Completed
837
Bermulalah kehidupan yang tak pernah lagi aku lalui sepanjang 17tahun ni. Aku duduk dalam bilik diam, nangis, nangis, nangis dan nangis. Aku pelik kenapa jadi macam ni.
Sebenarnya aku dengar doktor cakap aku ada masalah perasaan boleh ke arah mental, tertekan dengan hidup yang mungkin aku tidak boleh terima.
Senang cakap takdir, adakah betul aku tak boleh terima takdir yang sudah tertulis atau aku terlampau pendam rasa dalam hati ??? Keliru..
Selepas seminggu aku terperap dalam rumah umi ajak pergi hospital untuk buat rawatan. Aku ikut diam tak berbunyi aku sebenarnya tak tahu apa-apa aku tak paham kenapa aku jadi macam ni.
Sampai di hospital aku kena jumpa doktor yang check otak. Pasang wayar ikut darah, merah ada, kuning ada, putih ada, hijau ada, purple pun ada. Mula2 doktor lukis dulu kat kepala untuk lekat wayar ikut urat darah.
Lepas tu aku kena tidur dalam masa 2jam untuk baca pikiran aku ya Allah aku rasa macam bodoh je kenapa aku kena ni semua.
Lepas 2jam aku sedar doktor suruh bersihkan kepala aku tak tau lah apa yang doktor bincang dengan umi, tapi masa dalam tandas aku rasa macam ada orang yang perhati betul-betul kat sebelah bila aku toleh belakang tak ada apa pun aku buat tak tau jelah.
Bila aku dah siap bersih aku keluar aku dengar doktor cakap pelik kenapa dalam masa 2jam tak boleh baca pikiran aku tapi data semua ada graf wayar tu semua tak cantik susah untuk di baca. Doktor sendiri pelik. Lepas tu doktor suruh balik untuk rehat.
Cuma aku dengar bisikan.."toll..oollng.."
akan lebih menarik....
Share this novel