*Semanis coklat patchi adalah rekaan semata-semata.
HARI jadi Tengku Rafiq akan tiba. Dia seorang pemilik syarikat besar di Malaysia . Ramai wanita ingin mendampinginya, namun, semuanya plastik. Rafiq bukan jenis lelaki yang melayan wanita cakap kosong. Tahu kan apa maksud aku?. Suri memeriksa data dalam komputer. Satu fail telah dikemas kini serba sempurna.
" It just a file. Not my life.... " Suri menarik nafas, dilepas penuh kelegaan. Kerjanya pada hari ni sangat lancar!. Cermin mata ditolak ke atas. Dia memandang meja tidak jauh dari tempat nya. Seorang wanita berambut perang, dengan bajunya agak seksi sedang bersolek untuk nampak cantik pada mata Tengku Rafiq....
Suri melambai pada gadis itu, ternyata kawan ketika sekolah menengah : Hani. Hanj sudah biasa dengan isyarat lambaian Suri itu. Dia menyuruhnya untuk pergi ke sana.
" Hurmm... ada apa?. Nak aku belanja KFC kan? " Sengih Hani.
" Tak lah..... . Birthday Rafiq lusa. Aku nak bagi hadiah.... "
"Ada masalah ke?. Aku kena tolong kau lah ni ya? "
Suri mengangguk sambil menyengih. Hani mengambil air tin teh kekwa di atas meja Suri.
" Kau ada idea tak nak bagi apa pada Tengku Rafiq a.k.a ratu ais? "
Hanu tersembur. Nak tergelak aku!.
" Ratu Ais??? "
" Yup!. Dia kan asyik muka masam je , susah nak senyum... layanan pada semua orang macam robot! "
" Apa-apa je lah , Suri... suka hati kau lah nak bagi apa.... "
************
Suri memasuki sebuah kedai coklat Patchi, KLCC. Perisa almond, Kit Kat, rasberry. Dia tidak pasti mahu membeli perisa apa untuk diberi pada Rafiq. Suri pernah baca coklat melambangkan kemanisan sesuatu hubungan. Jadi, Suri memutuskan membeli 2-3 biji coklat untuk Rafiq. Tapi.... coklat tu tak boleh yang murah. Kena cari sama taraf Rafiq. Coklat Patchi pilihan tepat!.
" Selamat datang ke Patchi Chooclate House!. Kami menyediakan pelbagai jenis coklat patchi untuk semua majlis : hari jadi, perkahwinan dan pertunangan!" Ujar penjaga kedai bernama Lisa.
Suri melihat susunan coklat di dalam almari kaca.
" Hurmm.... saya nak cari coklat. Saya tak tahu nak pilih mana. Saya kali pertama datang sini... "
" Cik beli untuk siapa?. Teman lelaki atau bapa cik? "
" Kawan " Suri gugup ingin memberitahu Rafiq sebenarnya crush dia. Lagipun, Tengku Rafiq Alaudin shah, bukannya suka pada dia. Suri je perasan!. Tapi, kalau berusaha memikat hatinya, tak mustahil kan?.
Lisa mengambil sampel coklat perisa mentega dan rasberi. Pelanggan mereka amat menyukai perisa ini.
" Cik boleh cuba rasa coklat berperisa mentegarasberi ni. Semua pelanggan kami suka" Suri menggigit coklat tersebut. Kepingan coklat mencair dalam mulut!. Rasanya manis-manis buah!. Pati buah rasberi dan mentega menari-nari mengimbangi rasa lidah Suri Adriana!.
" Saya nak yang ni 3 biji ya? . Boleh balutkan dengan reben dan letakkan kad ucapan? " Mengapa 3 biji saja aku beli?. Coklat patchi sejenis coklat yang mahal antara Ferero rocher, Daim, Galaxy dan Frozen Haunte. Lisa menyerahkan beg kertas berlogo Patchi dan coklat ku beli di dalamnya. Tak sabar nak tunggu hari jadi Rafiq!. Heheh.
*************
3 hari kemudian
Malam
Kediaman Tengku Rafiq
RAFIQ hanya menjemput 50 orang pekerja saja. Termasuk aku!. Rafiq kelihatan segak berpakaian tuksedo hitam bertali leher putih. Dia jenis tak suka orang terlalu ramai. Cukuplah kenalan rapat dan sahabat-sahabatnya yang tercinta. Aku kenalan dia juga ke?. Cakap dengan aku tak pernah pulak...
Tangan Hani penuh dengan makanan. Sate kambing, nasi beriyani. Dia tapau habis semua lauk.
" Kau tak makan, Suri?. Rugi tau Tuan Rafiq kesayangan kau jemput kita, kau tak makan!" Hani menyumbat sate ke dalam mulut. Ya Allah sedapnya!. Dekat KL jarang dapat makan bagi orang biasa -biasa macam aku dan Suri.
" Makan je lah, Hani. Aku tak suruh kau makan. Hani, agaknya bila masa sesuai aku boleh bagi hadiah ni? " Aku turut menjamu kuih krim puff coklat yang dah lama terhidang dalam pinggan aku. Hani mengangkat bahu. Dia sibuk layan makanan dari kawan dia ni.
" Ikut kau lah. Aku tak ada hadiah, apa aku mampu, aku makan je"
Aku memberanikan diri bersemuka dengan Rafiq yang sedang berbual bersama beberapa V. V. I. P .
" Assalamu'alaikum... ermmm.... saya nak cakap dengan Tuan Rafiq boleh? " Rafiq meminta diri, lalu dia berdiri depan aku.
" Awak... Suri Adriana? " Rafiq ingin kepastian. Eh?. Tuan Rafiq amnesia kah?. Aku dah bertahun -tahun kerja dengan kau, kau tak ingat aku?.
" Ya, saya Suri Adriana. Se... selamat hari jadi yang ke-28 , Tuan Rafiq! "
Rafiq pantas mengambil hadiah di tangan Suri.
" Thanks ! " Rafiq melambai tangan, meninggalkan Suri yang kebingungan. Macam tu je?
2 bulan kemudian ....
Suri dan Rafiq padan duduk di atas pelaminan. Mereka memilih warna ungu lembut sebagai baju perkahwinan mereka. Hani sebagai pengapitku. Aku tak sangka ayah Rafiq menjodohkan aku dengannya senyap-senyap.
" Tahniah lah, Suri!. Diam-diam ubi berisi!" Hani berbisik kuat pada telinga Suri. Suri mencubit lengan Hani. Hani sedia maklum tentang perancangan perkahwinan aku dan Rafiq. Rafiq sudah tertarik denganku semenjak aku mula-mula berkerja di syarikat dia. Itu atas cadangan ayah dia juga.
" Sampai hati kau sembunyikan benda ni??? "
" Ala... sorry. Say cheese ! " Hani mengambil gambarku bersama Rafiq. Terserlah kekacakannya. Dan... taktik coklat aku berjaya!.
TAMAT
Share this novel