Tolonglah Ridz. budak perempuan saja tu. Tak habis lagi nak mengamuk ke? Ridz buat perangai
macam ni macam budak kecil tau. Shaf yang bongsu tu pun tak perangai macam Ridz,” kata Faiha memeluk tubuh melihat ke arah anak sulungnya yang sedang menunjukkan rasa protesnya.
“Tapi ma! Ridz tetap tak puas hati. Biarlah dia budak perempuan. Dia tetap salah,” bantah Ridzwan.
“Mama tahu. Ridz mengamuk ni bukannya sebab Awatif kan? Tapi sebab nak tunjuk rasa tak puas hati sebab mama tak izinkan Ridz tinggal dengan pak long di bandar kan?” tanya Faiha. Bukannya dia tak tahu tentang anaknya yang seorang itu. Beberapa hari lepas dia dipanggil oleh pengetua sekolah kerana Ridzwan dikatakan bergaduh dengan rakan sekelasnya. Hari ni pula, timbul pula masalah yang lain.
“Mama dah janji kan nak bagi Ridz ke bandar. Belajar dengan Hariz. tapi kenapa mama tak tunaikan janji mama.” Ridzwan mehempaskan tubuhnya ke sofa dengan kasar.
“Boleh tak Ridz faham yang pak long kamu dia bandar tu ada masalah dengan keluarga dia bukan masanya lagi nak benarkan Ridz ke sana. Nanti bertambah pula masalah pak long kamu. Nanti dah reda mama tunaikan janji mama,” balas Faiha.
“Mama selalu berjanji. Tapi mama tak pernah tunaikan,” bentak Ridzwan, lalu bangun melangkah naik ke atas.
Faiha yang ada di ruang tamu rumahnya bernafas berat. Letih dengan tingkah anak sulungnya yang sering memberontak sejak suaminya meninggal.
“Puan? Nak saya siapkan makanan?” tanya Laila. Pembantu rumah itu.
“Tak apalah, Laila. Kenyang dah saya ni dengan perangai Ridz. Shaf mana kak?” tanya Faiha.
“Shaf ada di bilik dia. Buat kerja sekolah tak selesai lagi,” jawab Laila.
“Tak apalah. Kak Laila. Nanti jangan benarkan Ridz ikut Samat ke dusun buah tu. Saya tak izinkan. Hari ni dah cederakn anak orang,” bebel Faiha.
“Kalau dia nak ke ladang?” tanya Laila.
“Dia takkan ke ladang. Bukan dia minat pun,” balas Faiha lemah.
Laila menganggukkan kepalanya faham. Melihat saja majikannya melangkah naik ke atas.
Murad memandu keretanya masuk ke halaman rumahnya di hadapan pintu rumahnya kelihatan Zulhairi sedang berdiri tercegat di luar dengan dua anak lelakinya. Sebaik kereta di matikan enjinya. Zulhairi terus berjalan ke arah mereka.
“Assalamualaikum,” sapa Zulhairi. Sekali gus membuka pintu belakang di mana ada isterinya dan Awatif.
“Waalaikumsalam Hairi,” sahut Murad.
“Apa yang jadi sebenarnya ni?” tanya Zulhairi keliru dan cemas dalam masa yang sama. Tambah pula melihat wajah Awatif yang lebam bibirnya
“Tak ada apa abang. Budak-budak ni.” Awliyah keluar dari kereta. Manakala Awatif sudah didukung oleh Zulhairi.
“Budak-budak apa? Atif gaduh ke? Kan Abi cakap Atif tu anak perempuan. Mana oleh main sekasar ni. Nanti Abi tak izinkan Atif pergi silat. Baru Atif tahu,” ugut Zulhairi.
“Bukan Hairi. Dia jatuh dekat dusun buah belakang sana tu ha. Itu yang kena macam tu. Semuanya dah selesai. Nasib keluarga yang satu lagi tak menuntut yang tidak- tidak tadi,” kata Murad. Manakala Awliyah sekadar diam. Mula berjalan pergi ke arah dua anak lelakinya dan Jamilah yang berdiri di pintu masuk rumahnya.
“Terkejut saya dapat call tadi. Nak bawa Atif ke klinik. Tak sempat saya nak balik. Terima kasihlah Murad. Bawakan Atif ke klinik.” Murad menggelengkan kepalanya.
“Alah. Kecik aja ni. Tadi tu kecoh sangat. Aku tolonglah mana yang patut. Taulah kan Samat. Dia memang suka besarkan cerita. Tapi, Atif lain kali jangan buat lagi tau,” pesan Murad kepada Awatif yang sedang didukung oleh Zulhairi. Terangguk-angguk Awatif membalas.
Berjalan baliklah sekeluarga kecil itu ke rumah mereka. Bersebelahan dengan rumah Murad dan Jamilah. Sebaik masuk saja di dalam rumah. Soal jawab pun bermula.
Awatif menceritakan dari mula sehingga ceritanya disambung pula oleh Haziq selaku penutup cerita. Membawa pulang Awatif ke rumah.
“Abang kenal. Abi. Budak tu kawan abang. Sama umur dengan abang,” kata Haziq. Zulhairi mengangguk faham.
“Anak Faiha. Ridzwan,”sampuk Awliyah pula.
“Faiha? Sahabat kamu dengan Kak Aisha?”tanya Zulhairi, Terus Zulhairi teringatkan kepada sahabat
Awliyah yang dulunya sering berkunjung ke rumah mereka. Tapi keadaan berubah selepas dia melahirkan bayi lelaki keduanya. Beberapa bulan selepas kelahiran Awatif. Kerana suaminya meninggal dalam kemalangan. Faiha terpaksa menguruskan urusan ladang dan dusun dalam masa yang sama. Dan kini dia sudah menjadi wanita yang berjaya di dalam kampung ni.
“Apa khabar Faiha sekarang ni? Abang dengar yang dia sedang sibuk uruskan ladang arwah. Semakin berkembang perniagaannya tu,” kata Zulhairi.
“Tak sempat sembang lama dengan dia. Sebab Ridzwan dah nak balik. Waktu tu,” balas Awliyah.
“Budak Ridzwan tu sombong. Berlagak abi, umi. Baru beberapa hari lepas dia bergaduh dengan kawan sekelas,” kata Haziq.
“Haziq! Tak baik kata macam tu dekat dia. Tahu tak,” tegur Zulhairi kepada anak sulungnya. Terus tertunduk kepala Haziq kebawah.
“Lepas ni. Atif jangan sesekali mencuri lagi tahu. Tengok Atif buat kerja tak betul ni. Akhirnya. Atif yang dapat sakit kan.” Zulhairi menasihati Awatif yang tadinya diam saja berdiri di sisi Haziq.
“Baik Abi. Atif minta maaf. Lepas ni Atif janji tak mencuri lagi,” jawab Awatif.
“Tapi Abi musykil satu.” Zulhairi menerung ke dalam wajah Awatif.
“Macam mana Atif. Tiba-tiba masuk ke dalam dusun tu. Tak pernah-pernah Atif masuk ke dalam tu. Tahu tak bahaya?” tanya Zulhairi.
“Atif. Atif.” Awatif menggenggam erat hujung baju T-shirt yang dipakainya. Gelisah.
“Atif pergi dengan siapa? Abang yang bawakan ke?” Zulhairi menunjuk ke arah Haziq. Tergeleng-geleng kepala Haziq bila abinya sedang menunjuk ke arahnya. “Bukan Haziq.” Haziq membela dirinya.
“Bukan abang,” kata Awatif berpaling melihat ke arah Haziq, yang sedang dituduh.
“Dah tu? Dengan siapa?” tanya Zulhairi lagi.
“Dengan.”
“Kakak Anisah!” potong Awliyah. Zulhairi yang sedang memandang Awatif berpaling melihat kepada isterinya.
“Nisah?” tanya Zulhairi.
“Betul ke Atif?” tanya Zulhairi berpaling kepada Awatif semula. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Awatif melainkan anggukan kepalanya.
“Abi dah agak!” kata Zulhairi. Tersentak Haziq dan Awatif yang sedang berdiri di hadapannya.
“Kalau ya, kenapa abang. Sudahlah. Masalah dah selesai. Faiha dah maafkan kita. Saya takut kalau abang pergi mengadu hal dekat Abang Umar. Kesian Anisah tu kena dengan Umar, bang.” Awliyah mengurut belakang tubuh suaminya. Agar dapat meredakan kemarahan suaminya.
“Tahu. Saya bukannya nak panjang-panjangkan benda ni semua. Tapi kalau dia tak ajak Awatif masuk ke dalam dusun tu. Semua ni takkan jadi. Ridzwan tak akan cedera.” Zulhairi mengeluh.
“Macam nilah abang. Nanti kalau Anisah datang rumah kita. Kita nasihatkan dia. Tak perlulah sampai nak Abang Umar tahu. Dia tu panas baran. Kesian Anisah,” cadang Awliyah.
“Hmm. Yalah. Atif, ingat apa yang Atif buat hari ini salah dan berdosa tahu. Jangan Atif ulang lagi. Sebagai dendanya malam ni Atif tinggal dengan umi. Tak boleh ikut abi dengan abang-abang bersilat,” kata Zulhairi lalu bangun daripada duduknya.
“Abiii,” panggilnya merayu kepada abinya. Tetap juga Zulhairi melangkah pergi tak menghiraukan panggilan Awatif.
“Umi.” Berpaling pula Awatif kepada Awliyah.
“Abi dah cakap kan. Salah Atif juga kan. Malam ni teman umi sajalah. Tak suka ke? Duduk dengan umi. Malam ni. Kita buat aktiviti ibu dengan anak perempuan. Memasak ke, menjahit. Atif pilihlah.” Tangan Awatif ditarik oleh Awliyah. Memujuk Awatif.
Manakala. Haziq dan Hanif sudah ketawa berdekah- dekah kepada Awatif yang sedang didenda dan terpaksa tinggal dengan umi mereka pada malam itu.
“Haziq! Hanif! Tunggu apa lagi tu. Mandi!” jerit Zulhairi dari dalam sana. Terus dua beradik itu lari lintang- pukang bertolak-tolak masuk ke dalam bilik mereka. Lalu keluar semula dengan tuala di bahu masing-masing berlari pula masuk ke dalam bilik air.
“Assalamualaikum.”
“Assalamualaikum.”
Salam diberikan di halaman rumah. Zulhairi yang sedang bersarapan dengan keluarga kecilnya sama-sama saling berpandangan.
“Abang Umar,” kata Awliyah.
“Waalaikumsalam abang. Abang Umar ya. Kejap bang,” sahut Zulhairi bangun berjalan ke singki membasuh tangannya. Lalu berjalan pula ke pintu utama rumahnya yang terbuka. Hanya dibiarkan pintu grill besi yang terkunci.
“Abang. Kejap. Mana pula kuncinya ni,” kata Zulhairi. Bila tak melihat kunci pintu itu tergantung di tempat yang sepatutnya.
“Kunci ada dekat sini.” Kelam-kabut Awliyah memakai tudungnya. Lalu berjalan ke hadapan.
“Simpan di mana?” tanya Zulhairi. Lalu membuka
pintu besi itu, mempelawa Umar untuk masuk ke dalam rumahnya.
“Masuklah abang,” kata Zulhairi.
“Ya.”
“Terima kasih, maaflah. Abang datang awal-awal pagi ni. Ada hajat yang nak disampaikan. Sekali nak minta tolong,” kata Umar.
“Kami sarapan tadi. Marilah kita sarapan sekali. Alang-alang tu. Mana yang lain?” tanya Zulhairi bila tak melihat anak buahnya yang lain.
“Abang dah sarapan. Yang lain ada di rumah. Aqifa yang jaga Uzair dan Anisah.”
“La. Kenapa tak bawa sekali?” tanya Zulhairi. Dan pada masa yang sama Awliyah datang menghidangkan air untuk Zulhairi dan Umar.
“Abang. Air. Jemputlah minum,” pelawa Awliyah. Seraya meletakkan cawan yang berlapik piring ke hadapan Umar.
“Terima kasih. Abang dah minum sebenarnya, dekat rumah tadi,” balas Umar.
“Minumlah. Tadi abang minum di rumah abang. Ni di rumah saya pula,” pelawa Zulhairi.
“Hajat? Hajat apa Abang Umar ke mari? Adakah dia dah tahu hal yang beberapa hari yang lepas tu. Adakah dia salahkan Atif. Dia bukannya boleh lebih kurang dengan Atif,” keluh Awliyah. Sambil berjalan masuk ke dalam rumahnya. Menuju ke ruang makan. Melihat ada Haziq, Hanif dan Awatif sedang makan bersama.
“Atif. Cepat makan lepas tu pergi salam ayah kamu,” kata Awliyah.
“Pak long datang?” tanya Hanif.
“Dah makan! Jangan bersembang. Nanti lepas makan pergi salam dengan pak long. Lepas tu masuk balik ke dalam,” pesan Awliyah kepada anak-anaknya.
“Baik umi,” sahut mereka serentak.
Ketiga-tiga mereka ke hadapan sebaik saja selesai makan. Seorang demi seorang bersalaman dengan Umar. Zulhairi memperhatikan saja perkara itu. Umar masih sama tak mengendahkan kepada Awatif anak kandungnya. Sebaik bersalaman berlari-lari mereka masuk ke dalam semula.
“Aku balik dulu ya.” Umar bangun lalu menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Zulhairi.
“Baiklah,” kata Zulhairi seraya turut ikut bangun bersama, lalu menyambut tangan Umar untuk bersalaman. “Assalamualaikum,” kata Umar. Seraya tersenyum kepada Zulhairi.
“Waalaikumsalam,” sahut Zulhairi lalu mengiringi Umar sampai ke depan pintu utama rumahnya. Keluar bersama dan masih tetap berbual rancak di luar rumah pula. Sebaik Umar pulang dia masuk ke dalam rumahnya semula. Duduk di kerusi yang ada di ruang tamu rumahnya.
“Abanggg. Abang Umar datang, kenapa?” tanya Awliyah membawa dulang kosong bersamanya lalu mengutip cawan kotor yang ada di meja kopi ruang tamunya. Duduk melutut dia di situ membuat kerjanya. “Abang Umar nak nikah lagi,” kata Zulhairi.
Terlepas cawan yang dipegang oleh Awliyah ke dalam dulang. Sehingga membuatkan Zulhairi tersentak. Berpaling melihat Awliyah.
“Bukan abang yang nak kahwin. Tapi Abang Umar.” Zulhairi menarik bibirnya melebar melihat isterinya yang masih pegun membeku di posisinya.
“Berani abang nak kahwin?!” Keras saya suara Awliyah. Menuding jari telunjuk ke arah suaminya dari tempatnya.
“Allah! Tak. Abang dah cukup dah ada isteri yang baik macam kamu dan anak-anak. Dah cukup bagi abang. Biarlah kamu lahirkan tujuh lagi anak lelaki buat abang. Abang takkan kahwin lain. Tak ada alasan untuk itu sayang oi,” ucap Zulhairi senyum melebar melihat isterinya. Yang tadi pegun kini bertukar merah wajahnya.
“Amboi. Manisnya kata-kata. Tujuh anak lelaki ya?” sindir Awliyah. Menggeleng-gelengkan kepalanya. Tangannya membetulkan semula cawan yang jatuh tunggang-langgang di dalam dulang tadi.
“Abang Umar nak kahwin? Dengan siapa? Abang tahu? Kenal?” soalan demi persoalan. Diajukan oleh Awliyah.
“Kenal. Satu kampung kenal perempuan tu,” jawab Zulhairi.
“Saya pun kenal?” tanya Awliyah menunjuk ke arah dirinya sendiri. Zulhairi kemudiannya mengangguk.
“Siapa orangnya?” tanya Awliyah. Bangun lalu duduk di samping suaminya.
“Nama dia Samira. Tahu tak warung depan tu. Yang jual mi kuah udang tu,” kata Zulhairi.
“Yang janda tu?” tanya Awliyah. Terkebil kebil dia seketika. Mengingati wajah si pemilik nama itu.
“Ya! Dialah orangnya,” balas Zulhairi.
“Macam tak ada orang lainlah abang. Janda juga yang nak dipilih oleh Abang Umar,” keluh Awliyah tak puas hati.
“Biarlah. Dah Abang Umar berkenan. Nak buat macam mana. Kita tolonglah apa yang patut.” Zulhairi memegang tangan Awliyah yang sedang memegang erat kedua-dua tangannya sendiri.
“Bukan apa abang. Saya risaukan Atif. Rimaslah abang.” Tangan yang dipegang Zulhairi ditarik semula lalu dibawa menggaru kepalanya.
Di fikiran Awliyah sungguh banyak yang sedang difikirkannya. Yang paling utama adalah, kalau Awatif akan diambil semula oleh Umar.
“Ya Allah. Apa yang sedang aku fikirkan ni? Selama ini setiap hari aku berdoa agar Abang Umar dapat menerima Awatif sebagai anaknya dan andai kata Abang Umar mengambil semula Awatif. Maksudnya doanya selama lima tahun kebelakangan ni termakbul. Tapi kenapa hati aku gelisah. Tak nak lepaskan Awatif kepada sesiapa.”
“Apa yang difikirkan tu. Janganlah risau. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Bukannya macam cerita Cinderella. Kita ada di sini. Dekat dengan Awatif,” pujuk Zulhairi.
“Gamaknya sebab tulah kita tak dikurniakan anak perempuan. Bukan apa abang. Berat hati nak melepaskan. Andai kata Abang Umar ambil Awatif semula.” Awliyah menyentuh dadanya yang terasa sebak.
“Semuanya ada hikmah di sebaliknya. Sebaiknya janganlah kita mudah merungut. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak ada anak perempuan. Tapi tanpa diduga. Tuhan hadirkan Awatif, walaupun kedatangan dia mengecewakan Umar. Dapat juga kita merasa membesarkan seorang anak perempuan. Walaupun untuk seketika. Anak perempuan. Takkan terus menjadi milik ayahnya. Selepas ini. Dia akan jadi milik suaminya pula. Macam tulah anak perempuan tak akan lama duduk dengan keluarga dia sendiri,” kata Zulhairi.
Di sebalik dinding. Awatif memasang telinga mendengar perbualan Awliyah dan Zulhairi. Walaupun tak semua dia mengerti. Tapi hatinya terasa sedih. Sedih mendengarkan apa yang dikatakan oleh abinya tadi.
Share this novel