Kau Ibarat Sebatang Lilin 7. Keputusan Peperiksaan

Short Story Series 1112

Beberapa minggu telah berlalu, kini tibalah hari peperiksaan percubaan. Aku dan Ainul Syadira menjawab soalan peperiksaan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sahaja harapan guru tinggi melangit terhadap pelajar-pelajar tetapi ibu bapa terhadap anak-anaknya dan saudara-mara juga cukup besar nilainya sehinggakan aku takut untuk menghampakan hati mereka walaupun aku sedar aku bukanlah pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan guru.

Apa yang aku harapkan, semoga aku, Ainul Syadira dan rakan-rakan seperjuangan akan terus berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang diimpikan dan seterusnya menghadiahkan kejayaan buat guru-guru di sekolah ini yang telah banyak melakukan pengorbanan demi kejayaan anak didiknya.

“Aku takutlah nak tengok keputusan peperiksaan percubaan kita yang hari tu. Kau pergilah tengok dulu, semua kawan kita dah berebut-rebut nak tahu berapa pointer,” ujar aku bersama debaran setelah keputusan peperiksaan percubaan keluar.

“Alah kau ni. Kenapa nak takut pula? Kita kena hadapi kenyataan, sepahit apapun keputusan tu, kau kena terima hakikat. Lambat atau cepat kau akan mengetahuinya juga,” pujuk Ainul Syadira tidak sabar mahu melihat keputusaan peperiksaan percubaan tempoh hari bersama-sama aku.

Ada benarnya juga kata-kata Ainul Syadira, sepahit hempedu sekalipun aku pasti akan mengetahui kenyataan keputusan peperiksaan itu. Kepahitan itulah yang selalu aku telan setiap kali mengalami kegagalan dalam hidup. Namun begitu, aku sedar tanpa kegagalan manusia tidak akan bangkit untuk terus mencuba lagi. Jika mahu bercakap soal kekecewaan pula, sememangnya aku merasa kecewa dengan diri sendiri apabila gagal dalam peperiksaan.

“Okay, kalau macam tu jomlah kita tengok keputusan peperiksaan percubaan tu,” jawab aku cuba memberanikan diri dan menghela nafas panjang sebelum mengorak langkah ke papan kenyataan di hadapan kelas yang telah ditampal oleh ketua kelas.

"Alhamdulillah...”

Hanya kata-kata itu yang aku dengari dari bibir Ainul Syadira setelah melihat keputusan peperiksaannya tempoh hari. Aku sudah dapat menduga keputusannya pasti cemerlang. Aku pula mencari-cari namaku untuk mengetahui keputusannya ketika Ainul Syadira masih leka meneliti keputusannya di sebelah kanan.

“Ya Allah..."

Hanya perkataan itu yang keluar dari bibirku. Perkataan itu di dengari oleh Ainul Syadira. Dia mengerutkan dahinya dan melangkah ke arahku.

“Kau sabar ya. Jangan bersedih. Sudah aku katakan tadi, sepahit apapun keputusannya kau mesti menerimanya,” ujar Ainul Syadira. Aku kehairanan mendengar kata-katanya, ni mesti ada salah faham.

“Apa yang kau merepek ni?” Soal aku pada Ainul Syadira.

"Aku tahu kau kecewa dengan keputusan peperiksaan tu,” jawab Ainul Syadira. Aku sudah tidak mampu menahan ledakan ketawa apabila melihat reaksi wajahnya yang semakin serius. Aku tahu dia tentunya menyangka aku tidak mendapat keputusan yang cemerlang.

“Kenapa kau gelak, apa yang lucunya?” Ainul Syadira pula memandang wajah aku kehairanan.

“Muka kau tu serius sangat. Kau mesti ingat aku tak dapat keputusan yang cemerlang kan? Kali ni tak okay, aku akhirnya berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang,” ujar aku gembira, aku terus memeluk Ainul Syadira.

"Maksud kau?” Ainul Syadira bertanyakan sekali lagi setelah aku meleraikan pelukan, namun dia masih kehairanan.

“Aku berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan percubaan kali ni. Aku berjaya dapat pointer tinggi,” ujar aku dengan wajah yang ceria dan menghadiahkan senyuman.

“Laa yeke? Alhamdulillah.. tahniah!" Ujar Ainul Syadira pada aku. Dia juga turut merasa gembira bagi pihak aku.

"Tahniah juga untuk kau.." balas aku ceria. Kami berdua mempunyai impian yang sama untuk berjaya.

Sebenarnya aku begitu teruja sekali dengan keputusan yang aku peroleh hari ini. Semoga usaha aku tidak hanya setakat ini, aku perlu meningkatkan lagi mutu cara belajar yang lebih berkesan untuk persediaan menghadapi peperiksaan yang sebenar-benarnya kerana itulah kemuncak perjuangan seorang pelajar dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience