blossom. Dia tidak mahu anak kecil ini terasa. Utonium memahami perangai Blossom.
" Ayah, saya nak dapatkan A+ . Saya tak nak kecewakan ayah" Blossom mengulang kaji subjek Kimia, Sejarah, Sains dan Matematik serentak. Utonium tersenyum kecil. Oh, Blossom....
" Blossom, kamu boleh belajar. Tapi, kamu perlu fikir kesihatan kamu juga. Kamu seorang adiwira dan anak ayah" Utonium memusingkan Blossom menghadapnya. Kemudian, Utonium memeluk Blossom. Blossom memeluk kembali Utonium. " Ayah..., saya tak sempurna lagi...., saya nak A+ dalam pemeriksaan. Saya nak ayah bangga dengan saya.... " Blossom meluahkan isi hatinya.
" Blossom sayang...., ayah tak tengok semua tu. Yang penting, anak ayah sihat dan gembira" Utonium mengesat air mata Blossom pada tubir matanya. Blossom rasa sedih dan kecewa. Dia seorang kakak. Sepatutnya dia menjadi contoh yang baik buat Buttercup, Bubbles malah Blisstina. Blisstina kakak sulungnya. Dia berjaya menjadi Biro Pelindung Angkasa. Walaupun Bliss tidak pernah ke sekolah semasa di bumi ( Sila tonton POWERPUFF GIRLS EPISOD FIND YOUR BLISS untuk mengetahui siapa Blisstina Utonium)
" Selepas kamu dah habis belajar, kamu turun makan ya sayang? " Utonium mencium dahi Blossom.
" Baiklah ayah... " Ayah menyuruhnya berehat. Tetapi, Blossom meneruskan pembelajarannya sehingga lewat malam.
Lewat malam
Buttercup dan Bubbles telah diulit mimpi kecuali Blossom yang masih di meja belajar. Matanya sudah letih. Namun, dia gagahkan matanya untuk terus bertahan dari tertidur.
" Awak boleh Blossom!"
Buttercup terjaga dek Blossom bersorak pada diri sendiri.
" Bloss!. Sudah-sudah lah dengan keputusan yang tak memuaskan awak tu!"
" Buttercup, sebagai seorang kakak, saya perlu jadi contoh pada kamu berdua"
Buttercup merengus. Baiklah, kepala bereben!. Buttercup membelakangi Blossom. Blossom menghela nafas. Dia perlu buat yang terbaik.
***********
" Bloss!!!. Bangun, dah pagi!. Ayah akan membebel pada kita! " Buttercup menarik-narik Blossom daripada tadi tidak bangun. Blossom mengesat mata. Badannya terasa lemah. Semalam dia tidur pukul 4 pagi.
" Awak jangan buat hal, Bloss!!! "
Buttercup bersedia untuk mengeluarkan mata laser. Anak mata keduanya bertukar warna merah. Blossom segera bangun sebelum Buttercup menyerangnya dengan laser. Muka Blossom pucat.
" Blossom.... kenapa dengan awak?" Bubbles mendekati Blossom.
" Owhhh.... ini mesti awak belajar sampai lewat malam tanpa henti kan?! " Buttercup meneka. Blossom teragak-agak menjawabnya.
" Err.... "
Bliss masuk ke bilik adik-adiknya.Ciuman pagi diberi pada Buttercup dan Bubbles. Apabila dia hendak mengucap ' selamat pagi ' pada Blossom, Bliss terkejut.
" Blossom, kamu tak apa-apa? " Bliss tak pernah nampak Blossom sakit. Buttercup menjerit nama ayah.
" Ayah!!!!! "
*************
38° C
Suhu badan Blossom yang terpapar pada termometer Utonium. Utonium bimbang Blossom jatuh sakit akibat terlampau penat belajar.
" Kamu tak tidur ke semalam, Blossom? "Utonium menyimpan kembali termometer ke dalam beg khas.
Blossom baring ditemani Bliss, Bubbles dan Buttercup di tepi katil.
" Ayah... saya... "
" Ayah tahu kamu nak nak dapatkan A+. Ayah dah pesan. Walau apa keputusan peperiksaan kamu, ayah bangga" Utonium senyum pahit. Dia tak sanggup melihat Blossom sakit.
" Jangan risau ayah!. Saya akan jaga kakak saya ni, dengan permainan video game trak angkasa!!! " Buttercup mengambil controller playstation. Satu untuk Blossom, satu lagi untuk Buttercup.
" Buttercup...." Blossom tak berminat bermain video game tengah-tengah sakit ni.
" Buttercup, kalau kamu tak nak jaga Blossom, kamu dan Bubbles buat kerja rumah. Bersihkan halaman rumah dan cuci tandas!"
Tandas?!!!!. Perkataan paling dibenci Buttercup.
" Ayah, saya masak bubur untuk Blossom " Bliss cepat -cepat turun ke dapur . Selamat dari kena cuci tandas!. Buttercup pandang Bubbles.
" Bliss pandai masak?. Mencurigakan" Anak mata Buttercup mengecil. Bubbles pula bagi alasan supaya Buttercup mencuci tandas.
" Ayah, saya nak ..... "
Buttercup merenung tajam pada Bubbles. JANGAN BAGI APA-APA ALASAN, BUBBS!.
" Err... ayah... saya... saya cuci tandas sekarang!!! " Bubbles terpaksa mengambil tugas Buttercup.
" Kamu pula Buttercup?"
" Saya duduk sini dan menemani Blossom yang sakit" Buttercup baring sebelah Blossom. Blossom tidak percaya Buttercup akan menjaganya. Awak cuma nak bersantai je kan?.
*************
Blossom terdengar Utonium bercerita tentang kisah sewaktu kali pertama mereka muncul dalam hidupnya. Walaupun Blossom tidur dalam keadaan tubuhnya panas, adanya Utonium menemani dia, Blossom berasa sangat selesa.
" Kamu berempat anugerah terindah buat ayah.... " Utonium menangis terharuan. Dia naik atas katil lalu tidur bersama Blossom. Utonium menepuk-nepuk Blossom seperti mendodoikan bayi.
Ayah.....
Buttercup dan Bubbles tidur di bilik milik Prof. Utonium bersama Bliss.
*********
2 hari kemudian
Hachu!!!!
Utonium dijangkiti Blossom kerana mereka berkongsi selimut. Utonium dijaga agak ' rapi ' oleh Buttercup dan Bubbles. Buttercup buat sepah, Bubbles bersama anak patung kucingnya.
" Buttercup... Bubbles... " Utonium menghembus hingus pada tisu.
" Ya.... ayah.... " Kata mereka serentak.
" Ayah.... ayah hargai niat kamu berdua.... " Terkejut melihat biliknya yang dulu bersih sekarang dipenuhi barang-barang Buttercup dan Bubbles. Baik.. .. mereka anak manja. Tak salah. Blossom dan Bliss membawa makanan untuk dijamu mereka sekeluarga. Biskut berri merah dan coklat cip!.
" Ayah!!!" Blossom terbang membawa dulang berisi biskut.
" Eheh, anak ayah ada bawa makanan! " Teruja. Blossom membawa makanan sedap untuknya. Utonium mengambil sekeping.
" Sedap!" Jari Utonium buat isyarat bagus.
Mereka berlima bergelak ketawa sambil menikmati biskut yang dimasak oleh Blisstina sebenarnya. Bukan Blossom. Biskut Blossom dah hangus. Maaf ayah. Hehehe.
TAMAT
Share this novel