Chapter 7

Romantic Comedy Series 146

"I push people away before they have the chance to leave."

— Unknown

Dah nak masuk tiga minggu.
Maksudnya tiga minggu jugalah aku menjadi isteri derhaka

Isteri derhaka yang macam mana tu?Bagi dia kerja rumah banyak-banyak,Tak makan bila dia masak dan of course panas baran.

"Masin sikit. Macam hati orang desperate."
"Sedap... untuk student bujang umur 20."
"Kau potong bawang macam nak bunuh musuh."

Ni derhaka tahap berapa aku tak tahulah.Tapi aku buat semua benda ni bukan nsemata-mata nak siat hatinya itu.Ini semua agar Arman akan cepat menyampah dengan aku dan kalau boleh setiap hari menyesal kahwin dengan aku jadi tak susahlah nak cerai nanti.Bukan aku konfiden yang dia akan jatuh cinta padaku tapi mana tahu dia termasuk dalam 5 peratus orang yang masih suka aku walaupun dah tahu aku ni berperangai macam apa.

Jadi perangai panas baran aku ni hanya sekadar back-up plan.Aku pernah buat perangai panas baran ni lebih dari sekali dan mesti akanmemualkan sesiapa sahaja yang cuba dekat dengan aku tetapi bukan dengan manusia yang bernama Arman .Kadang-kadang senyum nipis. Kadang-kadang jawab pendek. Tapi tak pernah lebih.

Dia semestinya bukan robot. Pernah juga dia tarik nafas panjang, letak sudu kuat sikit atas meja, atau tengok aku lama macam tengah pilih nak jawab atau diam. Tapi dia tetap tak melenting.

Dan entah kenapa... aku makin geram. Sebab dia buat aku rasa macam aku tengah uji diri sendiri, bukan dia.

Hari ahad..

Aku balik dari mesyuarat, dah lewat sikit. Langit gelap, dan aku lupa bawa payung. Nasib aku memang tak pernah baik bila aku tengah penat — hujan turun tiba-tiba, macam langit pun nak menyampah dengan perangai aku.

Aku cuba tahan bawah bumbung luar ofis, tunggu reda, tapi tak nampak tanda. Jadi aku jalan juga ke kereta. Berlari sikit. Tapi dah terlambat — sweater aku basah, tudung aku lencun. Bila sampai rumah, kasut aku dah berat macam batu.

Aku masuk pagar. Baru nak buka pintu rumah, suara Arman kedengaran kuat.

"Ariana?!"

Terus aku toleh ke arahnya yang sedang berdiri.Terpancar kerisauannya itu.Aku tak sempat buka mulut.

"Awak dari mana?Kenapa tak call?"

Aku masih berdiri statik di depan pintu.

Dia turun anak tangga dua-dua sekali, buka laci tepi dapur, ambil dua tuala. Datang ke aku lalu dililit sekitar badanku

"Tak sejuk ke?I worried sick about you.Have you not seen your phone?"

Jujur aku langsung tak periksa telefonku.

"Tahulah saya bila nak balik.Saya bukan bodoh,"Baru sekarang aku buka mulut.

Dia tarik nafas, pandang aku dengan ekspresi yang aku susah nak baca — macam dia tengah tahan banyak benda. Tapi kali ni dia jawab juga, suara sedikit tinggi.

"Aku tak cakap kau bodoh. Aku cakap aku risau."

Hai semua, terima kasih kerana membaca bab ini????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience