Series
146
"I am learning to love the sound of my feet walking away from things not meant for me."
— A.G.
Perkahwinan paling mewah. Dari reka bentuk luar hingga ke dalam, semuanya ibarat mimpi dongeng. Reka bentuk luaran dihiasi dengan bunga-bunga ros merah dan lily putih yang tersusun indah mengelilingi meja hadiah, dialas dengan kain berwarna beige lembut. Di sebelah meja hadiah pula terdapat cermin segi empat tepat yang dikelilingi lampu kecil berwarna beige, lengkap dengan nama aku dan pengantin lelaki terpampang indah.
Kini aku melangkah perlahan, mengenakan gaun putih berserta tudung dan kasut kaca ala-ala Cinderella. Sebelah tangan memaut lengan lelaki di sisiku, manakala sebelah lagi menggenggam sejambak bunga berwarna merah, putih, dan sedikit kuning.
"I present to you our bride. Please give a warm applause to our couple."
Gemuruh tepukan bergema dari para tetamu. Aku tersenyum, berjalan perlahan-lahan di atas karpet merah menuju ke pelamin. Pelaminku dihiasi mewah—bangku berwarna emas dengan kusyen berwarna krim, sepadan dengan tema perkahwinan kami: beige dan emas. Mataku melilau kagum sekeliling dewan yang turut dihiasi dalam rona serupa.
Namun, senyumanku mati bila menyedari ada seseorang sedang duduk... di atas gaunku.
"Maaf," katanya lembut sambil segera bangun dan membetulkan gaunku sebelum duduk kembali di sebelah.
Dia kelihatan sangat tampan hari ini. Tapi sejujurnya, sebab aku tawarkan kontrak ini bukan kerana aku cintakan dia. Aku cuma... mahu berkahwin dengan seseorang yang menenangkan untuk dipandang. Biar pun dia tak sayang aku, sekurang-kurangnya kalau dia buat salah, aku takkan marah sangat bila tengok muka dia yang... kacak. Tak penat sangat nak beremosi.
"Why did you stare at me like that? Did I do something wrong?" soalnya, memandangku dengan dahi berkerut.
Terus aku palingkan muka. Astaga... aku tenung dia tadi ke? Seriuslah?
"Our couple seems to already have a lot of fun," jenaka pengacara, diikuti tawa para tetamu.
Wajahku mula terasa berbahang. Malunya!
"Can you move a little to your husband?" arah jurugambar sambil memberi isyarat tangan.
"Klik... klik."
"Can you guys get a little closer?" tambahnya selepas melihat hasil tangkapan kamera.
Tiba-tiba terasa pinggangku disentuh dengan lembut, ditarik perlahan ke sisi.
Apa ni, main pegang-pegang pula?
Aku segera menepis tangannya.
"You don't want it to look awkward in front of your parents, right? They're going to doubt us," bisiknya perlahan, tenang.
"Alright, cun. 1... 2... 3."
"Klik."
"Seem like someone has experience?" sinisku sambil menjeling.
"Kenalah nampak macam mesra. Awak sendiri tulis dalam kontrak. Cakap jelah tergoda," balasnya selamba.
Ceh! Ingat aku blushing ke bila dia main pegang-pegang?
"Kita ambil lagi sekali ya? 1... 2..."
Ambik kau! Aku cubit kuat-kuat lengan dia.
"Sakit!" jeritnya perlahan, sedikit kuat.
Aku buat muka paling innocent. Senyum paling manis aku hadiahkan.
"Macam mana tergoda tak orang pegang dia?" bisikku penuh sindiran.
Wajahnya jelas menunjukkan rasa 'kau tengok nanti'.
"Encik ok?" soal jurugambar sedikit risau.
"Ok, ok. Boleh teruskan," katanya sambil mengukir senyum kepada jurugambar.
Padan muka.
Hai semua,terima kasih kerana membaca bab ini ????
Share this novel