BLOSSOM Utonium
Keputusan peperiksaan : B+
" Saya tak fahamlah. Saya dah belajar bersungguh-sungguh. Kenapa saya dapat B+?!" Blossom tidak berpuas hati dengan markah peperiksaannya. Sebelum ini, Blossom mendapat A+
dalam semua peperiksaan sekolah termasuklah Sains dan Kimia. Pada hari ni, dia hanya mendapat B+. Berbanding Buttercup dan Bubbles, mereka berdua dapat C- untuk Buttercup, malah B- untuk Bubbles.
" Tenang, Bloss. Awak terlalu fikirkan markah awak. Cuba tengok kami berdua. Lagipun, ayah tak paksa kita bertiga dapat keputusan cemerlang. Kan Bubbs?" Bubbles tersenyum riang. Markah dia telah meningkat!. Yahoo!!!.
" Betul cakap Buttercup , Blossom. Apa kata kita balik sebab Bliss nak belanja kita makan pizza!!! " Bubbles terbang secara pantas diikuti Buttercup. Blossom masih tidak berpuas hati. Dia mengeluh. Blossom mahu berazam untuk mendapat markah A+ sekali lagi !!!.
Rumah Utonium
" Bliss!!!. Ayah!!! " Bubbles mencari di mana Bliss dan Prof. Utonium. Buttercup menghidu bau Pizza Keju di dapur. Serta-merta mereka ke dapur. Blossom tidak mahu menyertai mereka. Dia tidak ada mood.
" Ayah!!!!" Bubbles memeluk Utonium di mana dia sedang membakar piza bersama Bliss yang menyusun pinggan.
" Hei, sayang. Kamu mesti tak sabar nak rasa air tangan Cef Utonium kan??? "
" Mestilah ayah!"
Buttercup duduk di kerusi sambil memegang garfu dan juga sudu. Makan piza tak perlu pakai kutleri kan?.
" Buttercup, kamu nampak Blossom?"
" Pft. Bloss tak ada mood. Dia tak gembira dapat B+ hanya sekali, Bliss" Buttercup malas memikirkan Blossom yang serba sempurna.
Bersambung....
Share this novel