Series
146
Sunyi.
Hujan masih bunyi kat luar.
Dia sambung, lebih perlahan, "Kalau jadi apa-apa masa kau tengah lari hujan sorang-sorang...siapa yang patut risau,siapa yang disalahkan,siapa yang bertanggungjawab.Saya kan?"
Aku tunduk sikit. Bukan sebab malu. Tapi sebab aku tak tahu nak lawan apa bila dia cakap macam tu — bukan drama, bukan pujuk, cuma... jujur.Perkara yang dia cakap pun logik juga.
"Next time," dia sambung, "just call, okay? Aku datang. At least bagitahu saya."
Aku diam.Dia letakkan tuala lagi satu di atas kepalaku
"Saya bukan nak jadi hero. Tapi kalau saya suami awak, takkan saya nak pura-pura tak kisah?"
Aku masih tak jawab.Jantung berdegup dengan cukup laju.Aku dapat rasakan rona warna pipiku mula berubah tapi mataku tak lepas dari memandangnya.
Untuk pertama kali, meskipun hujan membasuh tubuhku hingga menggigil, ada hangat yang tak datang dari cuaca — tapi dari pandangan dia yang tak beralih.
Hai semua,terima kasih kerana membaca bab ini ????
Share this novel