Di saat malam mula menerbitkan 'sayap' di atasnya. Bintang. Tidak lupa juga, beserta satu bulatan kecil yang bercahaya sekali menghiasi malam ketika itu.
Dan di kala malam itu juga, seorang gadis kecil hanya duduk di atas katil membuka tingkap di tepi dinding hanya sangat dekat dengan katilnya mendongak kepala memandang bulan dan bintang-bintang tersebut.
"Cantik..." Hanya perkataan itu yang meniti di bibir comelnya.
Setiap kali Latania memandang ke luar malam ketika itu setiap kali itu juga bibirnya menguntum senyuman indah.
Tangan kecil itu ditongkat ke dagu. Sambil mengelamun kecil.
Teringat ketika ingatannya bersama seorang budak yang agak lagi matang darinya di siang tadi.
Di saat lelaki itu dalam ketakutan...itu bermakna aku dah berjaya tolongnya bukan? Fikir Latania begitu sambil tersenyum lagi.
Namun otaknya terhenti seketika apabila mendengarkan kata-kata itu. Dan, kata-kata itu juga hanya terbayang-bayang di fikiran Latania.
"Allah, itu ialah pencipta kita dan seluruh alam semesta ini. Nama-Nya yang suci...tidak ada siapa yang dapat melihat-Nya namun Allah itu memang wujud. Dan... kehadiran-Nya di mana kita tidak akan pernah tahu itu. Dan kita semua ni...ialah hamba-Nya."
Terus Latania mengambil beg sekolahnya di atas meja seraya tangan mengambil satu buku nota hariannya.
"Allah..." Nama itu selalu muncul di kehidupan hariannya. Dia pernah mendengar kadang-kadang orang sekeliling berkata begitu, dia juga pernah mendengar siaran tv secara tak sengaja berkata begitu. Dia juga pernah mendengar nama itu di segala tempat. Namun, pertanyaannya masih tidak terjawab sampai sekarang siapa 'Allah' itu.
Tapi, dengan kata-kata budak lelaki tadi... mungkin dia sudah tahu serba-sedikit. Aha! Seseorang yang menetap berdekatan rumahnya juga ada mengajar dia serba-sedikit tentang hal ini.
Hairan, kenapa selama ini ibu dan ayahnya langsung tak mengajarnya perkara itu selama ini?
Terus diambilnya pensil dan mencatatkan sesuatu di atas kertas.
Seusai menulis sesuatu, mata bundar Latania kembali memandang ke hadapan. Bibir kembali tersenyum ceria.
"Aku tahu! Mungkin, inilah jawapan yang aku cari! Jawapan untuk soalan Nek Ma pada aku."
Sedang ralit Latania dengan dunianya sendiri tiba-tiba kedengaran suara adiknya memanggil dari luar pintu.
"Kak! Ibu panggil suruh makan malam!" Kedengaran suara comel itu menjerit.
"Haa! Nanti kak turun! Kacau jelah adik ni!"
Latania kemudiannya kemas apa yang patut untuk keluar ke bilik makan malam bersama keluarga. Sebelum itu, Latania menghampiri ke arah tingkap.
Latania sudah menjadi kebiasaannya berasa lain macam. Terutama ketika dia mahu menutup tingkap. Seakan-akan ada sesuatu yang memerhati gerak-gerinya.
Mata Latania sudah bertukar tajam.
********
Keesokkan harinya...
"Nenek! Oh nenek!" Seorang kanak perempuan melaung sekuat hati di hadapan pintu rumah kayu.
Kelihatan rumah kayu itu hanya sepi saja.
"Latania masuk ye nek!" Terus kaki itu dilangkahkan masuk ke rumah selepas melucutkan kasut.
Dia tahu nenek itu berada di dalam. Biarpun rumah ini kelihatan sunyi tetapi nenek tua itu hanya ada saja di dalam.
Suaranya yang sudah tua dan perlahan tidak mungkin mahu menjerit menyahut panggilan itu. Latania sudah terbiasa. Ini kerana nenek iaitu merupakan jiran rumah hampirnya yang dia terasa dekat sekali. Seperti, dia betul-betul mempunyai nenek dan nenek jugalah yang banyak memahami dirinya.
Latania memandang sekeliling. Kelihatan nenek yang sudah melangkau umur 70-an itu sedang hanya duduk meregangkan lututnya di atas lantai ruang tamu sendirian.
"Nenek!" Panggil Latania teruja seraya terus memeluk nenek itu.
Kelihatan wajah berkerut itu hanya memguntum senyuman lembut di bibir nipisnya.
"Cu, dah makan?"
"Dah, nek. Nenek pun dah makan?"
Nenek itu hanya mengangguk.
"Uhuk-uhuk!"
Latania sudah bertukar risau apabila neneknya yang dia kenal yang masih panjang umur dan sihat tiba-tiba batuk.
"Eh, nenek. Kenapa? Nenek tak sihat ke?" Bahu itu disentuh oleh Latania.
"Cuu, nenek kan dah tua. Hanya sudah jadi kebiasaan. Takpe, nenek masih kuat lagi dan boleh bertahan."
"Hmm..."
"Cu, datang ni...dah minta izin mak ke belum?"
"Hehe belum."
"Oh ya nek!" Latania tiba-tiba tergesa-gesa mahu mengeluarkan sesuatu dari begnya. Ia adalah buku nota hariannya yang ditulis semalam.
"Buku apa ni, cu?"
"Buku Tania nek. Dulu, nenek pernah bagitau kat Tania sesungguhnya makhluk seperti kita ini di atas muka bumi ini bukan terus tiba-tiba muncul tetapi ada sebabnya kita dilahirkan. Tania ada tanya nek. Sebab apa? Nenek ingat tak nenek pernah bagitau Tania yang kita juga ada pencipta yang mencipta kita."
Latania hanya memandang nenek itu dengan reaksi teruja.
"Oh, nek ada bagitau macam tu?"
"Iyee, nenek selalu lupa. Neneklah yang ajar Tania serba-sikit tentang hal ini. Kalau tidak...Tania mesti langsung tak tahu apa-apa."
"Oh, hehe nenek dah hampir nyanyuk. Jadi, cu dah faham apa yang nenek ceritakan selama ni?"
"Dah! Ianya ialah...Allah. Nek, inilah yang nenek cuba ceritakan. Tentang kekuasaan disebalik-Nya."
"Alhamdulillah, cu dah faham. Nek tahu walaupun tidak kira sejauh mana kebenaran yang mak dan abah kamu cuba untuk tidak mendidik kamu dengan hal agama tapi....itu takkan menghalang Tania untuk memahami agama sendiri bukan?" Rambut lepas Latania nenek itu usap dengan penuh kasih.
"Iya nek! Tapi...kenapa mak dan abah tak ajar tentang hal tu? Apa kerana Tania masih kecil? Tapi, Tania dah boleh faham dan cepat belajar." Latania asyik terfikir-fikir tentang hal itu. Kenapa? Kenapa mak dan abahnya langsung tak mengajar atau memberi walau sedikit pun dalam agama untuk dia belajar. Kalaulah dia tak jumpa dengan nenek mesti dia sampai ke besar akan sudah terlambat atau lebih susah untuk belajar ilmu agama ini.
Namun, nenek itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya begitu. Tahu benar bagaimana mak dan abah Latania sebenar.
"Cu, nak nenek ceritakan banyak perkara lagi?"
Tania sudah tersenyum lebar.
"Nak-nak! Nenek ajarlah Tania solat dan mengaji dan puasa semua yang nenek gitau tu. Tania betul-betul tak sabar dah ni nek!" Cepat saja Latania terlupa akan soalan tadi. Seperti soalan tadi hanya terus dibawa angin dari fikirannya apabila dipancing nenek itu kembali.
Nenek itu tumpang gembira dan terharu.
'Ya Allah, alangkah indahnya apabila seseorang yang masih berumur kanak-kanak cuba untuk memahami Islam. Biarpun, tidak kira sejauh mana mak dan ayahnya sembunyikan perkara sebenar tetapi hidayah-Mu begitu besar dan ada di mana-mana sahaja. Sungguh, beruntungnya Tania kerana dalam hatinya sudah terdetik mahu belajar ilmu agama dariku.'
