BAB 5

Spiritual Completed 405

Dalam panas terik berbahang, dari luar pagar yang berkunci, Puan Zarinah mengusap kepala Maziah lembut. Maziah terisak-isak menahan sendu. Di benar-benar rindukan ibu, ayah, dan Syafiq di Kuala Lumpur.

“Maziah, pengetua ada?”

Maziah diam sejenak. Kepalanya digeleng-geleng.

"Maziah, mana kawan-kawan lain? Maziah tinggal seorang di sini kah?"

"Puan, kawan-kawan lain ramai yang belum pulang lagi. Kata ustaz, ini hari mereka sampai."

Puan Zarinah mengusap tudung yang nampak kusam dan belum bergosok di
kepala Maziah. Sayu hatinya dipagut rasa kecewa bersulam kasihan. 'Ya
Allah, apalah dosa anak sepolos mereka dilayan sebegini?'

"Puan, puan datang dari Shah Alam kah? Tolonglah Puan, bawa kami pulang.
Kami nak pulang."

Dari belakang, Tini menghampiri mereka dalam tangisan. Tini menyangka semua orang yang datang ke tempat mereka adalah guru, kerana tidak ramai orang luar yang singgah ke situ.

"Cikgu, kami nak balik... sudah 4 bulan Tini tak jumpa Abi. Tini rindu Abi. Tini rindu… Abi… Ummi…. Tini nak balik… ambillah Tini… Abi…."

Bunyi tangisan mereka seperti dengungan sekawan lebah yang bertemu dalam perjalanan.

Di balik lensa yang merakam, air mata jantan Khairil pecah dari empangan penuh sebak.

SINAR HARIAN, 23 Febuari 2014.

AHAD, YAN - “Kami nak balik... kami rindu mak abah...” demikian rintihan beberapa pelajar Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan - Kuala Kedah, di sini, yang diarahkan menghentikan operasi berkuat kuasa pada 10 Februari lalu.

Walaupun pada mulanya cuba mengelak dari media dan cuba menyembunyikan diri tetapi akhirnya mereka datang untuk meluahkan perasaan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati pintu pagar masuk ke PTA dikunci dan orang luar tidak dibenarkan masuk untuk sebarang urusan.

Pemerhatian mendapati, pelajar yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun itu, sedang melakukan aktiviti bebas di persekitaran sekolah sebelum melarikan diri ke suatu kawasan sebaik wartawan tiba di pintu pagarnya.

Beberapa minit kemudian, beberapa orang pelajar menghampiri wartawan dan menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Kami tak boleh balik, tapi kami rindukan mak abah. Sudah lama kami tak berjumpa dengan mak abah. Kali terakhir jumpa dengan mak abah pun sudah lama,” katanya kepada wartawan, semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience