Di sebuah hospital awam kecoh dengan kedatangan seorang wanita yang ingin melahirkan anaknya. Wajah wanita itu pucat lesi terbaring lemah di atas katil yang sedang ditolak oleh petugas hospital melalui koridor panjang. Sehingga melepasi pintu utama ke dewan bersalin. Sepasang suami isteri berpelukan di luar dewan bersalin dengan wajah yang suram. Gundah dengan keadaan wanita tadi.
“Sudahlah. InsyaAllah, kita doakan semuanya akan baik-baik sahaja,” pujuk Zulhairi kepada isterinya.
“Ya Allah, abang. Saya takut,” balas Awliyah yang masih ada di dalam pelukan suaminya.
“Saya takut abang kerana kakak! Dia sakit abang.” Terasa bersalah menyembunyikan rahsia besar itu. Lebih- lebih lagi bila dia melihat abang iparnya sedang jalan menghampiri ke arah mereka berdua.
“Assalamualaikum Zul.” Suara Umar menyapa pasangan itu. Berpalinglah Zulhairi melihat ke arah suara itu. Sekali gus terlerailah pelukan suami isteri itu.
“Waalaikumusalam abang,” sahut Zulhairi, bersalaman dengan Umar.
“Mana Aisha?” tanya Umar. Bertambah risau bila dia melihat mata merah milik adik iparnya, Awliyah.
“Kakak mereka dah tolak masuk ke dalam,” balas Zulhairi tenang. Umar kemudiannya mengangguk faham. “Terima kasih sebab tolong bawakan kakak ke hospital. “Anak-anak?” tanya Umar bila teringatkan tiga
lagi anaknya yang ada di rumah.
“Anak-anak kami hantarkan ke rumah kak Jamilah.
Sekali dengan anak kami,” terang Zulhairi.
“Abang! Abang tahu tak yang kakak sakit?” Nak saja Awliyah bertanya hal itu sekarang jugak. Tapi pintu yang terbuka di hadapan mereka membantutkan pertanyaannya. “Maaf, suami kepada Puan Aisha?” tanya jururawat
tersebut.
“Saya! Saya suaminya,” jawab Umar dengan yakin dan menunjuk ke arah dirinya sendiri.
“Minta encik untuk sain surat ini. Sementara tunggu doktor untuk terangkan kepada encik nanti,” kata jururawat itu menyerahkan satu set dokumen yang telah dikepilkan kemas.
“Surat apa ni?” tanya Umar.
“Doktor dah datang. Nanti doktor akan terangkan kepada encik,” kata jururawat itu menunjukkan kepada seorang doktor wanita yang sedang Tergesa-gesa datang ke arah mereka.
“Suami Puan Aisha?” tanyanya. Umar mengangguk. “Encik tahu kan yang puan Aisha ada kanser. Kami
akan cuba untuk selamatkan kedua-duanya. Minta encik tandatangan dokumen ini. Sebelum kami lanjutkan proses seterusnya,” kata doktor itu. Pantas dan terang.
Umar mengangguk. Sedikit pun dia tidak terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh doktor wanita itu. Sememangnya dia sudah tahu mengenai hal itu. Pen yang dihulurkan oleh jururawat tadi disambutnya. Lalu diturunkan tandatangan kepada dokumen yang ada ditangannya.
“Apa-apa pun doktor. Tolong selamatkan isteri saya. Tolong ya doktor,” kata Umar. Berharap isterinya akan selamat dalam proses bersalinnya kali ini.
“InsyaAllah kami cuba buat yang terbaik,” balas doktor wanita itu. Tidak ada sedikit pun senyuman pada wajahnya. Melainkan wajah yang tegang dengan tanggungjawab yang digalas di atas bahunya kini. Sebuah harapan yang diberikan kepadanya. Namun semua itu adalah kuasa Tuhan. Dia hanya mampu berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan nyawa kedua-duanya.
Umar kemudiannya merebahkan dirinya di bangku yang tersusun panjang di tempat menunggu. Berdoa agar isterinya selamat melahirkan anak mereka.
“Abang! Abang tahu yang kakak sakit?” tanya Awliyah. Berdiri tegak di hadapan Umar.
“Ya tahu. Penyakit kakak kamu. Abang tahu pun, semasa dia mengandung empat bulan. Masa tu baru tahu yang kakak kamu ada kanser,” jelas Umar.
“Ya Allah!” Lemah lutut Awliyah mendengar apa yang Umar katakan tadi. Mujur Zulhairi pantas menyambut tubuhnya dan membawa Awliyah duduk di kerusi.
“Tapi kenapa abang.”
“Jangan salahkan abang. Kakak kamu yang degil nak lahirkan anak yang dalam kandungan tu juga. Walaupun dah berkali-kali abang nasihatkan dia. Bukan setakat abang. Doktor yang merawat dia juga dah penat beri nasihat. Tapi kakak kamu tu degil,” keluh Umar. Awliyah yang berada di sampingnya diperhatikan.
“Bukan niat abang nak cakap kasar dengan kamu. Tapi kakak kamu berkeras, tak nak degar cakap abang. Walaupun dia tahu nyawa dia di hujung tanduk. Dia tetap berkeras nak lahirkan anak tu.” Umar yang tadinya tenang mula menampakkan wajah kusut yang dari tadi disembunyikannya.
Mereka kerap bertengkar atas isu yang sama. Malah, Aisha sering menyalahkannya bila dia menasihati agar menggugurkan kandungan yang mempunyai bayi mereka bagi menyelamatkan nyawa Aisha. Sebaliknya, kasih sayangnya kerap dipertikaikan oleh Aisha.
Dari dalam sana kedengaran tangisan bayi sayup- sayup dan panjang. Awliyah yang muram tadi terus tersenyum melebar melihat kepada suaminya. Tapi berbeza pula dengan Umar. Masih tetap gelisah dan muram.
Pintu putih yang lebar tertulis dewan bersalin itu di tolak perlahan dari dalam. Keluarlah seorang jururawat. Mengendong bayi di dalam pelukannya.
“Suami puan Aisha,” panggilnya.
“Abang Umar.” Awliyah yang tak sabar ingin melihat anak buah barunya memanggil ke arah abang iparnya yang masih duduk membatu di kerusinya.
“Macam mana dengan keadaan isteri saya?” tanya Umar. Bayi yang ada di tangan jururawat itu tak dihiraukannya.
“Puan masih di dalam. Keadaannya masih belum stabil. Encik nak azankan bayi ni?” tanya jururawat itu. Dia tidak mendapat jawapan daripada Umar membuatkan jururawat itu menjadi serba salah.
“Bagi saya saja yang azankan,” kata Zulhairi.
Mempelawa diri.
“Encik siapa ya?” tanya jururawat tersebut. Takut juga nak serahkan bayi itu kepada orang yang tak dikenali. Selain ayah kepada bayi itu.
“Dia suami saya. Saya adik Puan Aisha.” Awliyah menjawab bagi pihak suaminya.
“Encik. Saya.” Belum sempat jururawat itu berkata lebih lanjut Umar sudah menjatuhkan kepalanya lemah. Bersetuju. Tangannya menunjuk ke arah Zulhairi.
“Baiklah, encik boleh azankan bayi ni di ruangan itu,” tunjuk jururawat itu ke arah satu ruang berdinding kaca.
“Abang, saya pergi dulu, azankan anak abang, ya,” kata Zulhairi. Umar mengangkat tangan mempersilakan Zulhairi untuk melintasinya pergi.
“Pergilah. Buatlah apa yang patut. Aku hanya nak tahu tentang keadaan Aisha saja sekarang ni.” Umar memandang tepat ke arah jururawat. Belum sempat dia hendak bertanya lagi. Pintu dewan bersalin terbuka lagi. Berlari keluar seorang jururawat dalam keadaan cemas ke satu arah.
“Kenapa tu? Ada masalah apa di dalam? Ada yang tak kena dengan isteri saya?” tanya Umar. Dia sudah menghampiri pintu. Nak saja dia menerjah masuk ke dalam. Melihat keadaan Aisha.
“Maaf! Encik tak boleh masuk,” halang jururawat
tadi.
Umar mula gelisah. Berjalan tak tentu arah. Mundar
mandir. Kuat rasa hatinya merasakan Aisha sedang bertarung nyawa di dalam sana.
“Ya Allah. Kau selamatkanlah isteri aku. Aisha.
Lindungilah dia. Ya Allah. Aku merayu.”
Zulhairi datang semula selepas selesai mengazankan bayi yang baru lahir ke dunia itu.
“Abang.” Sebelah tangan Zulhairi menyentuh bahu Umar.
“Anak abang.” Dia ingin menyuakan bayi itu kepada Umar tapi segera Umar mengangkat kedua-dua tangannya menahan dan menggeleng.
“Bukan masanya lagi.” Hatinya menidakkannya.
Pintu lebar putih itu. Kini terkuak lagi. Kali ini yang keluar adalah doktor yang awalnya masuk tadi.
“Doktor! Isteri saya macam mana doktor?” tanya Umar. Menahan jalan doktor wanita itu.
“Harap encik sabar. Kami sudah cuba sedaya upaya. Untuk selamatkan isteri encik. Tapi Tuhan yang lebih menyayangi dia. Maafkan saya,” jawab doktor itu satu per satu. Berat untuk menyampaikan berita duka itu kepada setiap ahli keluarga pesakitnya.
Umar bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan oleh doktor wanita itu. Semuanya itu bagaikan satu dusta semata-mata.
“Mustahil! Doktor salah ni?” tanyanya.
“Maaf encik.” Pada ketika itu katil yang menempatkan Aisha kini sedang ditolak keluar dari bilik bersalin. Umar segera menahan katil itu dari terus didorong oleh petugas hospital.
“Tunggu!” jerit Umar.
Tangannya terketar-ketar membuka kain putih yang menutup sekujur tubuh itu. Perlahan-lahan kain itu diturunkan. Wajah isterinya yang pucat tak berdarah itu diperhatikan.
“Kau Aisha! Kenapa?”
“Bangun Aisha! Tak nak ke kau tengok anak yang nak sangat kau lahirkan tu Aisha?” Umar menggoyangkan jasad isterinya.
Marah? Ya! Marah dengan takdirnya. Marah dengan kedegilan Aisha!
“Ya Allah! Abang jangan buat kakak macam tu.” Awliyah menampar-nampar tangan Umar. Tak mahu jasad kakaknya disakiti oleh Umar. Namun sedikit pun Umar tak mengendahkannya.
“Sayang ambik ni,” pinta Zulhairi. Menyerahkan bayi yang ada di dalam dukungannya. Awliyah menyambut bayi itu segera.
“Abang sabar! Ingat Tuhan abang. Kenapa abang cakap macam tu. Seperti orang tak ada pegangan agama. Kak Aisha dah tak ada abang. Bawa mengucap.” Zulhairimenarik Umar menjauh dari katil Aisha.
“Tolong bawa pergi,” kata Zulhairi. Arahan itu diberikan kepada petugas hospital. Sebelum Umar bertindak di luar dugaan lagi.
“Dia dah tahu semua ni! Tapi sengaja juga nak lahirkan budak tu! Kenapa?” Tangan Umar menunjuk ke arah Awliyah. Menunjuk ke arah bayi yang ada di dalam dukungan Awliyah.
“Abang semua ni dah ketentuan Tuhan. Abang kena redakan semua ni.” Zulhairi tak putus-putus menasihatkan Umar.
“Ketentuan Tuhan? Ya! Betul.” Umar menolak Zulhairi yang menahannya menjauh.
“Tapi yang abang tak faham! Kerana seorang bayi itu. Dia korbankan diri dia. Anak!? Kami dah ada tiga orang anak. Perempuan dan lelaki. Cukup semuanya. Tapi dia tetap berdegil! Kenapa? Kenapa?!” Seperti orang kerasukan amukkan Umar. Berpaling dan menumbuk dinding berkali-kali.
Manakala Awliyah menunduk melihat bayi yang tak bersalah yang ada di dalam dukungannya.
“Kenapa abang cakap macam tu. Anak ini tak tahu apa pun abang. Kenapa abang nak salahkan dia abang. Sudah sampainya ajal kakak. Tak siapa pun boleh menolaknya.”
“Ambil budak tu pergi! Aku tak mahu tengok dia. Buatlah apa yang kamu nak buat,” kata Umar yang masih menghadap ke arah dinding.
“Ya Allah, abang! Ini kan anak abang. Abang tak tengok pun dia lagi.” Awliyah berjalan menghampiri Umar. “Dia! Aku tak nak tengok pun dia. Dialah punca kakak kamu meninggal. Dialah puncanya!” marah Umar.
“Ini harta terakhir daripada kakak. Tak ke abang
terasa nak tengok anak abang ni?” Awliyah masih berusaha memujuk hati Umar yang sedang panas terbakar. Berharap agar lelaki itu akan sejuk selepas melihat wajah kecil bayi dalam dukungannya itu.
Langkah Awliyah segera dihalang oleh suaminya Zulhairi. Zulhairi kemudiannya menggeleng.
“Abang sedang marah tu,” kata Zulhairi kepada isterinya.
“Tapi,” balas Awliyah.
“Abang. Kami uruskan bayi ini ya.” Zulhairi meminta
Izin
“Buatlah apa yang kamu suka,” balas Umar kasar.
“Kita balik dulu. Urus apa yang patut.” Zulhairimenarik bahu isterinya. Tapi Awliyah masih kukuh berdiri di situ.
“Bukan abang saja yang kehilangan. Kami juga abang. Kakak. Satu-satunya saudara yang Awliyah ada. Tapi bukan macam ni caranya abang. Marah tak akan menyelesaikan masalah, abang. Kalau abang salahkan anak ini. Biar saya yang jaga dan bela anak ini. Biarlah dia tak dapat kasih sayang daripada ibunya. Sekurang- kurangnya dia dapat kasih sayang daripada saya. Sebagai satu-satu saudara ibunya yang tinggal. Kami balik dulu. Abang Umar. Assalamualaikum,” balas Awliyah. Lalu mereka berdua berlalu pergi.
Umar berjalan duduk di kerusi. Menangis hiba seorang diri di situ. Meratap kematian isteri tercintanya. Masih tak dapat menerima kenyataan bahawa Aisha telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
Awliyah dan Zulhairi menyampaikan berita duka itu kepada ahli keluarga yang lain. Untuk melakukan persediaan menyambut jenazah Aisha. Meniti perjalanan terakhirnya di atas muka bumi ini. Aqifa, Uzair dan Anisah menangis teresak-esak sebaik melihat ibu mereka terbaring kaku di katil yang berada di tengah ruangan rumah itu.
Umar pula duduk di luar rumah. Sehingga tiba masa isterinya untuk berangkat ke tanah perkuburan. Tiga anak kecilnya berlari-lari mengikut orang yang mengusung jenazah ibu meraka.
“Aqifa. Jaga adik-adik kamu!” tegas seperti biasa Umar memberi arahan kepada anak sulungnya yang berumur sepuluh tahun.
Mendengar saja suara keras ayahnya. Cepat-cepat dia menarik tangan adik lelakinya Uzair yang berumur tujuh tahun dan Anisah yang berumur lima tahun.
“Pak su. Nak ikut ke kubur. Boleh?” tanya Aqifa menarik kaki seluar Zulhairi.
“Boleh kalau nak ikut. Tapi Aqifah dan adik-adik kena jaga diri. Bukan lari-lari di sana. Dengar tak,” tegur Zulhairi. Dia berpaling ke belakang melihat isterinya yang sedang mengesat air mata dengan tisu.
“Abi. Nak ikut juga,” kata Haziq yang sebaya dengan Anisah.
“Hmm. Yalah. Pergi sana bukan nak pergi main ya.” Zulhairi memberi amaran. Terangguk-angguk kepada anak lelaki sulungnya itu.
Berangkatlah meraka semua ke tanah perkuburan. Awliyah tak berangkat bersama kerana anak bongsunya Hanif masih tidur di rumah pada ketika itu.
“Sudahlah Awliyah. Sudah-sudah menangis tu.” Belakang tubuh Awliyah digosok-gosok lembut oleh Jamilah.
“Terima kasih, kak. Terima kasih tolong jagakan anak-anak saya dan anak arwah tadi,” kata Awliyah, seraya memeluk jamilah.
“Tak apa. Kita kan jiran. Apa salahnya tolong- menolong,” balas Jamilah.
“Anak arwah. Macam mana? Sihatkah dia?” tanya Jamilah. Dari tadi dia menahan diri dari terus bertanya akan hal itu. Memandangkan ada kerja yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Kini adalah masa yang sesuai untuk bertanya akan hal itu.
“Alhamdulillah kak. Masih ada di hospital. Kalau tak ada apa-apa. InsyaAllah esok kami boleh bawa balik anak arwah tu,” kata Awliyah.
“Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dia selamat kan. Terkejut akak dapat tahu yang Aisha jatuh tadi,” kata Jamilah memegang dadanya, masih belum hilang rasa cemasnya bila dimaklumkan akan hal itu.
“Itulah kak. Nasib akak ada. Boleh tengokkan anak- anak kami.” Sekali lagi Awliyah memeluk Jamilah.
“Tak apa,” balas jamilah dan pelukan dileraikan. “Anak apa?” tanya Jamilah.
“Perempuan kak. Comel sangat. Ikut muka arwah,” kata Awliyah senyuman mula terukir di bibirnya.
“Alhamdulillah.” Jamilah mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. Mengucapkan syukur, sekurang- kurangnya anak yang dilahirkan oleh arwah Aisha berada di dalam keadaan baik dan sihat
Kalbu akan di publish 1 bab per day.. Boleh na sayang2 semua.. Tak nak rushing.. Terima kasih luangkan masa jenguk karya waney.. Love you all.. Take care.. Moga kita semua dilindungi...
Share this novel
Bila NK up date
bleh2...tq update..