'Ya Allah, jika aku mahu meminta permohonan dari-Mu untuk dikabulkan aku mohon agar Engkau masih memanjangkan umurku untuk sempat mengajarkan budak ini tentang ilmu agama sepenuhnya. Kalau boleh, sehingga dia sudah pandai.' hati nenek tua itu merintih.
Kedua-dua bebola mata itu menatap wajah Latania.
'Kesianmu nak. Orang lain yang bukan Islam selalunya yang dewasa mahupun orang tua cuba untuk memahami Islam apabila sudah mualaf begitu sukar sekali kerana ujian-ujian menghalang tetapi kamu pula rasa sukar kerana orang tuamu sendiri yang menjadi penghalang.'
Seorang ibu bapa sepatutnya lebih mendekatkan anak mereka ke arah kebaikan dan jalan yang lurus dan sepatutnya bersyukur mempunyai anak seperti Latania yang mudah dididik. Bukannya, malah lagi menyekat dan memesongkan jalan itu.
"Tania! Tania! Mak panggil ni. Tania!"
"Mak..." Puan Rosnah memandang ke bawah.
"Tisha, nampak kakak kamu tak?"
Latisha hanya menggeleng.
"Tak, tapi kakak ada cakap dia nak pergi ke rumah seorang nenek ni. Kat rumah jiran kita."
Puan Rosnah terkejut mendengar kata-kata Latisha.
"Seorang nenek..." Puan Rosnah sudah rasa lain macam. Dia paling tak suka nenek itu di kampung ini. Dia paling tak suka kalau orang-orang kampung kacau dan pengaruhi anaknya.
'Kalau dia cuba-cuba nak pengaruhi Latania memang buruklah yang akan menimpa nasib orang tua itu nanti.'
Maka, Puan Rosnah dengan tergesa-gesa keluar dari rumah dan menyarungkan kasut selipar.
"Mak! Nak pergi mana tu?!" Suara kecil Latisha menjerit di muka pintu.
Namun, Puan Rosnah langsung tidak berkata apa atau ingin menjawab soalan itu.
Dia dengan hati yang 'panas' berjalan tergesa-gesa dari rumahnya.
"Si*l, nenek tak nenek kau memang sengaja cari pasal dengan keturunan aku! Berani ye kau..." Bibir itu mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat.
Hanya beberapa langkah saja matanya sudah melihat rumah nenek itu. Sebenarnya, rumah nenek itu tidak saling menyebelah dengan rumahnya tetapi agak jauh tetapi apabila berada di luar rumah dapat dilihat rumah nenek tersebut dengan mata kasar. Hanya rumah nenek itu yang dikatakan jiran rumahnya dan kawasan sini jauh dari penduduk-penduduk yang lain dengan hanya beberapa kilometer dari sini.
Puan Rosnah sudah memandang tajam ke rumah tersebut. Lalu, tanpa berlengah lagi kaki dihayunkan menuju ke rumah nenek itu.
Sementara Latania bersama nenek itu sudah mengerutkan dahi cuba untuk belajar Iqra' yang diajar oleh nenek itu. Cepat saja nenek mahu mengajarnya. Nasib nenek itu masih menyimpan Iqra' yang pernah dibaca oleh cucunya yang masih kecil.
"Alif...Ba...Ta..."
"A-Alif...B...aa Ta." Sedikit tergagap-gagap Latania buat pertama kalinya cuba mengikuti bacaan nenek itu.
'Nampak bacaan macam senang untuk diikut. Wah, kalau begitu... Cepatlah aku belajar nanti ayat Al-Quran.' desis dalam hati Latania dengan naifnya.
"Sa...Jim..."
"Sa...J-" belum sempat Latania baru mahu membaca bacaan rangkap kedua dari Iqra' itu kedengaran suara seseorang menjerit.
"Tania!"
Latania laju saja menoleh memandang ke arah ibunya. Terus terletak lidi buat petunjuk membaca Iqra' tadi di atas lantai.
Latania laju saja terus berdiri kerana takut akan tentangan mata itu yang seperti marah dengannya.
"M-Mak?"
"Tania! Apa yang kamu buat di sini, hahh?!" Tania sudah terkejut dalam ketakutan. Suara ibunya sudah menaik seoktaf ke arahnya.
