BAB 2

Spiritual Completed 405

Pada awalnya, Encik Karim memutuskan anaknya itu dihantar untuk menghafal Quran dan belajar sedikit sebanyak ilmu survival dan perniagaan di pusat tahfiz ini.

Sebagai Ahli Perniagaan Melayu Muslim di Kuala Lumpur, Encik Karim faham benar sekiranya pelajar Tahfiz yang tidak mengambil sistem pembelajaran konvensional ini akan keciciran disebabkan tiada sijil yang formal.

Namun, kali ini sudah melampau! Semakin hari semakin banyak laporan akhbar yang mencuit naluri bapanya.

'Bang, anak kita ini macamana.. Syafiq sudah lama demam rindukan akaknya. Tengok ini Abang, dadanya sudah sejuk…', rintih Puan Izzah. Tangannya mengusap-usap dada Syafiq si bongsu.

"Sabar ya, Izzah, ini abang tengah usahakan."

Panggilannya tidak berangkat lagi. Encik Karim fikir sabarnya sudah sampai ke penghujung batas. "Izzah, ubat Syafiq ada lagi? Kalau ada, tolong berikan Syafiq makan dahulu ya. Abang mahu berjumpa dengan rakan bagi menguruskan perkara ini".

"Baiklah Abang, hati-hati ya. Izzah tunggu Abang pulang."

Encik Karim mengepal tangan penuh amarah. Keretanya dihidupkan dan dengan pantas Encik Karim keluar menuju Balai Polis Cheras.

'Cis! Jaga kau, Amin. Kau tunggu!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience