Aku tak tahu sekarang aku berada di mana. Ke mana 'mereka' bawa aku pergi? Sekarang aku seakan berada di rumah kayu usang yang sangat lama.
Aku memeluk kedua bahu ku. Terasa sejuk di sini. Kat sini pula ada banyak habuk dan begitu banyak perabot yang tidak tersusun dan terbalik. Contohnya, macam kerusi yang terbalik, buku-buku yang jatuh berterabur di atas lantai, dan banyak barang yang bersepah di atas lantai yang berdebu ini.
"Uhukk.. Uhukk. " Aku terbatuk kecil. Tiba-tiba..
Srekk.. Srekk..
Aku menutup kedua telingaku. Muka usah dikata sudah beriak takut. Peluh merintik ke dahi. Bunyi tu.. Seakan-akan bunyi seseorang yang menggesel besi ke permukaan kasar berkali-kali.
Srekkk..srekkk..
Memang bunyi yang cukup membingitkan dan tidak enak untuk didengar.
"Arghh!!" Aku menjerit kuat apabila dedaun pintu dan tingkap bergoyang berkali-kali. Sedangkan di sini tidak ada angin. Tak cukup dengan itu, 'dia' malah menjatuhkan lagi banyak barang perabot di sini. Menghasilkan bunyi seperti orang melempar barang ke lantai beberapa kali.
Mata aku bulat apabila menyaksikan kerusi sofa di ruang tamu itu seakan bergerak dengan sendiri. Suara halus kedengaran seperti bersosek sosek di telinga aku.
"Tania.. Tania.. " 'Dia' memanggil dengan suara yang menyeramkan itu.
Bulu roma terus mencanak naik. Bibir aku bergerak-gerak menahan nafas. Aku telukup muka dengan tangan aku. Mulut bergumam halus. Tak mahu lihat apa-apa! Ya Allah.. Jangan biar dia muncul di hadapan aku.
"Tolong jangan kacau aku.. Tolong jangan kacau aku.. " Itulah perkataan yang selalu keluar dari mulut aku. Aku tidak nampak apa-apa kerana aku menekup muka aku. Manakala hati aku membaca ayat kursi beberapa kali.
Tiba-tiba...
Bummp!!
Ada suatu meja yang jatuh dengan sendiri. Hentakan begitu kuat sehingga mengejutkan aku. Bahu aku ternaik sedikit mendengar bunyi hentakan yang sangat kuat.
"Ahhh jangan kacau aku!! Mak...ayah.. Tolong Tania.. Hiss.. Hiss.. " Aku mula mengeluarkan tangisan. Aku nampak begitu lemah di hadapan 'mereka'. Tak, tak boleh. Aku tak boleh takut dengan 'mereka'. Selagi aku takut.. Selagi mereka semua suka.
Macam yang ustaz kata..baca kalimah suci Allah kalau 'mereka' masih kacau lagi.
InsyaAllah.. 'mereka' semua akan terasa terbakar dengan ayat-ayat suci.
Tania..kau harus kuat. Kau harus berani! Kau harus hadapinya. Buka mata kau..dan baca pelindung diri sekuat hati.
Aku cuba memberi semangat pada diri sendiri. Telinga masih mendengar bisikan halus dan bunyi bising di sekeliling.
Dumm.. Dumm.. Dammm..!!
Perlahan-lahan aku membuka mataku. Tangan sudah tidak menutup wajah.
"Allahuakbar!! " Terus tubuh aku terjelepuk di atas tanah apabila 'dia' mula memunculkan diri sendiri. Gelak ketawa mengilai kedengaran dari cuping telinga. Aku.. Aku tak boleh berkata-kata. Seakan berat mulut ini mahu mengucap kalimah suci. Hati aku menjerit.
Ya Allah!! Tolong aku!!
"Hihihi hihihi.. Tania..marilah sini. Hihihihi." kelihatan seorang perempuan yang berambut panjang berpakaian lusuh sambil memandang aku dengan begitu tajam. Matanya begitu merah menikam ke dalam anak mataku. Dia tidak menjejak ke lantai.
Makhluk halus itu..seperti terhuyung-hayang di udara sambil memandang aku dengan tajam. Dia mendepakan kedua tangannya menghadap aku. Aku mahu tutup mata tapi tak boleh. Seakan 'dia' mengawal diri aku.
Yang paling menyentap tangkal hati aku apabila 'dia' membawa geng. Gengnya begitu menakutkan. Seperti.. Haiwan liar yang berwajah buruk.
Ada yang berbulu hitam tebal di seluruh tubuhnya. Bentuknya seperti gorilla tapi aku yakin tu bukan gorilla. Matanya seperti 'mereka' yang lain begitu merah menyala dan terbeliak memandang aku. Begitu juga lidahnya yang menjulur ke hadapan. Begitu hodoh sekali di pandangan mata. Masing-masing memandang aku dengan begitu tajam bagaikan mata pisau yang tajam. Mulut bawah aku mula menggigil.
Kenapa?! Kenapa?! Kenapa aku tak boleh gerakkan mulut aku?! Macam mana aku mahu lindungi diri aku dari 'mereka' semua?! Hati aku menjerit dan merintih lagi. Aku begitu takut!
Rasa takut aku.. Tidak dapat terungkap dengan kata-kata lagi! Sungguh diri ini begitu takut!
Aku.. Keseorangan di sini. Seluruh tubuh ku bagaikan menggigil dengan teruk. 'Mereka' semua masih menatap aku dengan tajam seperti menunggu dan berfikir mahu buat apa dengan manusia lemah seperti aku ini. Darah di hidung ku mula keluar dengan sendiri. Menandakan aku begitu takut saat ini. Kalau aku begitu takut..hidung aku pasti akan berdarah.
Tiba-tiba.. Ada suatu lidah yang cukup panjang menjilat darah di hidung aku. Membuat aku menggelitik kegelian.
Hati aku menjerit memanggil nama Allah yang suci.
Ya Allah.. Selamatkan hambaMu ini. Kau bagilah mulut hambaMu ini dapat bergerak-gerak untuk mengucap kalimah suciMu Ya Rabb. Untuk melindungi diri hambaMu ini. Tolong..HambaMu ini bermohon sangat padaMu..
Tiba-tiba mulut aku sudah tidak terasa seperti digam. Terasa sudah boleh bergerak. Aku mengucap syukur di dalam hati. Allah.. Makbulkan doa aku.
Aku terus mengambil kesempatan ini..membakar 'mereka' semua dengan ayat suci Allah. Hidung aku kini tidak dijilat-jilat lagi oleh makhluk hodoh itu.
"Laailahaillah.. Allahuakbar!! " Aku terus menerus membaca surah suci Al-Quran yang aku tahu. Aku mula bangun dari duduk dan menghadapi 'mereka' semua. Kini, pandangan aku yang takut kini bertukar tajam memandang mereka semua.
"Arghh... Arghh.. Panas! Hentikan! Hentikan! " Kelihatan 'mereka' semua menggelupur panas. Aku tersenyum sinis.
"Korang fikir aku ni.. Lemah? Tak ada senjata mahu lindungi diri?! Huh, korang semua silap! Nah, menggelupur panas lah korang!" Selepas itu mulut aku terus terkumat-kamit membaca surah Ruqyah.
Namun..
"Arghh!!" Badan aku pula ditolak dengan kasar dan dihentak ke dinding dengan kuat membuat aku mengiris kesakitan. Terasa seperti tulang belakang mahu patah gamaknya.
Tangan aku didepakan. Kaki aku sedikit terkangkang. Seperti diikat oleh sesuatu ke dinding. Tak boleh bergerak!
Namun, aku tidak berhenti dari membaca ayatul suci Al-Quran. Aku mahu.. Cepat balik! Aku..tak nak duduk di sini bersama mereka!
"Arhhh.. " Aku mendesir mulut apabila sesuatu yang tajam menoreh perutku.
Tanpa aku sedar, aku menitiskan air mataku. Ianya begitu sakit.. 'Mereka' semua.. Sengaja berbuat begitu supaya aku rasa sakit dan berhenti melontarkan ayat suci Allah.
"Ahhhh!! " Kini kedua lengan aku menjadi mangsa cakaran kuku dari 'dia'. Hantu berambut panjang tu tersenyum sinis mendengar aku menjerit kesakitan.
Ya Allah.. Kuatkanlah aku!!
Hehehe miya dh lma impikan mahu buat novel hantu sendiri. Akhirnya tercapai juga. Huhu tpi miya masih rsa tk puas. Mcm tk seram sgt kan? Tkpe miya cuba yg terbaik lgi huhu TT.. Untk readers yg rsa seram dan rsa biasa saje boleh komen. Miya mahu mendengar ape pendapat korang tentang novel ni ^~^ nnti miya update bab satu plk~ piss.. ^^
Share this novel