Seorang lelaki tua yang sudah berkerut riut mukanya bergumam mulut sesuatu. Mulutnya yang berwarna hitam bergerak-gerak seperti menyeru sesuatu.
"Aku menyeru namamu syaitan mahupun jin.. tunjukilah dirimu di hadapan aku..asal hidup menumpang hina. Hinaan keji mahupun kufur..atas namamu wahai segala belaan ku... akan ku hiris jari dan darah menjadi santapanmu..buat memenuhi nafsu kelaparan serakahmu..." itulah mantra yang selalu keluar dari mulut lelaki tua itu. Dia mahu menyeru segala syaitan dan jin iaitu belaannya sendiri. Malah dia memelihara 'mereka' dari dulu lagi bersama isterinya.
Tiba-tiba...angin mula meniup kencang di luar. Segala tingkap di rumah terbuka kerana dek angin yang terlalu kencang. Lampu kecil di atas siling bergoyang-goyang dan tiba-tiba menjadi malap.
Dezzupp! Terasa ada sesuatu yang melintasi di hadapannya tempat bersila sekarang ini dengan begitu laju. Seperti sepantas kilat.
Segala belaan dia mula keluar dan pergi ke arahnya secara perlahan.
"Grrrr..." Kedengaran suara seperti bergrrr macam binatang liar tapi bukan binatang. Ianya sesuatu yang lebih dahsyat dan menakutkan.
Hantu. Yeah hantu.
Lelaki tua tersebut hanya mencarik senyuman sinis. Dia langsung tidak takut dengan belaannya ini. Almaklumlah nama pun belaan mesti tak takut dan sudah terbiasa. Malah menganggap belaannya sebahagian daripada hidupnya sendiri.
"Nah, hisap lah darah aku ini sepuas mana yang korang mahu. Kalau masih tak puas. Aku boleh hiris lagi jari aku." Kata lelaki tua tersebut yang menadahkan jarinya yang terluka itu. Darah setitis demi setitis tumpah sedikit. Dia hiris jari ibu kakinya pula sehingga mengeluarkan darah demi belaannya itu. Jari saja tidak cukup kerana 'mereka' agak ramai.
Maka dengan bernafsunya 'mereka' terus menghisap darah di jari ² lelaki tua itu.
Lelaki tua itu hanya tersenyum melihatnya. Dalam masa yang sama berkerut dahinya menahan sakit di jari tangan dan kakinya.
Manakala dua orang anak kembar yang seiras perempuan baru berusia lapan tahun itu berkurung di dalam bilik mereka.
"Kak, kenapa macam bising saja kat luar tu?" Kata Latania pada adik kembarnya, Latisha.
"Entahlah. Bunyi tu macam dekat bunyi bilik mak ayah." Kata Latisha menjungkit bahunya tanda tidak tahu.
Dia pamerkan wajah polosnya. Manakala Latania hanya mengangguk menggiyakan. Pada saat ini, dia tidak syak apa-apa lagi.
"Kak, teman dik pergi tandas malam ni? Adik nak terkencinglah." Kata Latisha membuat muka mimik comelnya itu. Latania tertawa kecil.
"Adik ni..sampai sekarang masih suruh kak temankan. Okeylah jom. " Kata Latania sambil tertawa kecil. Dia memegang tangan adiknya lembut.
Akhirnya dua cilik kanak-kanak itu berjalan beriringan untuk ke tandas di hujung iaitu terletak di dapur.
Latisha bermain tangan dan menggoyang tangan Latania berkali-kali yang memegang tangannya lembut. Saja mahu main-main.
Akhirnya sesampainya di dapur. Latania tidak membuka suis lampu. Nanti jenuh pula mahu angkat kerusi untuk membuka lampu disebabkan dia pendek dan tak sampai jari kecilnya untuk membuka suis lampu itu. Jadi, dia membuat keputusan untuk tidak membuka lampu.
"Adik masuk ye? Kak tunggu kat luar pintu. " Katanya yang sudah berdiri tercegat depan pintu tandas.
"Okey kak. "
Latania memerhati sekeliling. Suasana kat sini memang sepi dan sunyi. Tambah kat dapur ni dia tak buka lampu. Ibu dan ayah mungkin berada di bilik. Sangkanya begitu.
Tiba-tiba...dia seperti ternampak mata merah terang yang bulat sedang memerhatinya tajam. Dia tak nampak apa-apa melainkan cahaya yang merah seakan-akan sedang merenungnya dengan lama.
Sedangkan itu bukan cahaya lampu. Sangat mustahil sebab dia tak buka lampu.
'Apa mungkin ibu ada buka suis apa-apa kot sampai keluar warna merah banyak-banyak.' Getus Latania dalam hati dengan wajah polos.
Bukan hanya dua mata tapi banyak. Ada di hujung sudut dan ada juga yang berada di tempat lain.
Papp! Latania sedikit tersentak apabila bahunya seakan disentuh oleh seseorang. Dia menoleh badan ke belakang perlahan-lahan.
"Adik, adik ke tu? " Kata Latania yang mengecilkan matanya mahu melihat gerangan siapa yang menyentuhnya tadi.
