Completed
837
Selepas kejadian Nina atau (Zulaikha) bercerita perkara sebenar aku masih keliru dan aku perlukan kebenaran yang benar sebenar benar nya. Apa yang terjadi pada aku.
Aku jumpa umi dan tok pada pagi itu. Umi dan tok ceritakan segala-galanya pada aku di hari pertama aku masuk hospital sampailah aku di kampung sekarang.
""Apa yang terjadi pada adik bukan atas permintaan kamu atau kami atau sesiapa pun, ini dugaan Allah buat diri kamu. Allah ingin menguji kamu sejauh mana kamu boleh hadapi dugaan ini. Kejadian malam itu kamu bergaduh dengan teman lelaki kamu dia hanya inginkan badan kamu sahaja tapi kamu tak dapat terima sebab dia nak tinggalkan kamu dan pergi pada orang lain. Kamu pengsan pada malam itu kami bawak kamu ke hospital tapi doktor cakap kamu mungkin sakit tapi sakit kamu perlukan doktor pakar psikiatri sebab kamu berubah sangat. Kami ambil keputusan untuk bawak kamu ke kampung. Tapi makin lama kamu makin jadi2 kamu asyik bercakap sorang diri bila kami tanya kamu cakap kawan. Dan sekarang kamu akan kami bawak untuk berubat supaya kamu tidak jadi lagi teruk. Dan satu lagi sebenarnya badan kamu ni ada benda yang duduk.""
Itu lah cerita yang aku paham. Tapi cuma satu je yang aku keliru.. adakah aku yang bunuh ex- aku???
Umi minta aku bersabar dengan dugaan Tuhan. Kata umi Tuhan sayang aku Tuhan nak uji aku sejauh mana aku hadapi dugaan yang Allah berikan pada aku. Aku masih dalam keadaan yang sama tiada beza pun. Aku masih duduk termenung di dalam bilik apabila umi dan tok ceritakan perkara sebenar.
Umi dan tok ada cakap dengan aku untuk pulihkan semangat aku dengan seorang ustaz. Aku diam tak cakap apa2 aku tak nak diri aku jadi macam ni. Aku tak nak jadi orang lain. Aku tak nak diri aku di tumpang ke duduk ke apa ke di badan aku. Aku nak kembali normal.
Dan aku percaya umi dan tok akan buat yang terbaik untuk kebaikan aku dan keluarga.
Pada keesokkan harinya.
Tok bawak aku ke rumah yang aku tak kenal. Sampai saja aku di rumah orang tu aku rasa panas sangat. Aku tengok cuaca tak adalah panas sangat redup je tapi kenapa aku rasa panas sangat macam kena bakar je badan aku je ni.
"Assalamualaikum Tok Ki."
"Waalaikumussalam oh Kiah masuk lah aku ada orang nak berubat ni duduk dulu nya."
"Ye lah aku tunggu kat luar dengan cucu aku ni."
Aku tengok rumah Tok Ki ni lain macam je kat luar ada bilik kecil ada bilik air ada meja makan ada sofa. Hmm ni aku rasa tempat untuk berubat kot kalau tengok pada gayanya. Tapi aku dah mula tak selesa sangat2 panas lain macam aku rasa macam nak mandi je.
Tok yang perasan aku macam cacing kepanasan mula memegang tangan aku. Aku diam je aku rasa macam terseksa sangat badan aku ni macam kena api je panas sangat bukan rasa macam panas kena cahaya matahari tapi panas macam kita duduk kat tempat bakar sampah.
Adoi tolong lah Tok Wana tak tahan ni panas ni,luah ku dalam hati.
Selepas orang yang Tok Ki ubatkan tu Tok Ki panggil tok dan aku masuk ke bilik yang orang tu keluar tadi. Bila aku nak masuk je bilik tu aku dah rasa panas berpeluh badan aku ni tudung jangan cakap lah dah senget aku libas2 tadi panas sangat.
Tok Ki pandang aku lain je dia senyum je.
Aku tak tahu lah dia senyum tu sebab dia tahu ke atau dia memang nak senyum.
"Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wana dan Kawan kamu ke tu?"
"Hurmm!"
Tiba-tiba aku jadi marah pulak aku pelik tadi aku rasa macam panas ni sekarang marah pulak.
"Wana nama kamu atau bukan?"
"Aku Wana!"
"Hmmm aku tau kamu bukan Wana."
"Kiah. Kamu nak aku berubat macam mana ni nak cara baik atau apa?"
Tok Ki mula bertanya pada nenek aku. mungkin nenek aku sudah berbincang atau bercerita pada tok Ki sebelum datang sini.
"Macam yang aku cerita kan tu aku nak dia lupa segala kenangan yang dia pernah lalui aku tak nak dia terus sakit aku nak dia sihat aku nak cucu aku yang normal bukan yang sekarang ni."
"Hm baiklah aku buat cara baik je, lagipun kawan dia tu bukan jahat dia nak tumpang aje bukan benda yang jahat."
"Tak kisah lah benda tu baik ke jahat ke aku nak benda tu keluar bebas dari badan cucu aku ni. Tolong pulihkan semangat dia balik."
"Baiklah aku paham."
"Wana ni Tok Ki minta izin kamu untuk berubat kamu ye jawab soalan tok ye."
"Hurm!"
Tok Ki mula membaca ayat2 Al-Quran untuk mula berubat kan aku, aku rasa badan aku panas balik macam tadi aku mula rasa ada sesuatu dekat bahu aku berat sangat bahu aku ni selama ni tak ada rasa apa2 pun. Tapi apa ye?
"Kamu bukan Wana kan? Kenapa kamu duduk di badan Wana ni? Apa kamu mahukan?"
"Aku mahukan dia"
"Kamu tak boleh bersama dia kamu kena pergi balik ke tempat asal kamu"
"Tapi aku sayang dia aku tak kacau dia. Dia sakit aku perlu teman dia. Aku sayang dia aku tak nak dia sedih aku tak nak dia kesunyian. Huuu huuu huuu"
Tiba-tiba aku menangis eh kenapa aku menangis ni pelik aku tak sedih pun tadi kenapa dengan diri aku ni apa dah jadi ni.
"Siapa nama kamu kenapa kau ada di sini? Tok akan tolong kamu Tok tahu kamu tak jahat tapi kenapa kamu ada di badan Wana ni?"
"Aku Zulaikha. Aku cuma nak tumpang jadi teman Wana aku tak kacau dia. Kau kena tolong pulihkan dia sebab dia sakit aku tak nak dia jadi macam aku bunuh diri sebab tertekan aku janji akan jaga Wana baik2."
"Kamu tak ada hak untuk jaga Wana walaupun kamu ni bukan jahat tapi kamu ni Syaitan. Tok nak kamu keluar dari badan Wana atau aku buat cara kasar."
"Tapi aku sayang kan Wana, dia sakit dia boleh jadi gila."
"Tapi bukan ke kamu yang selalu bercakap dengan dia!"
"Bukan aku yang bercakap dengan dia aku cuma nak tumpang sahaja sebab dia sedih dia macam aku sedih tak ada kawan, aku nak jadi kawan Wana. Salah ke!"
"Salah tetap salah sebab kamu ni syaitan!"
"Tapi aku baik"
"Sekarang kamu nak keluar dari badan Wana atau tidak?"
"Baiklah aku akan keluar dari sini tapi tolong pulih kan semangat Wana ni."
"Itu tok tahu. Dengan nama Allah yang maha Esa keluar lah engkau dari badan Wana ni dan kembalik lah ke tempat asal mu.
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim dengan nama Allah keluar lah engkau kembali ke tempat asal mu jangan ganggu anak cucu keturunan Adam ni. Bismillahirrahmanirrahim.. dan tok mula baca ayat2 Al-Quran."
Dan aku pun menjerit semahu mahunya aku lemah tak kuat badan aku terlalu lemah sangat macam orang tak makan sebulan pun ada. Lepastu aku pengsan aku tak sedar.
Beberapa jam kemudian.
Aku tersedar dari pengsan apabila aku terasa ada air di muka aku. Aku sedar terjaga aku terkejut tengok ada insan tua di sebelah aku ni. Eh siapa orang tua ni?! Aku kat mana ni bilik siapa yang aku duduk ni aku tak pernah kenal pun rumah ni. Dalam bilik ni ada tiga orang tua, dua perempuan dan sorang lelaki. Tapi siapa diaorang??!!
"Alhamdulillah syukur ya Allah kamu dah sedar Wana."
Perempuan tua yang ada di depan aku ni terus peluk aku ucap syukur dan dua orang lagi senyum pandang aku sambil berdiri.
"Makcik ni siapa?"
"Makcik?! Aku ni nenek kamu Wana, kamu tak ingat ke? Ni Tok ki dan isteri yang ubatkan kamu pulih kan semangat kamu semula kamu tak ingat ke Wana?"
"Nenek? Tok Ki. Saya sakit ke pulih semangat apa nek?"
Aku hairan tengok semua orang pandang aku dengan wajah tak percaya, serius aku memang tak ingat apa2 langsung. Yang aku lagi hairan pelik kenapa nenek ni cakap aku di pulihkan semangat?" Kenapa?!
Aku tengok mereka semua keluar dari bilik ni mungkin nak cakap sesuatu atau bincang ke apa ke aku pun tak tahu lah. Yang aku nak tahu aku ni siapa sebenarnya?! Apa yang dah jadi ni.
Aku mula dengar suara orang cakap2 tapi cakap apa aku tak dengar dengan jelas lah pulak.
"Kiah aku rasa kamu kena bawak cucu kamu berubat lagi dua hari jadi tiga hari lah semua untuk dia benar2 pulih dan hari yang ketiga tu akan aku mandi kan dengan air bersih yang telah di baca ayat2 ruqyah supaya dia benar2 sembuh. Itu pun kalau kamu setuju."
"Kalau tak buat apa akan jadi?"
"Kalau tak buat dia boleh jadi balik seperti dulu dan benda tu akan datang balik dan jadi lagi teruk."
"Maksud kau?"
"Gila. Beginilah Kiah aku cuma nak membantu cucu kamu. Sebenarnya cucu kamu sakit yang perlukan doktor pakar sakit jiwa. Tapi di sebabkan benda itu dah tumpang dalam badan cucu kamu dia jadi lain ada jiwa yang muncul dan jiwa itu menguasai cucu kamu tapi bukan benda tu yang kacau jiwa cucu kamu. Sebab benda yang tumpang badan cucu kamu tu nak jadi kawan supaya cucu kamu tidak keseorangan."
"Habis tu yang dia tak ingat tu kenapa pula?"
"Sebab tadi aku buat dia hilang memori yang lama jadi dia macam hilang ingatan itu sementara. Cuma aku nak ingatkan jangan sesekali cerita apa yang terjadi pada diri dia sampai dia benar2 pulih."
"Berapa lama tu dia betul2 pulih? Dan kalau dia ingat apa akan jadi?"
"Lama tu tengok pada cucu kamu juga sebenarnya bukan pada ubat atau apa2 cucu kamu perlu kuat dia tak boleh lemah, dia tidak boleh takut kena kuat semangat jiwa apabila kita takut benda2 ni syaitan akan lagi suka. Dan kalau cucu kamu ingat kejadian yang dulu Kemungkinan dia boleh jadi teruk dari ni."
"Ki kau kena tolong aku pulihkan cucu aku tu."
"Ye ye aku tahu nanti aku akan bagi potongan ayat ruqyah untuk dia hafal amalkan supaya jin syaitan tak akan dekat."
"Baiklah Ki terima kasih."
"Esok kamu datang lagi bawak cucu kamu tu sekali ye, hari ini biar dia rehat dulu jangan cerita apa2 lagi esok akan aku berikan ayat dan juga air untuk di minum dan lusa aku akan sediakan air mandi ye."
"Ye InshaAllah Ki terima kasih banyak-banyak."
saya tahu cerita saya tak menarik. niat saya hanya ingin berkongsi. :)
Share this novel