"Hihihihi..."
Habis berpeluh-peluh dahi Latania dan budak kecil lelaki itu. Mata Latania hanya kaku terpandang sepasang kaki pucat biru yang tidak berkasut itu yang sedang menggerakkan kakinya perlahan berkali-kali. Kakinya yang berjuntai sambil gelak tawa halusnya yang masih kedengaran jelas di cuping telinga Latania.
Budak lelaki itu yang tidak tahu apa-apa bila disebut tentang hantu terus meremang bulu tengkuk dibuatnya. Tangan Latania masih erat menekup mulutnya.
Perlahan-lahan budak kecil lelaki itu cuba menoleh kepalanya memandang seraut wajah comel Latania yang begitu dekat dengannya itu.
Tak semena-mena kaki budak itu tiba-tiba terpijak ranting di situ membuat tiba-tiba suasana menjadi sepi dan sunyi. Gelak tawa makhluk halus itu kian terhenti. Kakinya yang berjuntaian bergoyang berkali-kali serta merta juga terhenti! Terus... lebih terkaku tubuh Latania dibuatnya kerana nasib dia seorang yang hanya boleh melihatnya.
Latania sudah menelan air liur kasar. Tak...mana hantu tu pergi?
Terteleng-teleng kepala Latania ke kiri dan ke kanan namun penampakan kaki pucat itu tiba-tiba hilang melesap tanpa diri dia sendiri sedar. Gara-gara matanya cuma sekilas memandang reaksi budak lelaki itu yang terkebil-kebil juga memandangnya dengan hanya sekelip mata kaki misteri itu sudah hilang.
Tiba-tiba...Terasa hujung bajunya ditarik oleh sesuatu.
Latania memandang ke arah budak itu. Difikirnya lelaki itu yang menarik hujung bajunya tadi. Namun, budak itu hanya memandang blur ke arah Latania.
"K-kenapa...Hantu tu dah pergi??" Bisik budak itu perlahan. Yeah, budak itu memang dari kecil diajar oleh ibu dan ayahnya mempercayai makhluk halus itu semua. Kata ayahnya, kita sebagai makhluk bukan hanya ada satu jenis manusia dan haiwan yang berlainan jantina tetapi ada sesuatu yang lain juga menetap di muka bumi Allah ini. Makhluk halus. Yeah, atau lebih dikenali hantu oleh gelaran popular orang ramai sejak kala lagi. Jadi, tidak mustahillah kalau budak itu juga tahu takut dengan hantu sebab dia tahu 'mereka' semua memang wujud.
Latania sudah mencanak naik bulu romanya. K-Kalau bukan budak tu yang tarik bajunya...siapa lagi?
Bertambah takut Latania dibuatnya. Nak saja dia menangis dan terkencing seluar di situ tapi cuba untuk dia tahan semungkin boleh. Hujung bajunya masih ditarik oleh sesuatu yang dia tak pasti. Sungguh, bukankah hanya dia dan budak tu yang berada di sini?!
Perlahan-lahan, dengan berani Latania gagahkan diri juga untuk berpaling ke belakang memandang gerangan siapa yang suka menarik bajunya. Kalau budak itu yang tarik...sudah lama dia nampak.
Sungguh, tidak sangka budak sekecil Latania berani mahu berpaling ke belakang. Pak pepatah satu filem Melayu. Jangan pandang belakang! Kalau budak lain...pasti sudah lari lintang-pukang sambil menangis teresak-esak. Tapi tidak bagi Latania. Budak kecil sepertinya..masih mentah dan belum faham semua ini.
Hampir terlompat kecil Latania dibuatnya gara-gara terkejut apabila sedar-sedar saja ada satu lembaga raut wajah yang begitu buruk sekali sambil menatap tajam ke arahnya. Kulit wajahnya yang sudah menggelupas teruk itu satu per satu ulat-ulat jatuh dari mukanya beserta lumuran darah.
Makhluk itu menayangkan wajahnya betul-betul tepat di belakang Latania. Dan sebaik saja Latania memalingkan wajahnya ke belakang spontan wajah makhluk itu betul-betul dekat dengannya. Ulat-ulat yang keluar menerusi kulit wajah hantu itu sedikit meniarap jatuh ke pipinya.
