Completed
837
Selepas tiga hari aku buat rawatan Islam pulihkan semangat aku jiwa aku Alhamdulillah aku kembali ceria. Tapi tu lah aku lupa banyak benda. Satu satu aku tanya umi aku itu siapa ini siapa, aku sekolah kat mana, kawan dengan siapa, adik beradik semua benda aku tak ingat.
Aku selalu amalkan ayat yang Tok Ki bagi pada aku. Aku tahu mungkin ada suatu kejadian yang timpa pada aku yang aku sendiri tak pasti apakah itu. Mungkin ada hikmah memori aku hilang. Dan aku sudah pulang ke rumah umi di bandar.
Beberapa bulan kemudian....
Aku jadi penggangur di rumah ni. Bangun solat subuh lepastu buat sarapan lepastu aku kemas rumah masak lauk tengahari mandi makan tidur baca buku itu lah rutin aku. Kadang-kadang aku boring duduk rumah aku langsung tak keluar rumah selepas aku pulang dari kampung. Bila aku nak keluar umi tak bagi takut aku jadi macam dulu.
Aku mula tertanya-tanya apa yang jadi pada aku dulu sampai aku tak boleh keluar rumah langsung. Aku nak tanya pada kakak aku tapi dia macam malas nak layan tak apa lah aku pun malas nak ambil port lagi.
Suatu hari aku buat keputusan nak sambung belajar tapi umi tak bagi aku sambung belajar sorang2 kena ada teman iaitu kakak aku. Ok lah aku terima dan apply sambung belajar di Melaka dan di situ lah aku mula bertanya pada kakak aku apa yang terjadi sebenarnya, atas desakan aku kakak aku cerita kan segalanya dan kakak aku pun mengalah dia ceritakan bermula dari hospital sehingga sekarang.
Bila aku dapat tahu semua cerita tu aku pun ingat segala-galanya apa yang terjadi pada aku. Memang aku tak dapat terima aku menyesal kenal dengan lelaki yang tidak jujur dan aku tahu aku banyak buat dosa pada keluarga mungkin ni balasan aku dan ujian aku supaya aku bertaubat dan insaf. Ya Allah teruk nya aku dulu. Kerna lelaki aku hampir jadi gila Kerna tertekan aku hilang jiwa semangat sampai ""si dia"" tumpang badan ku ni Ya Allah.
Kawan-kawan aku semua tak nak kawan dengan aku katanya aku gila katanya aku penyebab ex- aku mati. Aku tak salah aku tak gila dan aku tak tahu apa2. Aku bawak diri sambung belajar di Melaka aku harap dengan cara ni aku dapat lupakan kisah silam aku. Dan aku berharap akan ada orang yang sudi jadi kawan aku.
Bila aku duduk di Melaka ini sama saja. Aku tetap tak ada kawan aku tetap sorang2. Aku ambil jurusan IT dan kakak aku ambil jurusan Media. Kelas kami berbeza waktu dan hari. Kawan aku cuma dalam kelas luar kelas tak ada kawan sama saja.
Suatu hari aku pulang ke bandar. Aku terjumpa dengan kawan lama aku masa sekolah namanya Nad. Dia mula rapat semula dengan aku dia minta aku ceritakan segala-galanya dan aku pun ceritakan apa yang terjadi.
Dan dari situ aku dapat kawan-kawan aku semula tapi kebanyakannya mereka susah nak percaya pada aku cuma depan aku saja dia orang pura-pura ok dengan aku tapi dekat belakang diaorang bukan main lagi mengata. Kata Nad tak apa biarlah diaorang nak cakap apa janji kita tak kacau orang.
Bila aku pulang ke Melaka, kawan-kawan aku yang sama kelas dengan aku mula nak berkawan dan diaorang terima aku seadanya. Kata mereka setiap orang ada kisah silam yang terlampau pahit. Asalnya mereka tak boleh terima aku sebab aku ini sakit. Tapi aku tak sakit aku dah baik.
Cuti semester pun tiba, aku pulang ke bandar untuk menghabiskan cuti selama dua minggu. Aku jumpa dengan Nad untuk minta dia ajarkan aku ilmu agama sebab aku mengaku aku low pasal agama ni. Nad cakap nak belajar ilmu agama ke apa ke jangan malu kalau kita malu kita sesat kita yang rugi.
Nad mula mengajar aku tentang ilmu agama bermula dari solat sampai lah mengaji Al-Quran.
Dan alhamdulillah aku pandai akhirnya. Nad pesan pada aku jangan terlalu taksub dengan duniawi ingat Allah sentiasa selalu zikir. Aku ingat pesan Nad ke mana aku pergi aku kan selalu ingat zikir.
""Sebenarnya sakit aku itu adalah, gangguan psikotik termasuk gangguan mental parah yang menyebabkan munculnya pemikiran dan persepsi yang tidak normal, seperti penyakit skizofrenia. Gejala paling umum dari gangguan ini yaitu mengalami halusinasi, seperti mendengar, melihat, atau merasakan sesuatu yang tidak ada, serta delusi yaitu mempercayai hal-hal yang sebenarnya tidak terjadi.""
Jadi berhati-hatilah
Ketika berkawan,
Ketika bercinta,
Ketika keseorangan,
Ketika susah,
Ketika senang.
Jadi selepas tahu cerita sebenar. satu je tanda tanya sampai lah sekarang realitinya kehidupan aku ni.. siapa yang bunuh ex- aku???
Zulaikha seorang gadis yang menjadi mangsa seperti aku juga cuma perbezaannya dia bunuh diri rohnya tidak aman. Tapi dia tak kacau orang cuma dia tumpang badan orang supaya jadi kawan....
Si Nina adalah gadis ciptaan Wana. atau. Delusi. Ianya tidak wujud hanya lah rekaan semata-mata.. Tapi adakah dendam seperti di dalam bab10.. Tapi aku percaya bukan aku yang bunuhnya..
Si gadis malang Puteri Melor minta pertolongan di atas mayatnya supaya rohnya aman dan dia juga menceritakan kisah benar. siapa dia aku pun tak kenal dah minta tolong jadi tolong jela.
Dan aku pulak mahu lupakan kisah silam, dengan izin Allah ingatan ku pulih dan kini sudah 10tahun kisah tu berlalu aku pun sudah tidak berhubung lagi dengan kawan-kawan ku hanya Nad saja yang setia.
bab boring di akhir cerita. terima kasih pada yang membaca. terima kasih atas komen anda. terima kasih :)
Share this novel