BAB 3

Spiritual Completed 405

Jelaga hitam marak menutup lembut cahaya malam bulan. Rumah agam Maziah dan keluarganya tinggal diselimut api yang marak. Syafiq memanggil-manggil dari dalam rumah yang terbakar. Maziah cuba mencapai adiknya, namun tangannya sendiri sudah berbau hangit dimakan api.

"Kakak, tolong Syafiq!! Aduh, panasnya... Kakak!" Tangan Syafiq menggapai mahu menggamit Maziah.

Namun Maziah tidak dapat berbuat apa-apa. Dia sendiri sudah tidak berdaya bangun mengangkat dirinya membawa adiknya keluar.

"Adikkkk!!!" Maziah terjaga dari tidurnya. Di sekelilingnya gelap gelita, berteman bunyi cengkerik. Dan tiada kesan kebakaran. Ternyata Maziah masih di asrama, bukan di rumahnya.

'Ayah...ibu… kakak rindukan Syafiq....' Sudah banyak malam dia menangis. Maziah sudah 3 hari bermimpi buruk mengenai adiknya. Apa yang sudah terjadi di rumah pun dia tidak dapat ambil tahu. Telefon bimbit mereka sudah lama dirampas oleh pengetua dan sehingga kini tidak dipulangkan.

Maziah sudah lelah asyik dikerah memperbaiki skil pemasarannya. Kata Tuan Pengetua, kemahiran menjual inilah yang akan membantunya selepas tamat persekolahan Maziah nanti.

Dari stesen minyak ke stesen minyak, juga dari satu kedai makan ke kedai makan yang lain, Maziah memperbaiki jualannya. Namun, Maziah penat berkejar ke sana sini. Bahkan, dia lebih mahu memperbaiki hafalannya. Tapi dia tidak tahu bagaimana caranya memberitahu pengetua, juga ustazah lain yang sudah jarang kelihatan di sekolah.

Di biliknya, tingkap sudah banyak yang rompong kerana pecah. Bukan mereka tidak mengadu, tapi tiada aduan dipedulikan. Sudah berbulan-bulan ia tidak digantikan. Ke mana pergi duit jualan amal yang mereka kutip, Maziah dan rakannya tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience