Amaran: Kisah Obsessi merupakan kisah seram. Dan ia hanya rekaan semata-mata. Segala ritual atau apa saja bentuk aktiviti keagamaan dilarang.
***************
MANISA, seorang gadis sunti yang selalu dikecewakan lelaki. Jika lelaki itu mahu menguratnya, pastinya akan berakhir 'orang ketiga'. Semenjak sekolah menengah, Manisa mula ingin bercinta, kerana ini sesuatu yang normal dan biasa bagi pelajar tingkatan 5 seperti Manisa. Ibu bapa Manisa menganggap anak dara mereka sekadar cinta monyet. Namun, tidak bagi Manisa. Manisa sememangnya ingin mencintai seorang lelaki. Manisa menyatakan hasratnya untuk mengahwini Zarif, seorang pelajar tingkatan 6 Sains, kepada ibu bapanya. Tetapi, mereka bantah sekerasnya. Ini membuatkan Manisa kecewa, dan tidak bersemangat belajar.
Selepas beberapa bulan, Manisa akhirnya bangkit. Dia cuba melupakan Zarif. Dia berjaya dengan berkat Tok Imam, dan keluarganya. Akan tetapi, tiap kali Zarif muncul di hadapannya, Manisa mula kembali obses.
" Kau seriuslah kau nak bercinta dengan Zarif???. Kau fikir dulu SPM, lepas dah dapat keputusan bagus, kau kerja dan kau akan dapat lelaki lebih baik daripada Zarif " Intan menyuap Nasi Goreng Kampung ke dalam mulut. Manisa menghela nafas. Kau tak tahu apa aku rasa.... aku sukakan dia sangat. Dia lelaki paling perfect!.
" Ala.... Intan.... kau macam tak tahu je aku pernah bagi dia kuih, kad ucapan. Semua kawan-kawan dia cerita pasal aku kat dia tau" Manisa berasa bangga. Intan mencembik.
" Kau tahu apa diorang cerita pasal kau?. Ikut aku"
Manisa mengikut Intan dari belakang, sehingga ke blok tingkatan 6. Perbuatan mereka ni tidak baik. Kerana, ketika waktu pembelajaran tingkatan 6, pelajar tingkatan 1-5 dilarang melintas blok tersebut. Tetapi, Intan menemui tangga rahsia yang menghubungkan kantin ke blok tingkatan 6.
Kelas 6 Sains
" Tu!. Kau tengok geng-geng Zarif!. Diorang bukan main gelak-gelak macam beruk!. Diorang mesti mengejek kau, Manis!. Zarif siap ketawa juga!. Geram aku!. Laki yang kau suka sangat tu, dah berpunya!".
Jari Intan dituju pada seorang pelajar perempuan Melayu yang cantik, sedang berbual bersama Zarif dan kawan-kawannya di sudut belakang kelas.
" Apa cerita sekarang pasal Manisa dari 5 Bakawali??. Dia punyalah cinta mati kat kau, Rif!. Hahahah! " Rizal menepuk belakang Zarif.
" Itu membuktikan dia tak ada otak. Dia percaya sangat kata-kata aku, dia sendiri terjerat. Aku bukannya suka Manisa. Dia bukan citarasa aku. Lainlah Hana di sebelah aku" Zarif mengerling manja pada Nur Hana, teman wanita sama padan. Hana tersenyum.
" Tapi, dia dah luahkan perasaan dia. Berani wei!. Banggalah kau ada 2 girlfriend!! " Mustafa pula masuk perbualan. Mustafa amat menyokong hubungan Zarif dan Hana. Jika Manisa dari 5 Bakawali tu... masuk tong sampah je lah!!!.
" Manisa tu lebih baik masuk tong sampah, Rif!. Menyemak je kalau dia asyik ikut kau !" Mustafa mengiyakan kata - kata Rizal. Mereka tergelak membayangkan Manisa dicampak ke tong sampah belakang blok mereka, yang penuh dengan sampah dan tikus.
" Dengar tak apa mereka cakap pasal kau???. Zarif main-main je dengan kau!. Dia tak ambil serius pun pasal hubungan korang! " Intan memberi amaran. Dia tak nak apa-apa terjadi pada Manisa.
" Manisa!. Kau nak ke mana?!!! "
Manisa melangkah masuk ke kelas Zarif . Dia menampar Zarif sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh dari kerusi.
" KAU DAH GILA KE PEREMPUAN DUNGU?!!!" Mata Zarif merah menyala. Rizal serta Mustafa menolong Zarif bangun.
" YA!!!!!. AKU GILAKAN KAU!!!!!"
Hana pula menampar Manisa. Sekaligus, Manisa dimalukan di depan semua pelajar 6 Sains.
" Kau??. Kau nak boyfriend aku?. Jangan mimpilah!. Pergi dari kelas kami sebelum aku simbah kau dengan air sirap aku! "
Manisa tidak mempedulikan Hana. Hana mengambil botol airnya berisi air sirap, disimbahnya pada Manisa.
" Hahahahah!!!!!. Raksasa merah!!!! " Hina Rizal.
Kedengaran gelak ketawa memecah gegendang telinga Manisa. Dalam hatinya, dia berdendam pada semua pelajar itu termasuklah Zarif.
**************
Zarif serta Rizal dan Mustafa menculik Manisa ketika Manisa pulang dari kelas tambahan malam. Wajah mereka dapat dicam Manisa kerana keadaan di jalan sedikit terang. Malah, Manisa juga terbau haruman kebiasaan dipakai Zarif. Mereka mengoyakkan baju Manisa , dan merogolnya sehingga Manisa lemah, dan cedera parah. Apabila Manisa sudah seperti nyawa-nyawa ikan, mereka meninggalkannya di dalam semak tanpa pakaian.
Manisa pulang ke rumah dalam keadaan cedera parah, dan berbaju compang. Dia terasa sangat sakit pada ketika ini. Ibunya bertanya mengapa Manisa pulang lewat.
" Manis ada perjumpaan kejap tadi, Ibu..."
Ibunya mengangguk tanpa memandang Manisa. Manisa ke biliknya. Dia membuka portal mistik untuk mencari sesuatu yang boleh membalas dendam pada Zarif.
Pisau Gunung Ledang
RM 500
Manisa merasakan pisau ini amat berguna. Lantas, dia membelinya dengan harga yang tinggi.
************
" Zarif.... Manis nak minta maaf sebab Manis berkasar pada Zarif hari tu. Awak maafkan saya tak? " Zarif tergamam. Gadis ini seperti tidak tahu apa-apa. Rizal dan Mustafa berasa hairan. Manisa sepatutnya sudah mengandung anak luar nikah Zarif. Tetapi, Manisa normal saja.
" Malam ni... ibu bapa saya nak jumpa awak"
" Ibu bapa awak?. Nak jumpa saya? "
" Ya... takkan saya main-main pula?. Jangan lupa , sayang.... "
Manisa senyum sinis. Mangsa sudah masuk perangkap.
Rizal menyiku Zarif. Dia seperti dapat membaca kelakuan pelik Manisa.
" Biar betul, Rif. Mana tahu Manisa nak kahwin dengan kau, bapak dia nak minta ganti rugi untuk anak dara diorang. Manisa anak tok imam surau pula tu! "
" Jangan panik, geng. Aku tahu lah nak buat apa. Setakat Manisa, apa lah sangat " Zarif berkata dengan yakin. Rizal saling memandang Mustafa.
Pada malam itu....
Ibu bapa Manisa tiada di rumah. Mereka menghadiri jamuan kenduri di Johor Bahru, dan mereka tidak balik selama 2 hari.
DING DONG
" Hai, Zarif... jemputlah masuk... " Manisa memakai baju sangat terbuka tanpa tudung di kepala. Dia sengaja mempamerkan rambut hitam berkilatnya pada Zarif.
" So... mana ibu bapa awak? "
" Ada di tingkat atas. Saya panggil ayah saya okey? "
Zarif mengangguk. Seram gila rumah dia. Lampu suram, cat dinding warna kelabu. Aduh....
Manisa jalan berjengket ke Zarif sambil membawa pisau.
Semoga mimpi indah sayangku....
***********
Rizal telah sampai di hapadan rumah Manisa diikuti Mustafa yang menaiki kereta Toyota.
" Sunyi je rumah Manisa. Betul ke Manisa ada buat jamuan malam suai kenal??? " Rizal melihat sekeliling.
" Tak tahu. Entah-entah diorang dah tidur sekatil!"
Rizal tercium bau teramat busuk daripada dalam rumah.
" Wei, kau bau apa-apa tak? "
Hati Mustafa tergerak hati merempuh masuk rumah Manisa. Mereka berdua disambut dengan mayat Zarif yang tergantung berserta perutnya yang sudah terburai. Isi-isi perutnya bersepah di lantai ruang tamu. Kepala Zarif pula dipaku, malah ada sekeping nota bertulisan darah yang dicucuk pada anak mata Zarif yang terbeliak.
Mangsa seterusnya ......
Rizal dan Mustafa menoleh belakang. Kelihatan Manisa sudah bersedia untuk membunuh mereka pula. Kedengaran jeritan Rizal serta Mustafa yang tidak diendahkan penduduk sekitar.
TAMAT
Share this novel