2. NAMA DIBERI

Romance Completed 264989

Bayi yang tak bernama itu dibawa pulang dari    hospital. Bayi itu dibawa ke rumah Umar oleh Awliyah dan suaminya. Zulhairi.

“Assalamualaikum abang. Ni saya bawakan anak abang,” kata Awliyah melangkah masuk ke rumah peninggalan orang tuanya. Rumah yang diberikan kepada arwah kakaknya.

“Waalaikumsalam, mak su,” sahut Aqifa. Bila melihat ayahnya dia duduk di kerusi tak mengalukan kedatangan ibu saudaranya itu.

“Aqifa. Ni adik kamu,” kata Awliyah. Menunjukkan bayi yang ada di dalam dukungannya kepada Aqifa.

“Assalamualaikum abang.” Zulhairi masuk ke dalam bersalaman dengan Umar yang duduk di kerusi.

“Waalaikumusalam.” Umar menyambut kedatangan Zulhairi. Kerusi yang ada bertentangan dengannya diduduki oleh Zulhairi.

“Kenapa bawa dia ke sini?” tanya Umar.

“Abang, tu kan anak abang. Bukan salah dia abang. Jangan abang letak kesalahan tu ke atas anak abang yang baru lahir tu,” kata Zulhairi.

“Entahlah Hairi. Bukannya apa. Abang tak boleh tengok dia. Hati ni rasa nak marah je. Bawaklah dia  pergi. Awal-awal lagi abang dah kata bawa dia pergi. Tapi kenapa nak juga bawa dia ke sini? Macam mana abang nak jaga budak yang baru lahir. Abang tak tahu. Anak-anak yang lain pun. Kakak kamu yang jaga. Sampai dah besar panjang macam ni,” rungut Umar. Sungguh dia menolak untuk melihat anaknya yang satu tu.

“Abang. Kalau abang tak tahu nak jaga dia, sebab dia kecil. Awliyah akan jaga dia untuk abang. Lagipun dia bukannya orang lain. Anak saudara Awliyah juga. Cuma.” Awliyah mengangkat wajahnya melihat ke arah abang iparnya.

“Cuma apa?” tanya Umar.

“Tentang duit,” sambung Umar lagi.

“Bukan abang. Bukan itu. Ini mengenai nama anak ni.” Cepat-cepat Awliyah menyatakannya lalu melihat suaminya.

“Ya, abang. Kami tahu abang sedang bersedih. Kami akan jaga anak abang ni,” kata Zulhairi menyokong isterinya.

“Letak ajalah nama apa pun. Abang tak kisah pun. Tentang belanja dia. Abang akan bagi setakat mana yang mampu. Mana nak bagi yang di rumah lagi. Budak tu lagi,” keluh Umar menunjuk ke arah tiga lagi anaknya yang sedang mengerumuni Awliyah melihat anak baru mereka. “Kami faham abang. Lepas ni. Aqifa, Uzair dan

Anisah. Siapa yang akan jaga?” tanya Zulhairi.

“Itulah.  Lepas  ni  abang  akan  hantarkan  dekat mak Mazni. Minta dia jagakan mereka bertiga.” Umar menyebutkan nama ibu saudaranya.

“Kalau abang nak Awliyah jaga anak-anak abang pun. Awliyah boleh jaga.” Awliyah memberi cadangan.

“Tak perlu. Cukuplah abang dah susahkan kamu berdua jaga yang tu. Abang tak sanggup nak tambah lagi tiga,” balas Umar.

“Baiklah. Ikut abanglah. Kalau abang rasa tu yang terbaik,” balas Awliyah.

“Nanti, kalau nak main dengan adik. Datanglah rumah mak su ya.” Awliyah menggosok-gosok lembut ketiga-tiga kepala anak buahnya itu.

“Boleh ke, mak su? Boleh kami pergi rumah mak su main dengan adik baby?” tanya Uzair dan Anisah yang sudah melompat-lompat.

“Boleh sayang. Tentulah boleh,” balas Awliyah. “Abang. Kalau abang nak minta tolong kami

janganlah segan-segan. Insya Allah. Kami ikhlas,” kata Zulhairi seronok melihat ke arah tiga-tiga anak kecil itu sedang bersorak ceria.

Sudah hampir seminggu juga bayi yang dilahirkan oleh Aisha tinggal di bersama dengan keluarga kecil Awliyah.

“Assalamualaikum.” Suara di luar rumah memberi salam.

Awliyah yang ada di dalam rumah sedang memujuk bayi yang sedang menangis itu keluar ke hadapan melihat tetamunya.

“Waalaikumusalam. Faiha. Masuklah,” pelawa Awliyah kepada sahabat baiknya. Yang ada di hadapan pintu utama rumahnya.

“Kenapa ni? Kenapa nangis-nangis ni sayang?” tanya Faiha yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu bersama dengan anak lelaki sulungnya yang berumur lima tahun itu.

“Entahlah. Meragam pula dia hari ni,” balas Awliyah. “Lah ya ke? Mari-mari dekat acik,” kata Faiha. Dia segera meletakkan beg kertas yang dibawanya tadi ke atas sofa lalu menyuakan tangannya mahu mengambil bayi yang ada di dalam pelukan Awliyah.

    “Isy. Kau ni. Perut besar. Sarat macam tu nak dukung yang ni lagi,” kata Awliyah menunjukkan ke arah perut sahabatnya itu.

“Alah. Boleh aja ni. Kalau kau tak nak bagi aku sebab aku berdiri. Aku duduk,” kata Faiha lalu duduk di sofa tanpa perlu Awliyah mempelawanya terlebih dahulu.

“Yalah, yalah.” Awliyah pun menyerahkan bayi itu kepada Faiha.

“Baby Atif?” tanya Ridzwan. Kepada mamanya. “Baby Atif? Bukan sayang. Ni anak kawan mama,”
terang Faiha.

“Atif? Siapa Atif?” tanya Awliyah. Faiha ketawa kepada Awliyah. Sambil memujuk bayi itu.

“Awatif. Nama yang Ridzwan carikan untuk adik dia. Dalam ni. Berkenan sangat dengan nama Awatif tu. Entahlah nama kawan tadika dia ke apa,” balas Faiha.

“Sedap nama tu Ridzwan. Pandai Ridzwan pilih nama untuk adik Ridzwan,” puji Awliyah. Senyum manis saja Ridzwan bila dipuji oleh Awliyah.

“Hmm. Yalah! Sedap tu memanglah sedap. Tapi dalam ni lelaki. Dia tak percaya juga. Yakin sangat yang adik dia tu perempuan,” kata Faiha.

“Ya ke? Alahai. Nak adik perempuan rupanya. Ridzwan ni.” Ridzwan menganggukkan kepalanya kepada Awliyah.

“Apa nama anak Aisha ni?” tanya Faiha.

“Belum lagi letak nama. Abang Umar tu. Lama sangat marahnya. Adakah patut salahkan anak dia. Dah ulang-alik berapa kali ke rumah Abang Umar. Tanyakan nama anak dia orang ni. Tapi jawapannya masih sama,” keluh Awliyah. Kerana Umar masih tak memberi nama buat anaknya itu.

“Atif.” Ridzwan terus memanggil bayi yang ada di dalam dukungan mamanya sebagai Awatif.

“Buat apa tunggu Abang Umar tu. Kesian anak ni tak ada nama. Kamu letak sajalah nama yang sesuai dengan dia. Kalau nak tunggu Abang Umar sampai ke besar dia tak namakan anak dia ni. Kalau kau tak ada nama untuk dia. Biar aku saja yang bagi,” kata Faiha dengan ketawa senang. Bayi yang di dalam pelukannya pun sudah tertidur. Setelah ditepuk-tepuk oleh Faiha.

“Nama apa? Aku tak fikir pun nama apa yang sesuai dengan dia. Yalah kan. Dapat anak segera ni. Banyak benda yang nak dibuat.”

“Nama dia Awatif,” potong Ridzwan.

“Aip. Tak baik sampuk sayang. Pergi main dengan Haziq. Biar mama berbual dengan mak cik dulu,” kata Faiha. Menunjuk ke arah Haziq yang sedang bermain dengan adiknya Hanif. Tapi Ridzwan menggeleng. Tak mahu bermain bersama. Melainkan mahu tetap bersama dengan mamanya.

“Apa kata Awatif Farhana? Sedap juga nama tu,” kata Faiha. Menyambung semula berbual dengan Awliyah.

“Awatif Farhana?” Satu suara kedengaran dari luar. Membuatkan Faiha dan Awliyah segera berpaling ke pintu utama melihat ada Zulhairi yang ada di muka pintu sedang membuka kasutnya.

“Abang!” Awliyah segera berjalan ke arah pintu utama menyambut kepulangan suaminya.

“Assalamualaikum.” Manis muka Zulhairi memberi salam kepada isterinya dan tetamunya.

“Waalaikumusalam,” sahut Awliyah. Begitu juga dengan Faiha yang ada di sofa perlahan.

“Ridzwan bangun salam pak cik.” Faiha memberi arahan buat anaknya yang ada di sampingnya.

Akur anak kecil itu bangun lalu bersalaman dengan Zulhairi yang baru tiba itu.

“Bagus Ridzwan.” Kepala Ridzwan dielusnya denganlembut.

    “Bincang apa tadi? Rancak saja bualnya,” tanya Zulhairi. Melihat kepada isterinya dan tetamu mereka.

    “Nama anak Aisha ni. Kenapa belum letak lagi namanya. Kesian dia. Memang niat kamu baik nak tunggu Umar, nak pujuk dia. Tapi! Sampai bila? Pergi sajalah letak nama. Nanti sampai ke besar anak ni tak bernama,” kata Faiha.

    “Tadi saya ada dengar satu nama. Sedap bunyinya.

Apa namanya tadi?” tanya Zulhairi.

“Awatif. Awatif Farhana,” kata Faiha ceria menyampaikan nama pilihannya itu.

    “Alhamdulillah sedap saja, dengar nama tu. Apa maksudnya?” tanya Zulhairi lagi. Manakala Awliyah masuk ke dalam membawa air buat suaminya sekali gus kepada tetamu mereka Faiha dan Ridzwan.

    “Sembang-sembang juga. Ni airnya,” kata Awliyah. 

“Susah-susah je. Kami bukannya datang nak minum.

Hmmm. Kalau tak silap maksud Awatif tu. Kesayanganku, Farhana pula riang gembira kan sayang?” tanya Faiha kepada anak lelakinya. Ridzwan mengangguk mengiakan. “Kesayanganku yang gembira. Macam mana abang?” tanya Awliyah kepada suaminya. Yang duduk bertentangan

dengannya.

“Alhamdulillah. Sedap namanya dan serta maksud dia. Abang setuju. Nanti abang terus ke pejabat pendaftaran. Daftarkan nama buat Awatif,” balas Zulhairi sepakat untuk setuju dengan nama yang dicadangkan.

“Tapi abang!” Berpaling Awliyah melihat suaminya sudah bangun dan berjalan keluar dari ruang tamu, masuk ke dalam rumah dan keluar semula dengan memegang satu fail jernih di tangannya. Awliyah cukup kenal apa yang berada di tangan suaminya itu. Iaitu segala dokumen yang berkaitan dengan anak saudaranya.

“Abang nak ke mana?” tanya Awliyah.

“Abang nak ke pejabat pendaftaran. Kalau pergi sekarang sempat lagi sebelum pejabat tutup,” balas Zulhairi duduk di kerusi luar rumahnya memakai kasutnya.

“Abang. Esok kan boleh? Abang kan nak balik makan. Nanti tak sempat pula makannya,” kata Awliyah yang berdiri di hadapan pintu rumahnya.

“Hari ni. Dah hari ke tujuh, sunat kita namakan dia. Kita mudahkan urusan Abang Umar. InsyaAllah. Kelak urusan kita juga dipermudahkan,” balas Zulhairi dengan senyuman di bibirnya.

“Bukan itu abang. Abang Umar.” Awliyah menunjukkan wajah resahnya kepada Zulhairi.

“Itu yang dirisaukannya. Nanti abang bagi tahu Abang Umar. Awak jangan risau. Masuklah. Jaga anak- anak.” Zulhairi menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan isterinya.

“Baiklah abang. Hati-hati bawa kereta tu. Jangan kejar sangat masa tu. Tak sempat. Esok-esok saja abang,” pesan Awliyah dengan panjang lebar.

“Assalamualaikum,” balas Zulhairi.

“Waalaikumusalam,” sahut Awliyah. Membalas
senyuman suaminya. Kereta yang dipandu suaminya diperhatikan sehingga kereta itu keluar dari pekarangan rumahnya. Awliyah kemudian kembali masuk ke dalam rumahnya.

Lima tahun berlalu. Akhirnya, nama bayi yang tak bernama itu diberikan nama Awatif Farhana. Awatif membesar cantik seperti ibunya. Cuma saja kulitnya yang tak secerah ibunya. Melainkan mengikut seperti Umar yang berkulit hitam manis.

“Assalamualaikum mak su.” Anisah memberi salam di muka pintu rumah mak sunya.

“Waalaikumusalam. Siapa tu?” sahut Awliyah dari dalam sana.

“Mak su, Nisah ni. Boleh Nisah masuk?” tanya Anisah.

“Masuklah sayang.” Awliyah berjalan ke hadapan melihat ke arah Anisah.

“Mak su, Nisah datang ni nak ajak Atif main,” kata Anisah.

“Nak bawa ke mana? Tengah hari terik-terik ni. Atif baru saja balik sekolah. Mandi tak sudah lagi.” Anisah berjalan menyalam tangan Awliyah.

“Nisah nak ajak Atif balik rumah. Kakak dan abang ada. Bosan dia orang tak nak layan Nisah main,” balas  Anisah.

“Haziq cakap. Yang petang ni, bukan ada latihan sukan. Nisah tak pergi ke?” tanya Awliyah. Kerana anaknya yang sebaya dengan Anisah masih ada di sekolah.

“Ya, mak su. Tapi Nisah tak masuk pun,” balas

Anisah santai.

    “Dah makan ke?” tanya Awliyah.

    “Makan. Hmmm.” Anisah bergumam panjang.

Mendengar nguman panjang daripada gadis yang yang tubuh berisi itu membuatkan Awliyah tersenyum melebar.

“Nanti makan dengan Atif ya,” kata Awliyah.

Terangguk angguk kepala Anisah setuju.

“Umi. Atif dah siap.” Awatif datang dengan rambut panjangnya yang masih basah.

“Kakak!” Terjerit suka bila dia melihat ada Anisah di situ.

“Atif.” Anisah terus menarik tangan adiknya. “Makan dulu. Nanti nak bawa adik balik. Bawalah.

Nanti tak payah hantarkan. Biar mak su yang pergi ambik nanti. Atau Haziq yang tolong ambilkan nanti,” terang Awliyah.

    Seperti yang diminta oleh Awliyah. Dua anak gadis itu makan dengan berseleranya diperhatikan oleh Awliyah dengan senang hati. Selesai makan dua anak gadis itu pulang ke rumah mereka.   

    Berjalan berpegang tangan menyelusuri jalan yang berturap menuju ke rumah mereka yang selang hanya beberapa rumah dari rumah Awliyah. Sebaik sampai saja di hadapan rumahnya. Anisah berhenti melangkah. Dia berpaling ke belakang melihat Awliyah yang ada di jalan sedang memerhatikan mereka berdua. Tangan diangkat lalu dilambaikan kepada Awliyah, perkara yang sama juga dilakukan oleh Awliyah dari sebelah sana.   

    Awliyah siap memberikan isyarat dari  jauh,  agar dua anak itu segera masuk ke dalam halaman rumah dan tidak terus berada di luar lagi. Berlari-lari Anisah menarik tangan adiknya Awatif masuk ke dalam halaman rumah. Tapi tak lama selepas itu. Dia menarik kembali tangan adiknya keluar. Berlari-lari anak melintasi beberapa buah rumah. Sehingga mereka berdua berdiri di hadapan dusun buah-buahan yang mempunyai pagar kayu yang jarang- jarang.

    “Kita buat apa di sini kak?” tanya Awatif. Ini kali pertama dia berada di situ.

    “Atif. Nampak tak tu?” tanya Anisah menunjuk ke arah pohon merendang yang sedang mengeluarkan hasil tanamannya yang subur-subur belaka.       

“Nampak.” Angguk Awatif polos.   

    “Nak tak?” Anisah menggoda adiknya. Agar Awatif turut mahu ikut serta dengannya masuk ke dalam dusun buah-buahan itu.

    “Nak!” Melompat Awatif sambil menepuk tangan girang melihat ke arah pokok rambutan yang bertukar kemerahan kerana mengandungi buah yang tergantung lebat di atas sana.

    “Jom kita masuk ambik,” ajak Anisah. Santai dah tenang. Kerana ini bukan kali pertama dia masuk secara senyap-senyap ke dalam dusun itu. Boleh dikatakan setiap hari dia ke situ untuk menikmati buah-buah segar hasil dari dusun itu.

“Tapi.” Awatif memandang ke arah kiri dan kanannya. “Tak ada tapi-tapi. Nanti kakak ambilkan buah tu untuk Atif, akak ambilkan banyak-banyak untuk Atif,” pujuk Anisah.

Mahu tak mahu. Awatif tetap juga mengikut langkah kaki kakaknya masuk ke dalam Dusun buah-buahan itu. Meninjau dan memilih pokok untuk memetik hasilnya lagaknya seperti tuan pemilik dusun tesebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience