Series
146
"I have measured out my life with coffee spoons." – T.S. Eliot
"Kling... kling..."
Bunnyi loceng pintu berbunyi. Riuh rendah kafe hari ini bukanlah bising yang memekakkan telinga, malah memberi ketenangan. Cahaya pagi yang masuk melalui tingkap besar cukup untuk menampakkan suasana kafe ini yang ramai pengunjung, namun tetap terkawal.
"Satu espresso."
Aku kembali ke realiti, melihat sekeping sticky note dilekatkan pada papan pesanan. Tangan aku pantas mencapai biji kopi yang segar, menimbangnya tepat sebelum mengisar halus. Serbuk kopi itu aku masukkan ke dalam portafilter, diratakan, lalu ditekan sekata sebelum aku kunci pada mesin espresso.
Titisan hitam pekat mula mengalir, perlahan-lahan berubah menjadi aliran keemasan. Crema terbentuk indah di permukaan. Aku tersenyum kecil melihat hasil karyaku sebelum meletakkannya di atas dulang untuk dihidangkan.
Memang beginilah rutin harianku. Aku sudah terbiasa dengan suasana ini — tenang, teratur, dan menyenangkan. Andai aku boleh hidup begini seumur hidup...
Sedarku, jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Syifku habis, namun aku masih membantu mengemas sementara menunggu pekerja syif malam datang.
"Amboi, rajinnya. Isteri kau ada buat apa sampai mood elok sangat hari ni? Kalau tak, biasanya sekarang ni kau dah cabut balik. Katanya isteri tengah tunggu," usik rakanku yang sedang mengelap mug.
Aku tersenyum nakal.
"Tak ada lah. Saja nak teman kawan seorang ni... tengok muka pun dah tahu dia tengah rindukan aku."
Rakanku terus buat muka "apa benda mamat ni" sebelum ketawa kecil.
"Takdenya nak rindu. Jumpa setiap hari pun," balasnya.
Walaupun perangainya panas baran, dialah yang banyak membantu aku. Dari awal susah senang sampai buka kafe bersama. Kalau orang luar tengok, memang boleh salah faham hubungan kami.
"Kring... kring..." bunyi loceng pintu kedengaran lagi.
"Maaf bertanya, ini ke kafe yang Encik Arman bekerja?"
Aku menoleh. Seorang lelaki separuh umur dalam sut kemas berdiri di pintu, senyumannya ikhlas.
"Ya, saya."
"Boleh saya berbincang sekejap?"
Bincang?
Beberapa minit kemudian, aku kembali dengan secawan teh halia, lalu menghulurkannya kepadanya.
"Terima kasih," katanya, meneguk perlahan sebelum kembali memandang aku.
"Saya dari syarikat Vouge Villa. Ini kad saya," ujarnya sambil menghulurkan kad yang memaparkan logo syarikat itu.
"Kami akan mengadakan mesyuarat pada 17 Ogos. Klien kami ingin mesyuarat di luar pejabat dan mencadangkan tempat yang lebih selesa. Salah seorang staf saya menyarankan kafe ini... dan nampaknya betul, suasananya sungguh tenang. Jadi saya ingin bertanya, bolehkah kami adakan mesyuarat di sini?"
Mesyuarat? Di sini? Bersama Vouge Villa?
Bincang?
"Nah"
Aku kembali bersama teh halia lalu hulur pada lelaki separuh umur itu
"Terima kasih"
lelaki itu hirup lalu meletakkan mug itu di depannya.Dia kembalikan fokusnya pada aku
"Saya dari syarikat Vouge Villa ini kad saya"
Aku ambil kad dari tangannya.Jelas tertera namanya bersama dengan simbol syarikat itu.
"Kami akan adakan mesyuarat 17 ogos tapi klien kami ingin bermesyuarat di luar bangunan dan cadangkan kami ke tempat yang lebih selesa dan tenang"
Aku tunggu lagi apa yang ingin dia kata
"Saya dicadangkan oleh pekerja saya ke kafe sini dan nampaknya memang betuk suasana yang kelihatan sungguh selesa jadi saya nak tanya okay tak kalau kami adakan di sini?"
Adakan mesyuarat?Di sini?Bersama Vouge Villa?
Hai semua, terima kasih kerana membaca bab ini????
Share this novel