Rate

Prolog

Mystery & Detective Series 4697

Darah pekat menitik hingga ke dagu. Baju yang sudah lencun bermandikan peluh tidak dihiraukan. Hanya risau yang bermaharajalela di hati. Pakej pelancongan yang di sangka dapat menyimpan memori indah dalam ingatan bertukar seratus peratus. Sememangnya ini berpunca dari dirinya. Gaji hanya cukup-cukup makan ada hati mahu membawa keluar makan angin. Puih! Akhirnya, angin yang disangka lembut rupanya tajam menerkam mereka seisi keluarga.

"Abah mintak maaf. Ini semua salah abah. Abah tak patut percaya dengan tawaran dari agensi tu," ujar lelaki yang berlumuran cecair merah pekat di kepala sambil melutut di hadapan insan yang disayanginya. Dua orang kanak-kanak kecil bersama seorang wanita dengan baju yang ceria bersandar di hujung lorong gelap itu. Air mata tidak lekang dari mengalir dari tubir mata.

"Abah...Atin takut bah. Siapa diaorang tu? Kenapa diaorang kejar kita?" Si cilik dengan mata dan hidung memerah bertanya polos. Langsung tidak terselindung ketakutan yang menjalar di dalam dirinya. Lelaki berkumis di hadapannya dipandang meminta jawapan.

"Atin jangan takut ya, sayang? Abah kan ada..." Kepala yang dibaluti kain lembut itu diusap penuh kasih. Dia harus mencari akal bagi mengekalkan keselamatan keluarganya. 'Maafkan abah...'

Sekeliling lorong sunyi itu dipandang. Dia harus mencari tempat untuk mereka bersembunyi. Bagaikan bulan jatuh ke riba, matanya terpandang ke arah 'sesuatu'. Yang pastinya dapat membantu mereka meskipun keadaan yang tidak berapa selesa. Ini sahaja satu-satunya cara. Nyawa mereka berada di hujung tanduk, jika tidak dilakukan juga pasti nyawa yang menjadi cagaran.

"Ijah...bawak anak-anak. Ikut abang, cepat," arahnya memandang tepat ke redup mata isterinya. Ijah ataupun Hafizah hanya mengangguk akur. Kepercayaan diletakkan seratus peratus kepada sang suami. Terus dirangkul tubuh anak bongsunya manakala suaminya mengambil peranan merangkul anak sulungnya.

Langkah laju suaminya dibontoti dari belakang. Dia turut berlari anak mengejar langkah sang suami yang tergesa-gesa ke tong besi besar tidak jauh dari tempat mereka bersembunyi tadi. Sebaik sahaja menghampiri, suaminya terus membuka tolong besi itu. Muat untuk mereka meskipun penuh dengan sampah sarap.

"Kamu semua duduk sini, ya? Nanti abah datang balik. Abah pergi kejap je. Ijah, pegang amanat abang. Jaga anak-anak kita," pesannya. Hafizah dan anak-anak mereka, Fatin dan Firdhaus duduk di dalam tong yang dipenuhi sampah itu. Meskipun keadaan yang tidak menyenangkan, itu sahaja yang boleh dijadikan tempat berlindung.

Hafizah memaut kemas tangan kekar suaminya. Matanya yang merah menahan tangis jelas menunjukkan dia tidak mahu suaminya mengambil tindakan tersebut. Dia tidak mahu kehilangan orang yang dicintainya. Panahan mereka bertaut buat seketika sebelum suaminya meleraikan pegangannya perlahan-lahan. Senyum tipis menghiasi wajahnya. Kalau diikutkan rasa, dia akan berada di sisi mereka. Tapi...

"Nyawa Ijah dengan anak-anak kita lebih penting."

"A...Abang..." Tenggelam-timbul suaranya memanggil. Namun suaminya lebih tangkas menutup penutup tong sampah itu.

Serentak itu, bunyi derap kasut yang pantas berlari membuatkan Hafizah menahan rasa. Abang...

Date: 14 December 2020 Time: 10:38 AM Author: Azwan_Syaz Enjoy this story okey? Kalau ada salah or typo mohon tegur ya. Terima kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience