'''
BAYU malam menampar wajah mulus itu. Sebal yang bertandang masih lagi tidak mahu surut. Sesekali ada cecair jernih yang meleleh di pipi, namun cepat-cepat gadis itu menyeka.
Sudah lama dipendamkan perasaan ini. Berusaha rasa itu ditampal dengan sabar dan cekal agar dia masih lagi boleh berdiri dengan normal di hadapan semua orang. Agar keluarganya dapat berdiri teguh sama seperti keluarga orang lain.
Namun, apa yang dilihatnya petang tadi ...
"Tak adil!"
Ya, sememangnya tidak adil untuk mereka sekeluarga. Jika dia memberitahu Firdhaus, mungkin dia akan diserang hiperventilasi lagi. Silap hari bulan, makin teruk. Begitu juga dengan ibu. Besar kemungkinan ibu akan mengalami gangguan perasaan hingga terpaksa dimasukkan ke hospital mental.
"Kenapa perlu bebaskan mereka? Hukuman mereka ... tidak setimpal! Balasan yang mereka terima tak cukup! Walau apa pun, mereka tetap salah! Mana boleh peluang kedua!" bentaknya sendiri. Persetankan semua barang yang telah dicampak tadi.
Tangan digenggam kejap hingga terasa kuku mencucuk ke isi telapak tangan. Baginya, mana mungkin gagak yang hitam akan bertukar putih jika dikurung dalam sangkar besi! Tetap sama!
Tok! Tok!
Dia kaget sendiri. Bebola mata automatik jatuh pada tombol pintu bilik yang bergerak-gerak tanda seseorang sedang cuba membukanya dari luar.
"Atin. Ada orang datang nak jumpa kau," beritahu si empunya suara.
Firdhaus.
Fatin tidak segera menjawab. Sebaliknya dia mara ke arah pintu. Sempat wajahnya yang sembap dan basah dilap dengan hujung lengan cardigan labuhnya.
"Siapa?"
"Entah. Katanya kawan kau," jawab Firdhaus. Kaca mata lelaki itu sudah terlondeh dari batang hidungnya. Pasti dia sedang mengajar Rafina di bawah tadi sebelum datang memanggil Fatin.
"Kawan?"
Kawan mana pulak ni? Lelaki? Atau perempuan? Setahunya, tidak ramai yang mengetahui keberadaan rumah ini. Lagi-lagi dia tidaklah begitu mesra dengan semua orang.
"Iya. Pergilah. Aku pelawa masuk, dia tak nak. Kau ajaklah dia masuk nanti." Usai membalas soalan Fatin, Firdhaus membawa langkahnya ke arah tangga.
Fatin masih ragu-ragu untuk turun. Namun disebabkan kata-kata Firdhaus tadi, dibawa jua langkahnya turun ke bawah. Tak elok biarkan tetamu tertunggu. Rambut dirapikan dengan tangan.
Sebaik pintu rumah dibuka, terjengul wajah 'dia'. Ya, dia. Dia yang bersandar pada kereta mewahnya itu. Mood swing on! Hatinya terus berubah hangat hingga terasa ada wap yang meluap-luap keluar dari badan.
Fatin statik di hadapan pintu itu. Selipar juga hanya sebelah yang dipakainya. Kakinya sebelah lagi masih berada satu langkah di mozek hadapan pintu rumah. Berat langkah, seakan tidak mahu bertemu dia di sana.
"Atin!" suaranya. Kini insan itu sudah menyedari akan kewujudan seorang Fatin Awina. Laju sahaja lelaki itu menghampiri pagar rumah. Pandangan lunaknya diberikan kepada Fatin.
Tch! Fatin berdecit di dalam hati. Apa maksud pandangan itu? Kasihan? Menyesal atau apa? Tanpa dikawal, satu jelingan menyampah di'hadiah'kan buat lelaki itu. Fatin membawa langkah ke arah pagar.
"Bos buat apa kat sini? Dah tak ada kerja dah? Ke dah kene buang kerja?" sindir Fatin. Pedas semacam sahaja gayanya. Tidak pula dirinya mahu menahan. Hati juga seolah membenarkan.
"Zack mintak maaf ..." Kata sindiran Fatin tadi seakan tidak terkesan oleh seorang lelaki bernama Zakaria. Pandangannya penuh kesal.
"Nak mintak maaf buat apa? Ni bukan hari raya, encik. Lagi satu siapa Zack? Saya tak kenal orang yang nama Zack ni. Tak pernah wujud pun dalam kamus hidup saya," sembur Fatin. Namun nada suaranya masih dikawal. Agar suara yang dilontarnya tidak mengganggu jiran setaman. Mahu kecoh nanti.
"Tolonglah, Fatin. Jangan buat-buat tak kenal saya. Kita kan kawan? Kawan dari dulu lagi. Kita selalu lepak sama-sama masa zaman universiti dulu. Takkanlah sekarang awak nak layan saya macam ni?" terang Zakaria bersungguh-sungguh. Terselit rayuan di hujung kata. Penat dia apabila Fatin terus-terusan begini.
Fatin ketap gigi. Kalau tadi dia hanya diam, sekarang sabarnya sudah tidak boleh ditahan lagi. Naik bernanah telinganya mendengar apa yang lelaki ini katakan. Nak apa sebenarnya?
"Pasal kat pejabat tadi. Saya mintak maaf. Saya ..." jeda. Zakaria mula mengusutkan rambutnya. "I'm sorry. Please, kerja dengan saya balik. Saya tak boleh hidup tanpa awak." Sambungannya itu membuatkan Fatin tergelak besar.
"Apa? Apa tadi? Tak boleh hidup? Kenapa pulak tak boleh hidup? Macam nilah, bos. Saya kalau dah ludah, saya takkan jilat balik. Saya rasa bos pun patut buat macam tu," balas Fatin sambil tangan disilangkan ke dada. Zakaria dipandang seakan mahu campak lelaki itu ke dalam mulut buaya.
Zakaria diam. Namun mata lelaki itu seakan masih berkata sesuatu. Seakan berkali-kali meminta maaf. Mata lelaki itu juga sudah memerah.
"Macam nilah, bos. Saya tak nak kerja dekat situ, ada sebab saya tersendiri. Atas dasar peribadi. Rasanya saya tak perlu terangkan benda tu dekat bos. Memandangkan saya hanya seorang tea lady yang langsung tak ada kaitan dalam urusan syarikat. Rasanya tak ada masalah jugak kalau saya berhenti. Ramai lagi tea lady yang bekerja bawah syarikat bos," jelas Fatin. Kali ini dia bersikap rasional. Bergaduh mulut buat apa, membazir air liur sahaja.
"Lagi satu, kalau bos nak jugak ambik tea lady baru ... Ambik sahaja Ayuni. Pekerjaan dia pun bagus. Saya rasa dia sangat perlukan kerja tu. Dia ada ramai adik beradik yang dia perlu tanggung. Tak payah nak pecat dia. Dia tak ada kena mengena dengan saya."
"Baik bos pecat si Jelita tu. Jelita sahaja tak guna kalau menyakitkan hati. Nak senang kawin aje. Nampaknya Jelita tu memang sukakan bos dari dulu. Takkanlah bos tak perasan," sambung Fatin buat kesekian kalinya. Ayat terakhir sengaja dibuat-buat mengejek. Mata tidak kalah menjeling lelaki itu atas bawah.
Zakaria bagaikan hilang kata. Baru Fatin sedar yang lelaki itu datang dalam keadaan yang tidak terurus. Tali tie sudah longgar. Baju juga tidak lagi kemas disisipkan ke dalam seluar. Wajah kusam, tidak bertenaga.
"Saya mintak maaf ..."
Fatin mengeluh. Selepas dia berleter panjang tadi, itu yang keluar dari mulut lelaki itu? Biar betik babaya?
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya masuk dulu." Fatin sudah mahu pamit. Melihat Zakaria masih statik di situ tanpa sebarang tanda mahu menahannya, Fatin teruskan dengan niatnya untuk mara ke arah pintu rumah.
Zakaria menekur lantai. Bunyi pintu tertutup menariknya ke arah itu. "Haih ..." keluhnya. Muka diraup dengan tangan. Seorang Fatin Awina susah untuk dia tawan. Pintu rumah teres itu dikerling sekilas sebelum langkah diheret ke pintu kereta.
Ting!
Sebaik punggungnya dilabuhkan di seat pemandu, telefonnya berdenting nyaring. Malas matanya dibawa memandang skrin yang menyala itu. Satu mesej dari seseorang.
Automatik kepalanya ditoleh ke arah pintu rumah teres Fatin. Air liur diteguk laju.
"Fatin!"
DARI jauh, mata hitamnya tajam menikam satu susuk yang berjalan menuju ke perhentian bas. Rasa marah mencucuk-cucuk hatinya sekarang ini.
"Kau tak patut keluar. Sepatutnya kau mereput je dalam tu. Dunia ni tak layak pun untuk kau!" luah Fatin sendiri. Meskipun kedengaran berbisik, nada kemarahan tetap jelas kedengaran.
Kepala ditundukkan sejenak. Setakat ini, dia baru menjumpai lima orang pembunuh bapanya, dan figura yang diperhatikannya tadi adalah orang yang kelima. Lagi dua orang dia tidak pasti di manakah mereka.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan bertalu-talu pada cermin tingkap itu mengejutkan Fatin. Terus kepala ditoleh ke arah bunyi tersebut. Sebaik kepalanya menoleh ke kiri, dia mendapati ada susuk tubuh yang lencun dengan peluh sedang mengetuk tingkap keretanya. Cuak dan pucat terpamir pada wajah putih bersih itu.
"Bukak! Bukak! Bagi aku masuk!" suara garau itu bersuara dari luar. Fatin masih bungkam di situ. Masih berfikir sama ada perlukah dia membiarkan lelaki itu melolos masuk atau tidak. Macam mana kalau lelaki itu ada niat jahat?
Stesen bas tempat yang menjadi tujuan banduan tadi dikerling dari ekor mata. Tiada? Langsung Fatin memusingkan badan ke belakang. Matanya membulat besar.
"Pi ... pistol?" Fatin hampir hilang suara. Dilihatnya beberapa orang lelaki berpakaian hitam sedang berlari untuk mendapatkan lelaki tadi. Salah seorang dari mereka mula mahu mengacukan muncung pistol itu ke arah sini.
"Bagi aku masuk sekarang!" gesa lelaki itu. Matanya mencerlung garang. Ada riak takut dan terpaksa. Fatin kelam kabut membuka kunci pintu itu.
"Jalan!"
Fatin masih bungkam. Otaknya seakan berhenti berfungsi.
Bang! Puf!
Satu das tembakan tersasar ke papan tanda di tepi jalan. Hampir terkena kereta ini.
"Kau pekak ke? Aku cakap jalan, jalanlah sekarang!" kuat lelaki itu menjerkah. Sebal apabila gadis pemilik kereta ini masih berdiam diri. Mahu peluru itu tembus kepala mereka baru nak terhegeh-hegeh nak pecut?
Vroom!
Laju Fatin menekan pedal minyak. Jantungnya usah dikata. Seperti mahu gugur sahaja di sini. Otaknya mentafsirkan bahawa dia sedang terjebak dalam situasi yang merbahaya!
"Kita ... kita nak pergi mana ni?" Terketar-ketar Fatin menyoal. Ekor matanya memandang lelaki itu. Tidak lepas mata lelaki itu memandang jalan raya.
"Rumah kau!"
"Apa?" Hampir terjerit Fatin. Agak-agak la nak bergurau masa ni!
"Pergi rumah kau! Kalau kau hantar aku kat rumah aku, tembus kepala kita berdua dekat situ. Kau nak?" soal lelaki itu. Matanya menjeling Fatin.
"Kenapa rumah aku? Aku hantar kau kat tepi jalan tu tak boleh?" Kini, Fatin sudah mampu bersuara tenang. Melihat sudah tiada yang mengekori, membuang segala rasa takut tadi.
"Tak boleh! Kau jangan risau, sampai rumah kau nanti pandai-pandailah aku cari jalan. Aku nak tumpang bersihkan luka aku je," beritahu lelaki itu. Tangan kanannya yang melekap pada bahu kiri dari tadi ditunjukkan pada Fatin.
"Da ... darah?" Fatin kecut perut. Tiada sebarang respon dari lelaki itu.
Sampai sahaja di rumah, Fatin terus memanggil Firdhaus untuk membantu lelaki itu mencuci luka. Tidak terlalu teruk. Peluru hanya menggores sedikit bahunya menghasilkan calar ringan.
"Thanks," ucap lelaki itu ringkas. Dia berjabat tangan dengan Firdhaus. Firdhaus hanya mengangguk sambil bibirnya membentuk senyuman senang hati.
Kemudian, lelaki itu memandang Fatin pula. Kepalanya dianggukkan sedikit tanda berterima kasih kepada gadis itu pula.
"Nanti senang-senang datang la sini selalu. Rumah ni sunyi tak ada orang lain pun. Kita orang aje. Oh, lupa pulak. Nama aku, Firdhaus. Yang tolong kau tadi, kakak aku. Fatin." Ringan sahaja mulut Firdhaus memberitahu. Dari tadi mereka bersama, sekarang baru boleh perkenalkan diri.
"Iman. Iman Nufail. InsyaAllah. Nanti aku singgah lagi. Ada apa-apa, call aje aku." Sekeping kad kecil dihulurkan kepada Firdhaus. Firdhaus menyambut sambil mengangguk kecil.
Pon! Pon!
Bunyi hon mengalihkan pandangan mereka. Lelaki yang berada di dalam kereta itu menayang sengih tak bersalahnya.
"Aku tak nak kenal ke?" soalnya sambil menjongketkan kening kepada lelaki yang sudah berbalut bahunya itu. Ketawa mereka pecah kecuali Iman. Lelaki itu hanya tarik senyum sambil menggelengkan kepala. Ada ada sahaja kawannya yang seorang ini.
"Tak payah! Dah dah! Pandu kereta tu. Dah lambat ni," dalih Iman Nufail. Sengaja. Langkah dibawa ke tempat duduk sebelah pemandu. Rakannya itu menayangkan muka menyampah.
"Kesah apa aku kau lambat." Lelaki itu menjeling menyampah sebelum kembali memandang Firdhaus dan Fatin yang dari tadi memerhatikan gelagat mereka. Mukanya terus dimaniskan.
"By the way, I'm Muaz. Muaz Aiman. Nanti I datang sini selalu. Boleh jumpa kakak you tu." Muaz mengenyitkan matanya ke arah Fatin. Firdhaus sudah ketawa terbahak-bahak.
Fatin terpinga-pinga.
"Dah! Jalan!"
.
Words: 1751 Assalamualaikum dan hai semua! Maaf lambat update. Kalau ada salah, mohon tolong betulkan ya. Harap semua suka untuk chap kali ni. Maaf jugak kalau hambar
Share this novel