Latania tahu. Kalau Puan Rosnah sudah memanggil Latania dengan gelaran 'kamu' itu bermakna ibunya sudah benar-benar marah besar.
Puan Rosnah memandang tajam ke wajah nenek tua itu. Namun, riak wajah nenek itu hanya tenang saja. Tidak langsung mahu bertengkar.
Tangan kecil Latania dipautnya kasar.
"Balik!"
Latania sudah menggeleng kecil cuba memberontak.
"T-Tak nakk!"
"Tania! Jangan melawan! Mak kata balik kan!" Bahu itu sudah dicubitnya kuat. Latania sudah menangis teresak-esak.
"Hiks, t-tak nak! Sakitlah! Kenapa dengan mak ni? Hiks..."
"Eyyy, degil eh!" Kini pipi itu ditamparnya sedas tanpa sedar bahwa Latania masih kecil dan tidak patut dipukul seperti itu.
Latania sudah terdiam. Ini kali pertama dia ditampar kuat oleh ibunya sendiri. Mata Latania sudah bergenang. Mahu saja dia menangis kuat di sini dan meronta-ronta. Tapi, dia tidak buat seperti itu. Yeah, dia takut. Dia takut akan ibunya.
"Berhenti. Kau dah buat dia rasa sakit. Itu bukanlah cara didikan yang betul bagi seorang ibu." Suara itu berbicara.
Nenek itu sudah jatuh simpati. Sudah tidak sanggup dia membiarkan lagi.
"Oh, berani betul eh? Tua-tua lagi dah banyak cakap! Cuba nak nasihatkan orang konon. Eh, ni anak aku lah! Suka hati aku nak buat apalah kat dia! Yang nenek ni pun kalau dah tua buat cara tua eh? Nak berdiri dah kena guna tongkat tak mampu masih ada hati nak ajar anak orang! Ehh, jangan sampai suatu hari nanti aku sumpah termasuk seluruh keturunan kau nanti tak akan aman dan bahagia! Kau faham tak orang tua?!"
Latania sudah memandang ibunya dengan tidak percaya. Apa maksud ibunya? Sumpah? Kenapa ibunya main sumpah-sumpah? Dia kembali memandang nenek itu dan ibunya silih berganti.
"Astaghfirullah..." Nenek itu sudah berucap beberapa kali. Dada diusapnya cuba untuk bertenang.
"Kamu tak boleh sumpah keturunan sesuka hati kamu Rosnah! Sesungguhnya, hanya Allah saja yang berkuasa dalam segalanya. Kamu siapa mahu sumpah keturunan aku? Malah, jangan sampai suatu hari nanti apabila kamu mati mayat kamu sudah tidak dapat masuk ke dalam liang lahad Rosnah! Uhuk-uhuk..."
Mendengar nenek itu sudah meninggikan suara membuat keadaan menjadi semakin tegang.
Pipi gebu sudah menitis air mata. Latania sudah berasa lain macam. Baik dia hentikan pergaduhan ini secepat mungkin.
"Mak...dahlah tu mak. Hiks, ye Tania ikut mak. Tania ikut mak..." Latania sudah menggoyang tangan ibunya beberapa kali. Dia sudah berasa takut dengan keadaan yang tegang ini.
Namun Puan Rosnah langsung tidak menggerakkan tubuhnya. Hanya pandangan tajam itu yang menikam ke wajah nenek tua itu. Dadanya sudah turun-naik.
Latania sudah naik seram dengan mata ibunya. Sungguh, ini kali pertama dia melihat betapa marahnya ibu dia dengan pandangan tajam itu. Latania semakin mengeluarkan tangisan kecilnya kerana takut.
"Nenek! Huh, kau fikir kau tu dah sepenuhnya selamat selepas berkata begitu, huh?! Nasib manusia tidak semuanya baik. Aku tidak perlu untuk menyumpah kau dan juga keturunan kau! Tapi, kau ingat sini orang tua! Kau sudah berani cuba untuk mengajar dan mempengaruhi anak aku! Jangan berharap diri kau akan selamat lepas ni! Waktu tu...baru kau akan tahu dan rasa sesakit-sakitnya sehingga kau terseksa sampai mati! Dan kau akan tahu apa kesannya kerana telah mencari pasal dengan keturunan aku!"
