“Maia nak belajar mengaji dengan Bushrah ?” Lembut sahaja Bushrah bertanya kepada Maia. Dia mula mendekati Maia. Maia pantas menggelengkan kepala.
“Tak.” Dia mengangkat wajah.
“Ak…aku nak pergi tandas sebenarnya,” Dalihnya. Cuba untuk berselindung. Dia mula mengatur langkah pergi dari situ.
“Maia,” panggil Bushrah sewaktu Maia hendak angkat kaki dari situ.
“Tunggu dulu.” Dia cuba untuk menghalang Maia untuk pergi dari situ. Perlahan-lahan dia mendekati Maia. Maia memberhentikan langkahnya. Dia diam. Kaku di situ seketika. Menunggu langkah Bushrah yang semakin mendekatinya. Bushrah meraih pergelangan tangan Maia.
“Dah sampai masanya, Maia.” Dia tersenyum memandang wajah Maia. Maia membalas pandangan daripada Bushrah.
Dahinya dikerutkan. Dia tidak faham. Pandangannya seolah-olah meminta penjelasan daripada Bushrah. Bushrah tersenyum. Bibirnya seolah-olah tidak jemu untuk menguntum senyuman.
“Mungkin Allah dah buka pintu hati Maia. Mungkin hati Maia mula disapa Nur.”
Maia membetulkan tudungnya. Dia tersenyum sambil melihat penampilan dirinya pada biasan cermin. Jubah dan tudung labuh kini menjadi perhiasannya.
Indah sekali kelihatan dirinya. Sejak tiga bulan yang lalu dia telah berubah. Berubah menjadi seorang insan yang meninggalkan segala larangan-Nya dan mengerjakan segela suruhan-Nya.
Dia bukannya Maia yang dahulu. Al-Quran yang berada di atas meja itu diambilnya. Bushrah perlahan-lahan menapak ke bilik Maia. Langkahnya lemah dan longlai.
Dia sudah tiada daya lagi namun, demi setitis ilmu dia gagahkan jua dirinya. Semakin lama kepalanya semakin sakit. Sakit yang teramat sangat. Maia menunggu kehadiran Bushrah. Al-Quran diletakkan di atas rehal.
Share this novel