Apabila terasa seperti melihat wajah seseorang dan suara seperti adiknya dia tersenyum.
"Kak, adiklah ni. Jom. Kita tidur. " Kata Latisha sambil memegang tangan kakaknya manja.
Latania hanya mengikut saja. Sebelum pergi sempat matanya memerhati cahaya merah itu dengan lama. Keningnya tercantum apabila seakan terdengar bunyi geraman.
"Grrrr.." Terus cepat-cepat dia menoleh kepala ke hadapan dan hanya mengikut langkah adiknya di hadapan.
************
Kringg...
Akhirnya semua budak Sekolah Kebangsaan Kampung Sanglang membunyikan lonceng tanda sesi persekolahan sudah bermula.
Latania duduk di atas mejanya. Manakala adiknya berada di kelas lain. Mereka tidak sekelas dan hal itu membuat Latania sedikit tidak 'happy'. Yelah, kena berpisah dengan adik sendiri walaupun hanya seketika.
Dia hanya memandang sekali-sekala di hadapan ketika guru yang sibuk mengajar. Matanya seakan kuyu.
"Ahh..nyantuk pulak! Bosan betullah subjek Sains ni. Huwarghh.. " Gumam Latania perlahan. Dia menguap kecil. Dia menenyeh matanya berkali-kali. Matanya seperti terpisat-pisat menahan kantuk. Disebabkan nyantuk, dia menoleh kepala ke tingkap sambil menongkat dagu. Almaklumlah, mejanya bersebelahan dengan tingkap.
Hatinya sedikit tersentap apabila baru beberapa saat memandang ke luar tingkap. Bagaikan angin yang lalu dengan cepat terasa seperti nampak 'sesuatu' yang melintas dengan laju.
Latania yang seakan tidak tahu apa-apa terkebil-kebil seketika.
"Uish, apa tu? Belon ke? Eh takkan orang terbangkan belon waktu pagi-pagi buta kot. Hmm..lagipun tak mungkin belon boleh terbang secepat tu. Ermm dah macam ironman dalam cerita tu tapi lagi laju. " Gumam Latania sendiri dengan wajah polosnya menggaru kepala yang tidak gatal.
Kringg..
Akhirnya..pelajar mula berpusu-pusu mahu keluar dari pagar untuk pulang ke rumah masing-masing. Suasana di waktu tengahari itu kembali riuh-rendah. Haih, sampai ada yang tertolak-tolak macam lah rumah tu ada kaki boleh lari sendiri.
"Ermm..adik. Waktu pagi tadi kan..lepas lonceng bunyi tu kan..kak rasa ada nampak 'benda' pelik yang lintas laju lah kat luar tingkap. " Kata Latania sambil berjalan beriringan dengan Latisha untuk pulang ke rumah.
Bukan kerana, mak ayah mereka yang tidak boleh ambil mereka dari sekolah tetapi saja mereka memilih untuk berjalan kerana jarak rumah dengan sekolah begitu dekat.
"Benda? Ermm..kak tersilap tengok kot. " Kata Latisha yang juga menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Wajahnya turut beriak keliru.
'Ermm 'benda' apa eh? ' desisnya dalam hati.
"Kak nampak warna apa 'benda' tu?"
"Ermm.. Entahlah adik. Warna putih kot entahlah. Tapi kan dik.. Supp!! Sepantas kilat macam ni dik dia lintas dekat depan mata kak. " Kata Latania berseloroh. Dia sempat lagi membuat tangan seperti bergerak laju macam apa yang dia katakan itu.
"Ohh, macam...kereta api yang berjalan laju tu ke kak? " Tanya Latisha terkebil-kebil matanya memandang Latisha.
"Ermm..lebih kurang lah kot dik. "
"Oooooo." Panjang bunyi oo dari mulut Latisha. Comel saja bila lihat.
Pada waktu senja..
Sedang Latania sibuk mengemas bukunya untuk dibawa ke sekolah esok selepas itu dia mahu menutup tingkap biliknya. Bilik tu pula dia kongsi dengan Latisha.
Tetapi, sempat matanya menarik sesuatu yang agak 'ganjil' baginya. Terus dia keluar dari bilik lalu menapak ke pintu rumah utama.
"Tania! Nak pergi mana tuu? " Jerit Puan Rosnah dari arah dapur. Matanya sempat melihat anaknya yang lagi sorang tu menapak ke pintu rumahnya.
"Ermm? Hmm..nak keluar kejap mak! " Sahut Latania. Matanya terintai-intai ke luar di celahan pintu. Entah apa yang ditengoknya.
"Tak payah keluarlah dah senja tu. Masuk! " Arah Puan Rosnah lagi.
"Ermm.. Okey mak." Kata Latania perlahan. Dia akur juga.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk menutup pintu saja kerana sudah mahu menginjak malam.
'Haih apa benda pulak tu? ' batin Latania. Buat keberapa kalinya dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Dia memperbetulkan rambutnya yang ditoncang dua. Bahunya menjungkit ke atas tanda tidak tahu.
"Takpe, nanti tanya mak lah. "
Share this novel