Get the app for full experience
“SO, how?” tanya Jessie sebaik sahaja Kaivan dan Irdina masuk ke perut kereta. Dia hanya menunggu di dalam kereta sahaja sejak tadi kerana Irdina tidak membenarkannya ikut bersama. Bimbang perbincangan yang tegang akan bertukar menjadi pertumpahan darah. Jessie memang dilahirkan dengan sikap baran. Mungkin kerana itulah dia begitu serasi bersama Kaivan yang sentiasa tenang dan sabar. “As we expected. They refused,” balas Irdina singkat sambil bersandar selesa pada tempat duduk belakang kereta Kaivan. “Hahaha!” Jessie berpuas hati mendengar jawapan Irdina. “Your plan is superb, Dina.” Irdina hanya tersenyum. Mereka menerima atau menolak, tidak akan merugikan dia sedikit pun. Jika mereka ...