Selepas Puan Rosnah berkata begitu terus ditariknya Latania pergi dari rumah nenek tersebut.
Latania sudah memandang ke arah nenek itu. Dia menitiskan air matanya ke pipi. Sakitnya dalam dada Latania rasakan kerana dia tahu selepas ini dia tidak akan berjumpa dengan nenek itu lagi.
"Rosnah..."
Langkah itu dihentikan buat seketika. Telinga mahu mendengar apa yang nenek itu cuba katakan lagi.
" 'Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka tahu bahwa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, āApa maksud Allah dengan perumpamaan ini?ā Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang dibiarkan-Nya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberi-Nya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik.' Surah al-Baqarah, ayat 26."
Nenek itu sudah terasa dadanya berombak. Walaupun, dia masih tua. Tapi, dia selalu membaca dan disebabkan dia sudah tua dan ingatannya yang makin lemah tidak akan menghalang dia untuk mengingat sebahagian kalam Allah.
"Rosnah, kau bukan orang kafir. Kau orang Islam. Kau sepatutnya lebih memahami Islam dan mencegah anak kau dari kemungkaran. Kau sepatutnya tidak memburukkan nama Islam seperti ini. Aku tak boleh mendiamkan diri sedangkan kemungkaran berlaku di hadapan mata aku. Kau sebenarnya baik Rosnah. Kau cuma...cuma terpesong dari jalan yang benar. Kamu salah jalan. Kamu perlu betulkan jalan itu nak sebelum terlambat. Nenek akan sentiasa mendoakan kamu."
Senyuman itu dicariknya sinis.
"Terpesong? Oh, heheh. Wow, takutnya! Bagi aku jalan yang kau cakap terpesong itulah jalan benar untuk aku. Aku tak perlukan doa dan permohonan untuk aku pada Tuhan kau tu! Just, diamlah! Sia-sia aje kau cuba pujuk aku. Kau fikir hati aku kisah semua tu?!"
Puan Rosnah memalingkan sedikit wajahnya ke belakang lalu mengerling sekilas nenek itu sebelum terus melangkahkan kaki keluar dari rumah itu. Tidak sudi mahu melayan nenek itu lagi.
Tanpa Puan Rosnah sedar, ada seorang lagi yang ditugaskan untuk menjaga nenek itu di dalam rumah kayu di sebalik dinding sudah mendengar segala pertengkaran itu.
"Ma! Mak, Tania sakitlah makk!"
Sesudah masuk ke rumah mereka terus Puan Rosnah melepaskan lengan anaknya itu.
Tania sudah menangis sehingga merah bebola matanya. Dikesat pipi itu dengan tangan kecilnya.
"Masuk! Masuk dalam bilik sekarang! Mulai hari ini Tania tak boleh keluar dari bilik sampai selama seminggu!"
Latania tercengang seketika. S-Seminggu? Sudahlah, dia yang masih baru umur yang mahu melangkau 9 tahun sudah mula dikurung di dalam bilik dihukum oleh ibunya?
"Apa tunggu lagi! Cepat! Sebelum darah mak ni lagi mendidih tengok kamu masih kat sini!" Dengan laungan suara ibunya itu Latania terus cepat masuk ke dalam biliknya.
Latisha yang juga terkejut ibunya tiba-tiba marah kakak kembarnya terus ekori Latania dari belakang.
Puan Rosnah sudah menarik nafas panjangnya sebelum menghembusnya perlahan. Disentuh dada kirinya cuba bersabar dengan kejadian sebentar tadi.
"Ros, kenapa ni?" Encik Hasrul yang mendengar isterinya berteriak seperti monyet yang mahu beranak terus menghampiri.
"Oh abang, ermm tak ada apalah. Sebenarnya, macam ni. Tania, anak kita..."
Akhirnya Puan Rosnah menceritakan segala-galanya tentang apa yang terjadi kepada suaminya.
Mendengar hal itu, Encik Hasrul memegang bahu isterinya.
"Takpe, awak jangan risau. Pasal tu...biar saya uruskan."
"A-Abang nak buat apa kat nenek tu? Tak apalah, biar saya jaga Tania daripada dekat dengan nenek itu."
"Takpe, awak janganlah risau."
Puan Rosnah sudah terdiam seketika apabila suaminya berkata begitu.
"Oh ya, abang nak bagitau Ros ni. Nanti, akan ada ahli nujum datang ke rumah kita."
"Hah? Kenapa dia nak datang sini pula?"
"Abang yang suruh dia datang sini. Nanti, dia bolehlah tilik apa yang patut."
"Tapi, sebab ape abang?" Puan Rosnah sudah mengerut dahinya. Kenapa tiba-tiba saja?
"Sebab yelah, demi untuk tahu masa depan keluarga kita. Takkan tak tahu apa tugas nujum. Ala, nanti awak tahulah semuanya bila dia datang nanti. Abang pun tak sabar dah ni."
Sekali lagi Puan Rosnah terdiam.
"Abang, yang pasal saka ayah tu abang dah terima?"
"Yaa, lagipun. Abang nak juga umur abang panjang macam ayah dan masih kuat sampai sekarang. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Tapi, abang rasa...hari ini ayah tiba-tiba sakitlah. Entah, mungkin sebab sakit tua."
Sedang leka mereka berdua bersembang ketukan di pintu sudah kedengaran.
Tukk...tukk!
"Ha, itu dia dah datang." Puan Rosnah tersentak. Cepatnya.
Pintu utama dibuka dari dalam. Kelihatan terpancul seorang wajah yang mungkin boleh dikata tua sedang tersenyum memandang pasangan itu.
___________________________________
Sedutan untuk bab-bab yang lain:
"Mak! Tolong Tania! Ayahhh! Hiks...Hiks...tolong Tania! Kenapa Tania rasa orang ni mahu culik Tania! Eee...Tania tak nak pergilah dengan pakcik jahat ni! Mak! Ayah! Kenapa diam saja, hiks. Tania tak nak ikut pakcik nilah!"
"Bawa dia pergi cepat. Kalau boleh jauh dari kampung ini. Mulai hari ini. Jangan sampai dia menjejakkan kaki ke rumah ini lagi! Aku sudah tak perlukan lagi anak sepertinya.
"Cik! Cik! Tunggu!"
"Apa Encik ini mahu ekori saya? Encik tak tahukah batas bagi seorang lelaki dan perempuan yang bukan halal darinya?"
"Your name... What is your name? I just really want to know." Sepasang mata itu dengan fokusnya hanya memandang teruja ke arah gadis itu.
"Tania! Hati-hati... Ada sesuatu yang memerhati. Hati-hati dengan orang disebalik 'selimut'!"
"Huhh! Erghh..." Terus tubuh itu terbangun dari tidur.
"Kenapa? Kenapa? Kenapa semua orang asyik berkata 'hati-hati' pada saya?"
"Saya tak tahu tapi awak...kena berhati-hati. Saya rasa ada orang yang berdengki dengan awak Tania."
Darah tiba-tiba membuak-buak keluar dari mulutnya. Kelihatan jarum yang banyak dan paku yang keluar. Darah yang dimuntahkannya pula berwarna hitam sangat hanyir seperti darah haid.
Terkejut.
"Tania!"
"Saya rasa kes awak kali ini lain dari apa yang saya cuba berubatkan."
"K-Kenapa ustaz?"
"Ada dua orang eh tak, mungkin lebih dari itu yang tak suka awak dan santau awak sekaligus."
"Satu, saya rasa orang luar yang mungkin awak tak sedar dan lagi satu..."
"Lagi satu?"
"Saya syak seseorang yang mungkin paling dipercayai dan paling dekat. Hati-hati dengan manusia sepertinya. Dialah yang paling berbahaya. Sebelum terlambat..."
"T-Tapi, siapa? Mak dan ayah kandung saya dah lama meninggal, ustaz."
"Akakk! Selamatkan adik! Hiks...Hiks adik takutttt! Akakkkk!"
"Jangan ganggu aku! Kenapa makhluk seperti kau kacau aku, hah?! Kau dengan aku...sangat berbeza. Berhenti kacau akuuuu!"
"Hihihihi..."
"Satu..."
"Dua..."
"Tiga..."
"Carilah aku, Tania. Hihih..."
"Arghhhhhhhhh!"
Share this novel