BAB 4

Spiritual Completed 405

Keesokan paginya, Maziah dan rakannya bergerak keluar. Tujuannya mahu mencari sarapan. Mengikut jadual tugasan, seramai 20 orang pelajar yang telah keluar sejak sebulan yang lalu, akan pulang pagi ini bagi meneruskan sesi 'persekolahan' mereka. Jadi, Maziah perlu menyediakan sarapan untuk mereka. Wang beli sarapan telah pun Tini ambil kelmarin dari bank terdekat.

"Puan, kami mengesan ada pergerakan minor dalam bangunan. Ia mungkin pelajar yang masih tinggal di dalam asrama, Puan."

"Teruskan fokus, Khairil, kita mahu beberapa gambar yang baik. Dapatkan pandangan yang lebih terperinci."

"Baik Puan." Jari jemari jurufoto Khairil ini mula beraksi dengan lincah mengawal pengatup bukaan. Lensa kamera mula memfokus lebih dekat.

‘Hari ini dalam sejarah,’ bisik Khairil.

=======

Di bawah sinaran matahari pagi yang semakin terik, Mata Maziah menangkap imej sesuatu yang berkilau dari depan sekolah.

"Tini, tunggu kejap, Kak Maziah mahu ke depan pagar. Ada apa di sana itu agaknya?"

Tangan tini memegang pergelangan Maziah, dengan amaran. "Kak, Tini rasa baik akak jangan ke sana."

Maziah menjeling Tini. "Ish, lepaslah! Akak mahu pergi sekejap saja!" bentak Maziah beramaran. Tangan Tini semakin kejap memegang Maziah.

“Akak cakap lepas, lepaslah!”

Maziah merentap tangannya dari Tini. Terus Maziah berjalan pantas menuju ke halaman sekolah.

"Adik, sini kejap!" Pantas telinga Maziah menangkap bunyi suara wanita penuh keibuan. Hati Maziah dibalut rasa curiga. 'Siapa?'

Ironinya, kaki Maziah masih melangkah menuju suara tadi, tanpa mempedulikan perasaan curiganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience