Kau Ibarat Sebatang Lilin 1. Buntu

Short Story Series 1112

Suasana pagi itu mendinginkan tubuhku. Namun begitu, aku masih setia di balkoni sekolah. Fikiranku buntu. Antara dua masalah itu yang mana bakal menyuluhi lorong hidupku pada masa hadapan. Kalaulah aku memilih untuk berpindah ke Kuala Lumpur sudah tentu ia mengheretku untuk bertukar sekolah di sana dan menurutku pelajaran aku akan terganggu kerana tidak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan penting. Sudah tentu cara yang diajar guru di sana berlainan.

Seandainya aku berkeras untuk menerima keputusan abah berpindah ke sana, bagaimana pula dengan abah? Abah pasti akan merasa kecewa. Aku mengeluh lagi. Jiwaku berlegar dalam desiran semilir panasaran. Fikiranku pula tersadai di belantara keruwetan. Bagaimana harus aku menyelesaikan semua masalah ini? Aku sudah jatuh hati pada sekolah ini dan sayang untuk meninggalkannya. Guru-guru di sekolah ini semuanya baik. Kesungguhan yang mereka pamerkan membuatkan aku lebih betah untuk terus bersekolah disini.

“Sya….” Ada suara memanggilku. Aku berpaling mencari empunya diri suara itu. Aku senyum melihat temanku Ainul Syadira. Dia sedang mengorak langkah menghampiriku.

“Apa yang kau fikirkan lagi, Sya?” Soal Ainul Syadira yang berada dekat denganku. Tunak matanya memandangku. Aku menghela nafas. Lalu, aku tertunduk.

“Sya, tak tak perlulah kau fikirkan lagi tentang masalah tu. Kalau kau rasa keputusan itu mengundang duka hatimu, kau buatlah keputusan sendiri. Apa saja keputusan yang kau ambil aku terima seadanya. Kita masih boleh berhubung walaupun kau berada jauh di sana,” Ainul Syadira seakan memujuk aku agar tidak merasa serba salah. Dia adalah temanku yang paling akrab di sekolah. Sudah enam tahun setengah aku bersahabat dengannya. Segala masalah aku ceritakan kepadanya, aku dan dia bagai isi dengan kuku, tidak boleh dipisahkan.

“Insya-Allah.. aku akan cuba mengambil keputusan yang mana tidak melukakan hati kedua belah pihak. Perasaan abah harus juga aku jaga. Apa-apa pun keputusannya aku akan bagitahu kau esok,” ujar aku kembali bersemangat. Semuanya harus diselesaikan. Aku tidak mahu berada dalam kebuntuan selamanya. Melihatkan semangat yang aku miliki melalui percakapan tadi, Ainul Syadira menghadiahkan seulas senyuman.

“Okay, jomlah masuk ke kelas, dah lewat ni..” ujar Ainul Syadira.

Aku tahu, hati sahabat mana yang sanggup melihat sahabatnya berada dalam kedukaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience