BAB 5

Spiritual Completed 391

Dia duduk di atas lantai. Perlahan-lahan Al-Quran tersebut dibuka. Helain demi helain diselaknya.

Dia sudah jatuh cinta dengan Kalam Allah ini. Bibirnya tersenyum saat pandangan matanya tumpah pada ayat-ayat suci Al-Quran tersebut. ‘Ya Allah! Berikanlah diriku kekuatan.

Sesungguhnya aku ingin menyampaikan ilmu-Mu.’ Bushrah cuba bertahan. Langkah demi langkah dia atur. Longlai dan lemah. Badannya juga terasa melayang-layang.

Dia sudah tidak tertahan lagi. Pandangan matanya mulai kabur. Perlahan-lahan dia rebah di muka pintu bilik Maia.

“Ya Allah! Bushrah !” Maia pantas meluru ke arah sekujur tubuh yang kaku di muka pintu biliknya. Kepala Bushrah dipangku.

“Bushrah ! Bangun! Bushrah !” Tubuh badan si gadis yang dibaluti jubah putih itu digoncangnya. Diam.

Tiada sebarang reaksi daripada Bushrah. Air mata Maia mulai menitis saat pandangan matanya tumpah pada wajah Bushrah. Pucat lesi. Tiada sebarang darah pun yang kelihatan di sekitar wajahnya.

Kelihatan cecair berwarna merah keluar daripada hidung dan telinga Bushrah.

“Mak cik! Tolong! Mak Cik Phea!” Dalam sedu-sedan dia cuba melaung memanggil nama Mak Cik Phea.

Maia menutup Surah Yaasin setelah selesai membacanya. Kubur yang berada di hadapannya dipandang sayu.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, perlahan-lahan nafasnya dihela.

‘Bushrah, terima kasih kerana telah membawa Nur dalam lembaran baru hidupku. Terima kasih kerana kau telah mengajar aku erti kehidupan. Terima kasih juga kerana telah menarik aku keluar daripada lembah kegelapan. Terima kasih, Bushrah. Terima kasih.”

Air mata yang sedari tadi bertakung di sekitar tubir mata Maia telah pecah. Perlahan-lahan air mata laju menuruni lekuk pipinya. Dia bersyukur kerana telah dipertemukan gadis yang sungguh baik akhlaknya. Bushrah telah membawa Nur dalam kehidupan barunya. ‘Bushrah, kini giliran aku pula. Aku ingin jadi sepertimu. Mujahidah yang solehah.’ Dalam sedu-sedan bibir Maia cuba untuk menguntum senyuman. Dia bingkas bangun. Mengatur langkah meninggalkan kubur milik gadis yang tidak dikenalinya dahulu. Sebelum dia melangkah pergi, sempat dia menoleh semula.

“Bushrah, semoga Allah tempatkan rohmu di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience