3. TAKDIR YANG MALANG

Romance Completed 264989

Buah-buah yang sudah dikutip di cempung didalam baju mereka. Tanpa dua beradik itu sedari yang kerja  haram mereka sedang diperhatikan sejak awal dua beradik itu masuk ke dalam dusun itu lagi.

“Kakak! Nak manggis!” jerit Awatif sebaik mereka melintasi sepohon pokok manggis yang sedang berbuah lebat.

“Esok saja kita ambil manggis pula. Ni dah banyak ni,” balas Anisah.

“Atif nak manggis!” Awatif menarik hujung baju kakaknya. Buah yang dicempungnya tadi sudah bertaburan di atas tanah.

“Kenapa buang semua buah ni! Penat tau kakak panjat ambil buah ni!” Anisah menunduk lalu mengutip buah yang ada di tanah satu per satu. Walaupun di dalam bajunya sudah penuh dan padat.

“Atif nak manggis!” teriak Awatif kuat menunjuk ke arah pokok manggis.

“Lecehlah kamu ni Atif! Janganlah bising-bising. Nanti orang dengar. Tahu tak,” pujuk Anisah. Tapi Awatif tetap juga mahukan manggis yang ada di pokok itu.

“Yalah. Diam dulu baru kita pergi ambik buah manggis tu,” sambung Anisah. Kepala Awatif terangguk- angguk sedu menaik nafasnya.

Dua beradik itu berjalan dengan berhati-hati melintasi semak menuju ke pohon manggis yang lebih jauh ke dalam kebun itu. Satu per satu manggis yang jatuh ke tanah yang masih elok dikutip dan diletakkan ke baju masing-masing.

“Hoi!” jerit satu suara yang kuat ke arah dua beradik yang sedang asyik mengutip buah hasil dusun itu.

“Atif lari!” jerit Anisah. Dia sudah lari terlebih dahulu daripada Awatif. Manakala Awatif masih terpinga-pinga berdiri melihat kakaknya yang sudah lari bagaikan tidak cukup tanah. Sudah seperti nampak hantu saja layaknya.

    “Kakak!” panggil Awatif. Dia yang sedang mencempung buah itu mula ketakutan.

“Kakak!” Semakin lama semakin jauh dia melihat Anisah berlari pergi. Sepantas kilat sudah berada di luar kawasan dusun sana. Dan terus menghilang.

“Lari Awatif. Lari!” Awatif memujuk dirinya. Kaki mula melangkah ke arah yang sama yang Anisah lari tadi.

“Jangan kau berani lari!” jerit suara itu memberi

amaran.

Anisah tak mengendahkan amaran yang diberikan oleh suara itu. Yang dia tahu hanyalah lari. Buah yang dicempungnya tadi mula jatuh bertaburan. Sebiji demi sebiji. Ada juga buah yang dilemparkan kepada suara yang mengejarnya itu. Tapi malang tak berbau. Kaki Awatif tersadung dengan batu. Membuatnya jatuh tersungkur ketanah. Rasa sakit di anggota badannya tak dihiraukan oleh Awatif. Melainkan apa yang dia fikirkan kini adalah untuk melepaskan diri. Batu-batu yang ada di tanah diambil lalu di baling sesuka hatinya. Awatif gagah bangun dari situ dan berlari lagi, terus keluar dari dusun itu.

“Aku tak akan masuk lagi ke dalam tu!” Awatif berlari sekuat tenaganya. Naik ke jalan bertar lalu berlarike rumah mencari kakaknya. “Atif!”

“Atif,” laung Anisah di atas tangga kayu rumahnya. “Kakak,” sahut Awatif. Terduduk lemah dia di tanah di hadapan tangga kayu menghadap ke arah Anisah. Mengatur nafas dan jantungnya yang sedang ligat bekerja keras didalam sana.

“Atif ni! Itulah. Akak dah kata jangan jerit-jerit.  Kan penunggu tu dah bangun. Tak pernah tau. Akak kena tangkap. Bawa Atif sekali je. Terus kena tangkap. Malang sungguh nasib akak hari ini,” rungut Anisah.

“Malang!” Perkataan itu sering singgah di bibir orang yang dekat dengannya. Termasuklah ayahnya sendiri. Sungguh terkesan sekali dan dia mula berkecil hati. Sedih.

 “Penunggu tu apa kak?” tanya Awatif polos.  Melihat kepada Anisah.

“Penunggu tu kerja dia jaga dusun. Tadi dia kan dah marah kita ambil buah dari dusun dia,” balas Anisah.

Anisah turun dari tangga kayu lalu duduk bercangkung di hadapan adiknya. Yang berwajah suram itu. Meneliti luka yang ada pada wajah Awatif.

“Dahlah buah semua jatuh bertaburan. Sakit pula yang dapat.” Anisah menggelengkan kepalanya kepada Awatif.

“Ni kalau mak su tahu ni! Pasti kena marah ni. Apa yang aku nak buat. Nanti kalau ayah tahu ni. Aku pergi ke dusun orang tu. Lagi kena teruk aku kena,” keluh Anisah. 

“Apa yang kecoh-kecoh ni. Bisinglah!” Datang Aqifa di muka pintu. Niat untuk turun ke bawah mengutip baju di ampaian.

“Kenapa ni! Korang berdua gaduh ke?” Terbantut niat Aqifa bila melihat bibir Awatif yang pecah dan bengkak. Belum lagi dia melihat bahagian lain tubuh adiknya itu.

“Tak! Mana ada kami gaduh.” Cepat-cepat Anisah menjawab. Terus bangun berdiri.

“Dah tu! Ni kenapa? Kamu ni Anisah. Ada saja masalah yang kamu buat. Ni kalau ayah balik ni. Nak jawab apa?” Aqifa menarik tangan adiknya dengan lembut ke atas untuk Awatif bagun.

“Atif cakap dengan akak. Kak Nisah buat kamu ke?” tanya Aqifa.

“Tak,” jawab Awatif lalu menggeleng.

“Dah tu!” bercekak pinggang Aqifa melihat adik bongsunya.

“Atif jatuh,” jawab Awatif perlahan lalu menunduk melihat ke tanah.

“Korang berdua ke mana? Dari rumah mak su ke sini, saja pun boleh jatuh. Kamu jaga Atif macam mana Nisah?” bebel Aqifa.

“Assalamualaikum.” Haziq memberi salam. Berpaling tiga beradik itu melihat ke arah Haziq yang datang dengan basikalnya.

“Waalaikumsalam,” jawab Aqifa. Manakala Awatif dan Anisah sekadar diam tak berani bersuara.

“Umi minta Haziq ambilkan Atif,” katanya sambil turun dari basikal. Lalu memimpin basikal itu mendekat ke arah mereka bertiga.

“Atif. Pergilah balik. Sebelum ayah balik. Nanti lagi ayah bising. Haziq nanti minta mak su tolong letakkan ubat ya. Dekat Atif. Dia jatuh tadi,” terang Aqifa sekilas menjeling ke arah Anisah.

“Apa kakak ni. Bukan salah Nisah!” rungutnya didalam hati.

“Jatuh! Kau jatuh ke Atif?” tanya Haziq cemas. Terus dia menongkat basikalnya dan menghampiri Awatif.

“Sikit saja ni abang,” balas Awatif bila wajahnya sedang di bolak-balik oleh Haziq.

“Kan abang dah pesan. Berjalan. Bukannya berlari.

“Ni dah jadi macam ni. Sakit tak?” Hujung jari Haziq  

menyentuh lembut bibir Awatif yang mula membengkak.

“Sakit!” Cepat-cepat Awatif menepis tangan Haziq agar menjauh.

“Sakit kan. Nanti lari lagi,” perli haziq. Pergelangan tangan Awatif ditariknya.

“Kami balik dulu,” balasnya seraya berjalan ke basikalnya.

“Akak. Kak Nisah. Atif balik dulu,” kata Awatif yang sedang berjalan ke basikal Haziq.

“Elok-elok bawa basikal tu Haziq. Atif tu. Jaga kaki,” pesan Aqifa.

“InsyaAllah kak. Saya tahu jaga adik saya. Bukan macam orang tu.” Muncung mulut Haziq menunjuk Anisah yang sedang masam mencuka.

“Perasan! Atif tu bukan adik kau pun!” Anisah menjelir lidahnya. Lalu berlari naik ke atas rumah. Habis berterbangan selipar yang dipakainya tadi kerana dibuka dengan tergesa-gesa.

Aqifa berjalan ke ampaian yang ada di halaman rumah sambil dia mengutip baju yang sudah kering itu dia mengintai melihat ke arah Haziq yang sedang mengayuh basikal sehingga basikal itu di belok masuk ke rumah mak sunya.

Haziq mengayuh basikalnya masuk pekarangan rumahnya. Dia luar rumahnya berdiri beberapa orang tua yang sedang hebat berbincang sesuatu dengan wajah yang serius dan tegang.

“Hah! Balik dah pun.” Satu suara besar dan kuat menyambut kedatangan Haziq dan Awatif.

“Assalamualaikum,” kata Haziq sopan. Lalu mencengkam brek di handle basikalnya. Berhenti di halaman rumah. Turun dari basikal. Kemudian menurunkan Awatif dari tempat duduk belakang dengan hati-hati.

“Awatif. Mari sini nak,” panggil Awliyah lembut seperti biasa.

    “Kenapa dengan muka kamu ni Atif?” tanya Awliyah sebaik melihat bibir Awatif yang sudah bengkak.

    “Atif jatuh,” jawab Awatif. Sambil berjalan menghampiri sekelompok kecil orang dewasa yang sedang berdiri. Dari celah-celah itu dia melihat ada seorang kanak- kanak lelaki yang berdarah kepalanya. Sehingga menitis darah ke dada bajunya.

    “Hah! Tu kan betul. Ini semua kerja budak ni!” marah lelaki yang ada di situ.

    “Sabar Pak Samat.” Suara lelaki lain mula menegur. Bila melihat Awatif terus berlari bersembunyi di belakang kain batik yang dikenakan oleh Awliyah.

    “Ridzwan. Kamu tengok apa betul budak ni tadi yang mencuri buah di dusun? Dan juga baling batu ke kamu?” tanya lelaki yang bernama Samat itu.

“Ya! Pak samat! Dialah yang mencuri buah dan membaling batu ke arah Ridzwan tadi,” jawab Ridzwan menuding jarinya ke arah kaki Awliyah.

“Tengok. Kalau tahu dekat tuan dusun. Apa yang saya nak jawab. Dahlah mencuri. Lepas tu cederakan pula anak majikan saya.” Samat menyuarakan rasa tak puas hatinya.

“Ridzwan? Kamu Ridzwan? Anak Faiha? Betul.

Faiha dengan Azuwan?” tanya Awliyah.

“Ya saya,” jawab Ridzwan dengan yakinnya.

“Dah lama kamu tak ke mari dengan mama kamu. Kamu lupa siapa mak cik. Kamu pernah datang dulu. Sebelum ayah kamu meninggal. Kamu pernah datang ke rumah ni. Dan ni.” Awliyah menarik keluar Awatif dari terus bersembunyi di belakang kakinya.

“Ni Awatif Farhana,” sambung Awliyah.

“Maaf saya tak kenal.” Ridzwan berpaling ke arah

lain.

    “Kami datang nak selesaikan masalah. Bukannya nak buat jejak kasih dekat sini,” marah Samat.

    “Tunggulah suami saya balik dulu. Kita bincang elok- elok. Tak perlulah marah-marah. Bawalah anak ni ke klinik dulu. Nanti saya akan bayar duit ubat dia. Semuanya saya akan tanggung.” Awliyah memberi jaminan. Tak mahu hal itu terus menjadi kecoh. Mata-mata orang kampung mula memandang ke arah rumahnya kini.

    “Senanglah bercakap. Nanti semuanya tak mengaku,” potong Samat.

    “Samat sabarlah. Biasalah budak-budak. Kamu sendiri tengok muka budak perempuan tu pun cedera jugak. Bukan anak majikan kamu saja. Dua-dua kena bawa ke klinik. Sekarang ni kita bawa mereka berdua ke klinik dulu. Itu lebih penting,” kata lelaki yang bernama Murad. Suami kepada Jamilah.

    “Betul tu. Kalau nak bergaduh sampai esok-esok pun tak selesai. Benda dah jadi. Yang penting ke klinik dulu,” sokong seorang lelaki yang lain.

    “Baik-baik. Kita ke klinik dulu,” balas Samat bila majoriti sebulat suara mengatakan begitu.

    “Pak Samat!” marah Ridzwan tak puas hati. Dia merenung tajam ke arah Awatif.

“Kita ke klinik dulu. Kepala kamu ni kena cuci dulu. Nanti berjangkit pula. Timbul pula masalah lain,” balas Samat. Yang tadinya garang. Kini memujuk Ridzwan dengan lembut.

Berangkatlah mereka ke klinik yang berhampiran. Faiha yang mendengar berita itu turut Tergesa-

gesa melangkah masuk ke dalam klinik mencari anak sulungnya.

“Pak Samat!” panggilnya. Berlari-lari Samat ke arah suara yang menyeru namanya. 

“Puan!” tegurnya bila sudah melihat majikannya datang. 

“Mana anak saya! Kenapa boleh jadi macam ni Pak Samat! Siapa yang izinkan dia pergi ke dusun?” marah Faiha kepada pekerjanya. 

“Saya.”  

“Mana Ridz?” tanya Faiha. Geram melihat Samat sekadar diam tak menjawab persoalannya. Samat kemudiannya menunjuk ke arah lorong yang baru dia keluar tadi. Berlari-lari anak Faiha menuju ke arah lorong itu. Terkejut dia melihat ada beberapa orang yang sedang berdiri di situ dengan wajah yang muram. Salah wajah dari situ amat dikenalinya. 

“Awliyah!” panggilnya melihat ke arah sahabatnya.        

“Faiha!” sahut Awliyah. Dua sahabat itu sama-sama berpelukkan. Membuatkan beberapa lelaki yang turut menunggu di situ kehairanan.

       “Kenapa kau dekat sini?” tanya Faiha. “Temankan Awatif,” balasnya. “Awatif? Mana?” tanya Faiha.

“Dekat dalam. Cuci luka,” jawab Awliyah. Menunjuk ke arah pintu yang tertutup.

“Cuci luka?” tanyanya hairan.

“Ya. Dia dengan Ridzwan.” Awliyah buntu nak menyambung ayatnya. Kerana dia sendiri tak pasti apa sebenarnya yang belaku. Tambah pula memang salah itu datangnya dari Awatif sendiri.

“Aku minta maaf Faiha,” sambung Awliyah.

“Jadi. Yang buat Ridzwan ni. Awatiflah ya. Dia yang baling batu dekat Ridzwan sampai berdarah kepala tu?” tanya Faiha. Lemah saja kepala Awliyah jatuh ke bawah mengangguk.

“Allahuakbar! Aku ingat Ridz tu bergaduh dengan budak manalah tadi. Itu yang aku Tergesa-gesa datang sini. Tengok ramai macam ni. Takut juga aku tadi Awliyah.” Faiha menggenggam erat lengan sahabatnya.

“Faiha aku minta maaf bagi pihak Awatif. Aku tahu kali ni memang salah dia. Aku tak tahu pula kenapa boleh dia masuk ke dalam dusun buah tu. Curi buah di sana. Lepas tu sampai boleh lukakan Ridzwan. Aku minta maaf sangat,” kata Awliyah. 

“Aku maafkan. Tapi bagi aku jumpa dengan Awatif. Aku nak tanya sendiri dengan dia. Lagipun dah lama aku tak tengok anak arwah. Mesti saling tak sumpah seperti arwah kan,” kata Faiha. Sungguh tak sanggup pula dia melihat Awliyah yang dari tadi asyik merayu meminta maaf kepadanya.

“Nak jumpa dengan Awatif? Dia ada di dalam,” kata Awliyah risau. Lalu menunjuk ke arah pintu bilik rawatan.

“Jangan risau. Aku bukan nak marah dia. Kau ni.” Faiha memegang tangan sahabatnya. Sememangnya tadi dia agak risau juga tapi. Tak mungkin anak yang berumur lima tahun boleh mencederakan anaknya yang berumur sepuluh tahun.

Pintu bilik rawatan dibuka. Jururawat membawa Awatif keluar lalu memberikannya kepada Awliyah selaku penjaga sahnya.   

“Anak saya?” tanya Faiha. Bila melihat anaknya tak keluar dari bilik yang sama.

“Anak puan yang lelaki ya? Dia ada di bilik sebelah.” Jururawat itu menunjuk ke arah pintu yang satu lagi.

“Baiklah terima kasih,” balas Faiha.  Dia  melihat  ke arah seorang budak perempuan yang sedang Awliyah mengusap kepala dan meneliti wajahnya. 

“Awatif? Awatif Farhana?” panggil Faiha. Budak perempuan itu berpaling melihat ke arah Faiha. Melihat saja anak itu berpaling. Membuatkan dia teringatkan kepada Arwah sahabatnya Aisha.

“Ya Allah! Aisha. Anak kamu persis seperti kamu. Cuma saja kulitnya. Mengikut warna kulit ayahnya.”

Melihat wajah sayu kanak-kanak perempuan itu membuatkan Faiha tersentuh. Terus dia melutut memeluk tubuh Awatif. Sehinggakan Awatif sendiri tercengang.

“Mama!” Keras saja suara Ridzwan memanggil mamanya. Iri hati melihat mamanya sedang memeluk orang sudah melukakannya.

“Sayang.” Faiha melepaskan pelukan lalu bangun ke arah Ridzwan.

“Anak mama yang itu ke?” perli Ridzwan.

“Hai! Sejak bila pula anak mama bertukar jadi anak perempuan?” tanya Faiha. Mengembalikan sindiran kepada anaknya.

“Ma. Dia yang buat kepala Ridzwan macam ni. Mama boleh peluk dia pula,” kata Ridzwan menunjuk ke arah kepalanya yang berbalut kemudian menunjuk pula kepada Awatif.

“Budak tu budak perempuan. Tambah pula sebesar Shaf. Patutnya kamu yang besar ni, beralah. Bukannya bermusuh dengan dia,” kata Faiha lembut. Menasihati anaknya.

“Dia mencuri ma. Bila Ridzwan kejar. Dia baling batu pula.” Ridzwan menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku. Kemudian dia merenung tajam ke arah Awatif yang sedang memeluk kaki Awliyah.

“Sayang. Banyak mana sangat yang Awatif ambil buah tu. Halal kan saja sayang. Lagipun Awatif ni bukannya Ridzwan tak kenal. Awatif. Awatif Farhana ni sayang.” Faiha menunjuk ke arah Awatif.

“Tak ingat?” tanya Faiha sekali lagi.

Tanpa melihat ke arah Awatif Ridzwan terus berjalan melintasi Awatif. Bukannya tidak tidak mengingati siapa Awatif tapi. Cara pertemuan mereka membuatkan dirinya terasa canggung. Terasa bagaikan maruahnya tercalar, kalah dengan budak perempuan yang sebaya adiknya Shafwan. 

“Malang sungguh aku bertemu dengan kau Awatif. Sampai meninggalkan parut kepada aku!” 

“Tunggu Ridzwan.” Awliyah menegur anak itu.     “Atif.” Perlahan-lahan Awliyah menolak kedua-dua bahu Awatif berjalan menghampiri ke arah Ridzwan.

    Berdirilah Awatif berhadapan dengan Ridzwan. Awatif menelan liurnya, gugup. Tadinya dia melihat ke arah Ridzwan. Sekarang terus menunduk bila melihat mata Ridzwan sedang menikamnya tajam.

“Atif. Atif. Minta maaf,” kata Awatif kemudian  terus lari kepada Awliyah semula. Memeluk kaki Awliyah dengan erat. Sebaik saja selesai mendengar Awatif meminta maaf, terus Ridzwan berlalu pergi.

“Kami balik dulu ya,” kata Faiha.

“Awatif sayang. Kalau nak makan buah dekat dusun tu. Ambil saja sayang. Samat, kalau nampak Awatif masuk ambil buah. Kamu berikan saja. Awatif jumpa dengan pak cik ni. Biar dia berikan kepada Awatif. Ya. Bukan apa sayang. Bahaya, masuk dusun tak diteman oleh orang dewasa sayang,” pesan Faiha lagi. Menunduk dan mencium pipi Awatif.

“Terima kasih Faiha,” ucap Awliyah.

“Tak apa. Budak-budak kan. Aku balik dulu. Nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum,” balas Faiha.

“InsyaAllah. Waalaikumsalam,” jawab Awliyah. Pemergian Faiha sekadar dipandang oleh Awliyah dan Awatif yang tak mengerti apa-apa.

“Siapa tu umi?” tanya Awatif.

“Itulah kawan umi dan ibu. Dah, sekarang kita balik ya! Tentu abi risau bila balik nanti anak kesayangan dia tak ada di rumah,” ajak Awliyah. Mereka sama-sama keluar dari klinik tersebut. Bersama dengan orang yang mereka tumpang untuk ke klinik tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience