“Guru-guru di sekolah ini telah memberikan yang terbaik untuk awak semua. Hormatilah guru-guru yang mendidik awak. Jangan membuat bising di dalam kelas dan belajarlah bersungguh-sungguh. Kalau ikutkan hati saya, saya memang tak akan pedulikan awak semua lagi. Namun begitu, hati seorang guru ialah hati seorang ibu.”
“Saya basuh kembali luka hati saya kerana saya mahu melihat semua pelajar saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti, walaupun saya kecewa tapi saya tidak pernah berputus asa untuk menasihati awak semua. Guru-guru lain juga sangat mengharapkan kejayaan awak semua dalam pelajaran. Ingatlah, kesedaran datang dari hati dan dari dalam diri awak sendiri. Masih belum terlambat dan belajarlah bersungguh-sungguh untuk menghadiahkan kejayaan kepada guru-guru di sekolah ini,” luah hati guru Penolong Kanan PPU panjang lebar menasihati dan memberi semangat agar pelajar tingkatan enam atas bangkit kembali berusaha dengan penuh gigih demi mencapai kejayaan.
Sumpah! Melihat jelas kehampaan di wajah guru itu yang dipenuhi mendung hitam seolah-olah ada sembilu yang menghiris hulu hatiku.
Begitu kasih seorang guru terhadap anak didiknya. Walaupun hatinya sedih, terkilan dan pernah terluka dengan sikap pelajar-pelajarnya namun masih terselit harapan melalui untaian askara yang lahir dari bibirnya.
Sungguh, aku terharu mendengar ucapan guru Penolong Kanan PPU. Aku lihat, mendung kelabu juga melekat di wajah Ainul Syadira.
Share this novel