Serta-merta Latania menjerit kecil tanda kegelian. Terus laju ditepisnya ulat yang terjatuh ke mukanya itu. Bauan busuk dari wajah makhluk itu membuat Latania hampir tidak tertahan dan mahu memuntah segala isi perut di situ juga tetapi cuba untuk ditahan.
Disebabkan wajah makhluk itu yang terlalu hodoh serta-merta jantung Latania mengepam laju. Dapat dia rasakan jantungnya yang sedang berdegup kencang saat ini.
Apalagi Latania berada di situ, terus ditarik tangan budak kecil lelaki itu laju keluar dari bawah beranda rumah usang itu.
Bak pepatah nasihat ibunya...kalau nampak hantu lagi pastikan terus lari jauh dari makhluk itu. Lagipun, sudah tidak tertahan lagi Latania rasa apabila terbau sesuatu yang amat busuk sekali dari makhluk hodoh itu. Itulah kali pertama dalam hidupnya terbau seperti bangkai yang teramat busuk itu.
"Huhh...huhh...berhenti!" Terus kaki Latania berhenti apabila tangannya yang masih memegang erat tangan lelaki itu ditariknya supaya berhenti. Terdengar suara penat termengah-mengah budak lelaki yang baru ditolongnya itu.
"D-Dah... jauh...huhh huh...awak na...k ...lari huh...kat m-mana lagi...huhhh...huh..." kata budak itu sambil nafas yang masih tercungap-cungap sambil membengkokkan sedikit badan memegang lutut.
Latania hanya memandang kosong ke arah budak lelaki itu dengan mata bundarnya.
"Hye, kenapa diam saja ni? Hehe, awak memang pendiam ke? A-Apa memang betul...tu hantu tadi? Ayah saya pernah cakap...yang hantu, jin kita takkan boleh nampak sekiranya mereka tidak munculkan diri. Tapi, hanya seorang sahaja yang boleh nampak. Orang yang dibuka hijab matanya." budak lelaki itu memandang tepat ke arah Latania.
"Y-Ya... memang...ada hantu tadi." Latania bergumam perlahan. Tangan kecil moleknya hanya mencubit sesama sendiri.
"Akhirnya awak bersuara juga. Comel rupanya suara awak ni. Apa-apapun terima kasih. Memandangkan awak dah tolong saya...nama saya Ryan. Selamat berkenalan." Ryan menghadiahkan senyuman paling manis buat Latania kerana menolongnya tadi. Dia masih kecil dan tak pandai mahu mengurus benda mistik tu. Silap hari bulan...kalau dia yang nampak mesti dia dah pengsan terus ni.
"S-Saya...." Belum sempat Latania mahu menghabiskan ayatnya seorang emak sudah berleter pada budak itu.
"Ryan! Kat mana kamu meliar haa? Ibu cari merata tempat tahu tak? Sampai kat sini ye kamu main. Kamu tahu kan tempat ni keras. Masih lagi mahu berdegil."
"Ryan minta maaf...Tadi bola Ryan terjatuh menggolek kat sana tadi." Ryan menunjukkan bola yang berada dalam tangannya. Sempat ketika itu dia mengambil bola miliknya tadi.
"Tapi ibu, Ryan bernasib baik sebab ada dia. Dialah yang tolong Ryan tadi. Kalau tidak, macam-macam boleh jadi."
"Astaghfirullah, janganlah berlaku apa-apa kat anak ibu ni. Ryan sajalah satu-satunya anak ibu. Kalau Ryan bertembung dengan 'dia' lagi ingat kita..."
"Harus bertawakal kepada Allah supaya Allah melindungi kita." Terus Ryan menyambung kata itu. Selepas itu, mereka tersenyum mesra sesama sendiri.
Latania yang menjadi orang tengah antara mereka menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Satu soalan yang begitu buat dia tertanya-tanya sampai sekarang. Akhirnya tersembul juga keluar dari mulutnya.
"A-Apa maksud Allah?" Terus terpacul soalan itu beserta anak mata yang penuh dengan tanda tanya. Dengan wajah polos dia pandang ke arah mereka berdua silih berganti.
'Allah...nama orang ke?' fikir Latania dengan begitu naif.
Ibu Ryan mengerling sekilas ke wajah Latania. Sedikit terkejut dengan soalan Latania kerana tidak mengetahui itu semua. Bukankah...kita sebagai umat Islam memang sudah tahu jawapannya? Takpun... dia tidak diajar tentang agama suci Islam dari kecil lagi.
"Allah, itu ialah pencipta kita dan seluruh alam semesta ini. Namanya yang suci...tidak ada siapa yang dapat melihatnya namun Allah itu memang wujud. Dan... kehadirannya di mana kita tidak akan pernah tahu itu. Dan kita semua ni ...ialah hambaNya. Maaf, sebab saya pun masih belajar.." ucap Ryan dengan nada yang lembut. Dia tersenyum simpul.
Sebenarnya, dia pun tidak sangka...Latania tidak tahu semua itu.
"Wahh, pandai anak ibu. Apa-apapun nak, terima...ka-" belum sempat ibu Ryan mahu menghabiskan ayatnya dan memandang terus ke wajah Latania terus pucat semacam wajah itu.
Dia mengenal sangat Latania itu siapa. Siapa yang tak kenal anak kepada Puan Rosnah dengan Encik Hasrul di kampung ini. Sungguh, keturunan keluarga mereka sangat dia tidak suka!
Terus seperti cacing kepanasan ditarik anaknya jauh dari Latania. Tanpa berkata apa, dia terus pergi sambil memegang tangan kecil anaknya itu.
"Ehh ibu, nanti kalau Ryan nak main dengan dia boleh tak? Sebab Ryan tak ada kawan kat kampung ni."
"Takda! Ibu tak benarkan Ryan berkawan dengan budak tu! Dan juga jangan cuba-cuba mahu dekati budak tu lagi! Kalau dia terserempak dengan Ryan pastikan buat tak tahu saja!"
Ryan terkedu dan terpegun. Air liur ditelan kasar. Entah kenapa ibunya tiba-tiba menjadi emosional apabila melihat muka Latania.
"T-Tapi... kenapa ibu?"
"Tak ada tapi-tapi Ryan! Dengar cakap ibu!"
Hampir menangis Ryan dibuatnya. Akhirnya buat kali terakhir dengan sepi dia menoleh ke belakang memandang Latania. Kelihatan dia sudah hampir jauh dengan gadis kecil itu.
'Saya harap...satu hari nanti. Kita dapat berjumpa lagi... Si gadis tanpa nama.'
Latania pula seakan-akan terkaku di situ. Telinganya masih terngiang-ngiang makcik itu tadi memarahi anaknya disebabkan dirinya. Walaupun dia masih kecil dia boleh tahu dari cara pandangan mereka semua. Pandangan yang menjengkelkan dan perasaan tidak suka akan dirinya.
Kenapa semua orang kat kampung ni langsung tak suka dia? Memanglah tak semua. Tapi, kebanyakkan orang seakan-akan menganggap dia seperti orang asing di kampung ini.
Latania mengusap perlahan pipi gebunya apabila terasa butiran jernih mengalir perlahan ke pipi.
Tiba-tiba terasa bahunya dipaut lembut oleh seseorang.
"Kak..." Latania menoleh memandang adik kembarnya. Tanpa berkata apa, terus tubuh kecil adiknya ditarik masuk ke dalam pelukannya.
"Ehh akak nangis ke ni?" Latisha yang tidak tahu apa-apa mengurut perlahan tengah belakang kakaknya. Dapat dia dengar sekali sekala esak tangis sendu dari kakaknya.
"A-Adik...hikss, Hiks...kenapa kakak rasa...semua orang tak sukakan kita? A-Apa salah kita dik...Hiks Hiks..."
"Kenapa? Ada orang buat kakak ye? Siapa tu? Biar adik wachau-wachau dia!" Kata Latisha dengan level confident yang tinggi.
Latania tersenyum kecil. Telatah lucu adiknya membuat dia tersenyum.
Namun, tetap pipi itu dibasahi dengan tangisan Latania.
Berada di sekeliling masyarakat yang tidak menyukai kita... memanglah perkara yang susah dan sangat meruntun hati ini. Namun, bagaimana pula bagi Latania dan Latisha seorang kanak-kanak yang baru berusia 8 tahun. Pasti itu akan mendatangkan mudarat bagi mereka yang masih belum matang lagi.
*********
"Hai sayang, awat termenung jauh ni? Hmm? Selalunya Tania suke je tengok cerita kartun dengan adik waktu ni. Kali ni, apa pula yang tak kena, hmm?" Soal Puan Rosnah dengan prihatin. Dilabuhkan punggung di sisi anaknya itu.
Latania yang sedang mengemam mulut sambil menongkat dagu mulutnya hanya berhmm.
"Laa, kenapa ni? Bagitau kat mak. Latania ada masalah kat sekolah?" Latania menggeleng.
"Berkelai dengan Latisha?" Latania tetap menggeleng.
"Habis tu, Tania ada masalah dengan siapa? Tania...Tania! Mak cakap dengan kamu ni."
Latania mengeluh kecil perlahan. Renungan mata ibunya ditentang.
"Tania...nak tanya sesuatu boleh? Kampung kita...kenapa mereka semua tak suka keluarga kita? Kenapa takde sape yang mahu kawan dengan Tania dan Tisha? Kenapa mak? Kenapa?"
Puan Rosnah sedikit tersentap dengan kata-kata anaknya. Jadi, selama ini...anak-anaknya selalu merungut dan bersedih tentang hal itu?
"Tania, biasalah orang kampung kita kan m-mereka semua... mereka semua...memang-"
"Memang apa?! Memang apa mak?!" Bentak Latania. Terus kata-kata Puan Rosnah dipotong laju oleh Latania.
Puan Rosnah tergamam seketika mendengar Latania tiba-tiba membentak. Lagilah membuat dia terpana apabila melihat pipi anaknya yang sudah lebat dengan air mata.
"Tania..."
"Hiks, Hiks, kenapa Tania rasa...mak ada sembunyikan sesuatu dari kami? Dan...kenapa Tania rasa...keluarga kita bukan saja tidak disukai oleh penduduk kampung ni tapi mereka marah pada kita! D-Dan...Hiks Hiks apa yang mak dengan abah selalu bersembang dengan tok pada lewat malam? Kenapa Tania rasa...diri ini selalu diperhatikan? Tania rasa tak aman mak...Hiks Hiks...rumah Tania sendiri dari dulu rasa tidak aman dan selamat!"
"Tiada siapa yang tau apa yang Tania rasa! Hampir setiap malam Tania selalu terjaga dengan bunyi-bunyi seakan seseorang seperti sedang menyeram...Hiks hiks...bunyi riuh di dapur. Macam-macam...Tania...Tania takutlah. Arghh!" Latania menyerabutkan rambutnya dengan kasar. Menangis teresak-esak dia di situ.
"Tania...Tania masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Nanti bila besar Tania akan faham semua ini." tidak terkata sudah Puan Rosnah dibuatnya. Belum sempat dia cuba untuk mengenggam tangan kecil Latania. Anaknya sudah laju berlari anak masuk ke biliknya.
Sebelum masuk ke bilik, dapat Latania lihat ada sesuatu di dapur di sebalik tingkap.
"Jangan ganggu aku! Jangan ganggu keluarga aku!" Selepas berkata begitu, terus dihempapnya pintu dengan kasar dan kuat sehingga dapat didengar oleh Latisha di ruang tamu sambil seronok menonton Upin dan Ipin di kaca tv itu.
Puan Rosnah menekup mulutnya. Menangis air mata si ibu di muka pintu di situ juga.
Tidak dia sangka, itulah anaknya yang selalu rasa selama ini. Dia sebagai ibu...apa yang patut dia lakukan?
"Hiks, Hiks, maafkan mak nak...tolong, maafkan mak..." puan Rosnah menangis sehingga terhinjut bahunya mengerling sepi ke arah pintu bilik anaknya.
Latisha yang baru perasan ibunya menangis terus mendekati perlahan ke arah ibunya itu.
"Mak...nangis ke?"
"Tisha..." Sebaik sahaja Latisha mendekat Puan Rosnah memeluk anaknya yang lagi satu itu dengan erat dan penuh kasih sayang.
"Tisha... bahagia duduk sini?" Puan Rosnah cuba menahan diri dari menangis lagi. Yeah, dia harus lontarkan soalan itu pada anaknya. Sadisnya, hati seorang anak...dia sebagai ibu langsung tidak sedar akan hal itu.
"Bahagia! Sebab Tisha ada mak dan abah yang baaaikk sangat dengan Tisha. Tisha ada kakak yang sangat sporting walaupun kadang-kadang kakak macam garang..." luah Latisha dengan ceria.
Puan Rosnah tersenyum kelat dalam kesedihan. Kalau dia berjaya bahagiakan Latisha...tapi kenapa dia tak mampu bahagiakan Latania? Sayangnya, dia tidak mampu membahagiakan kedua-dua anaknya serentak. Apa yang perlu dia lakukan? Dia sendiri buntu akan hal itu...
*********
Di dalam satu bilik pada waktu malam...
"Apa hajat kau datang ke sini huh?" Hujung bibir milik tok Kudin mencarik senyum. Menyeramkan! Kalau tok Kudin asyik tersenyum-senyum.
Benarlah...
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim." - (Surah al-Maidah, ayat 72)
"Saya mahu sepasang suami isteri ini berpisah! Robohkan rumahtangga mereka! Dan...saya mahu lelaki yang mengkhianati saya...berasa hidupnya tidak tenteram. Saya mahu hidupnya terseksa! Biar dia tahu...apa itu erti sakit yang sebenar-benarnya kerana telah meninggalkan saya dan berkahwin dengan perempuan lain!" Kata wanita itu tanpa sedar.
Turun-naik dada wanita itu memandang tok Kudin dengan penuh bergelinangan air matanya. Lingkaran bawah dalam matanya sudah bertukar merah. Penuh dengan dendam dan amarah.
Tok itu tersenyum senget.
"Apa hubungan kau dengan lelaki itu? Dan, kau betul-betul yakin mau hidup lelaki itu terseksa? Hehe, tengok saja reaksi kau...aku sudah tau masalahnya. Kau dengan lelaki itu... masing-masing ada masalah bukan? Kau sayang tapi...dalam masa yang sama kau nak balas dendam pada lelaki itu. Aku boleh lakukan. Yang penting, mana gambarnya?" Kata Tok Kudin dengan aura yang menyeramkan.
"Ada. Sekejap." Wanita itu tidak terkejut kerana dia sudah tahu dan banyak kali berjumpa dengan tok Kudin iaitu bomoh hitamnya. Bayaran pun lumayan dengan apa yang tok itu lakukan.
"Ini dia tok." Tok itu merenung lama ke arah gambar seorang lelaki bersama seorang wanita lain yang sedang tersenyum gembira itu.
Senyuman di bibir sekali lagi disengetkan.
"Oh...Jadi, dialah orangnya huh?"
"Ye tok. Tok kena tolong saya. Tok buatlah apapun. Asalkan bekas suami saya termasuk isteri barunya itu merana. Saya sanggup bayar apapun."
Wanita itu memandang ke arah tok Kudin dengan pandangan merayu untuk menolongnya.
"Jangan risau. Aku akan menolongmu. Cuma engkau kena ingat. Seperti biasa, tiap yang aku tolongmu ini ada pantang larangnya."
"Ye, saya tahu itu tok. Dan saya janji takkan sesekali melanggarnya."
Kelihatan muncul senyuman sinis di bibir gelap tok itu.
Sorry update wktu maghrib. Sebenarnya update wktu pukul 6 lebih. So, mgkin baru notice wktu maghrib. So, hrp tk menganggu ^^
Share this novel